PROLOG K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

26.5K 371 7
                                    

"I wanna sit on a rooftop with someone at 2 a.m. just looking at the stars, not worrying about the problems that we have going on." Besar betul angan-angan aku tu. Entah bilalah boleh jadi kenyataan. Tunggulah sampai kucing bertanduk dulu aku rasa.

"Wanna try it?" Si lelaki mata lawa nak mati soal aku.

Aku terus pandang dia.

"Try what?" Mencurigakan betul ajakan dia ni.

Dia senyum.

"Sitting on a rooftop at 2 a.m. looking at the stars with me?" Dia pandang aku.

"Tapi kat sini tak ada rooftop." Dia sambung lagi.

Aku geleng kepala. Selaju mungkin.

"Tak nak lah saya." Gila ke apa aku nak buat macam tu. Tu namanya menempah maut.

Lepas tu dia gelak aje.

Sebenarnya aku nak aje jawab 'saya nak' dengan penuh semangatnya sambil berdiri tegak ibarat nak nyanyi lagu Negaraku. Orang gila mana yang tak nak dengan lelaki yang sekacak ini. Tapi apakan daya, Faiz tu aku nak campak mana? Lagi menempah maut kalau aku kantoi dengan Faiz tu.

Itu peristiwa malam tadi. Senario sekarang ni, aku tengah pandang lelaki yang ajak aku tengok bintang atas atap rumah semalam. Sungguhlah tak masuk akal. Mata kami bertemu. Aku pandang dia, dia pandang aku. Dia senyum. Aku pun senyumlah balik kan. Takkan nak jeling kut dah orang senyum kat kita.

Tapikan, aku suka tengok mata dia tu. Pure Hazel eyes. Mana kau nak cari lelaki yang ada warna mata macam tu sekarang ni. Kalau ada pun lelaki yang mata coklat nak ke warna hitam aje. Kening dia tu lagilah, menggoda betul. Sis tak kuat.

Okeylah, meh aku cerita sikit mental dan fizikal dia macam mana. Eh, tak! Fizikal aje kut, mental tak perlu sebab aku bukannya tahu pun dia macam mana dari segi mental tu, hehehe....

Dari atas, rambut dia not bad la orang cakap. Masih rambut lelaki melayu kedua terakhir lagi, tak ada rambut ala-ala kpop bagai tu. Nampak gaya dia ni masih suci terpelihara dari terjebak dengan budaya kpop. Alhamdulillah. Tapikan, hancurlah harapan aku kalau aku jadi isteri dia, aku ni agaklah peminat tegar kpop. Okey, melalut. Kening dia memang superb la, betul-betul kening jantan, hitam, lebat dan seksi? Aku suka lelaki yang kening dia lawa. Ok bye! Tak ada kaitan.

Mata dia? Warna yang betul-betul pure hazel eyes. Itu yang paling buat aku rasa tak nak lepas dari pandang dia. Sekali pandang orang cakap kebetulan, dua kali pandang dah memang rezeki, tiga kali pandang? Jom kita kahwin duhai awak bermata lawa. Hehehe...

Tapi ingat pesan ibu bila tengok lelaki. 'Don't get too attached. Never!'

"Dah-dahlah tu duk main matanya. Kahwin aje lah." Aku pusing lipat maut pandang Hannah.

"Huh? Kau dah kenapa?" Kahwin apanya, tetiba aje dia ni.

Hannah sengih-sengih. Dah macam kerang busuk aje duk sengih-sengih lagu tu, hang ingat lawa sangat?

"Ingat aku tak perasan ke kau tu duk sengih-sengih dekat kawan abang aku tu?" Dia jeling aku. Jeling ada makna ni.

"Main mata dengan anak teruna orang aje reti." Amboi, ini dah melebih ni. Sindir orang nampak.

"Mana ada aku main mata dengan dia. Ini nama dia merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam. Kau apa tahu Puan Hannah eh." Aku tekankan sikit dekat perkataan 'puan' tu biar dia sedar diri sikit yang dia tu dah jadi isteri orang. Jangan duk kalih buat tak sedar diri lagutu la haih.

"Kurang ajar kau eh. Puan tu perlahankan sikit. Aku masih nak berlagak bujang ni." Hek eleh, poyo betul minah ni. Tapi mata tu masih pandang tetamu dekat depan, senyum tak lekang dari bibir.

"Samar Izham." Tiba-tiba aje Hannah bersuara lepas lama kami diam.

Aku terus kalih pandang dia.

"What Samar?"

Telinga aku macam dapat tangkap Hannah sebut nama orang tadi, tapi tak tahulah betul ke tak nama orang. Dah kenapa yang pelik sangat nama dia tu?

"I said Samar Izham." Hannah ulang lagi sekali sambil ketap gigi dia. Mulut tu maintained senyum semestinya. Memang ada bakat berlakon betullah kawan aku ni. Sis bagi lima bintang untuk tu. Ni bolehlah ni apply jadi pelakon dengan David Teo ni.

"Who's Samar Izham?"

Hannah muncungkan sedikit mulut dia tunjuk ke depan.

"Tu. That guy yang kau duk balas senyum dari tadi lagi tu." Kali ni Hannah senyum lagi, tapi senyum kali ni agak pelik sebab senyum dia tu senyum ada makna.

Aku terus pandang dekat tempat yang Hannah tunjukkan tadi. Lelaki mata lawa yang aku nampak. Dia?

"Dia?"

Hannah anggukkan kepala.

"Kawan abang aku."

"Jangan pandang lama-lama, Faiz dah jeling-jeling dah tu kat kau dari tadi." Hannah bagi isyarat mata kat aku suruh pandang Faiz.

Aku pandang Faiz. Memang betullah. Aku kenal pandangan tu. Tu pandangan yang ada aura membunuh. Tak sanggup aku nak pandang lama-lama.

Aku pandang depan sebab tak nak pandang Faiz yang dah macam nak 'makan' aku dah tu. Dan sekali lagi mata kami bertemu. Dia senyum, lepas tu angkat kamera dan halakan ke arah aku sambil cakap 'cheese' dan aku secara automatiknya tersenyum.

Apakah?

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now