BAB 16 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

9.5K 201 9
                                    

"Banyaknya Nek!" Aku laung dekat nenek sambil panjat pokok rambutan. Teruja gila kut nampak banyak buah rambutan.

"Ya Allah budak bertuah ni. Turunlah, kalau jatuh pokok nanti macam mana?" Nenek laung dekat aku balik.

"Sayang!" Izham menjerit panggil aku. Aku nampak muka dia terkejut masa nampak aku kat atas pokok sekarang ni. Dia yang baru balik dari pusing-pusing kampung dengan sepupu lelaki aku tu terus datang dekat aku.

"Get down, now!" Cuak aje muka dia.

"Nantilah, Una nak ambil buah ni dulu." Aku teruskan usaha memanjat. Makin tinggi. Aku sebenarnya gembiralah juga sebab Izham risaukan aku. Tadi lepas kejadian Faiz telefon aku tu, sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Tu pun kalau dia rajin nak jawab. Kalau tak, memang macam bercakap dengan tunggullah aku gayanya. Selama ni elok aje dia kalau Faiz ganggu aku. Tapi lepas dah kahwin ni, makin teruk perangai kuat cemburu dia tu.

Izham masih mendongak pandang aku yang tengah patah-patahkan dahan buah rambutan.

"I said now Nadiah Husna." Okey Una, kau patut turun. Tu arahan mandatori, mati kau kalau kau ingkar.

Aku pun dengan berat hatinya turun bawah. Sampai aje dekat bawah aku dah membebel.

"Orang nak makan buah tu aje. Tu pun tak boleh." Aku jeling dia.

Dia terus pegang lengan aku masa aku berjalan tepi dia. Dia belek-belek badan aku.

"Ada luka mana-mana tak?" Risau aje dia tanya aku.

"Mana ada." Aku pandang dia.

"Orang panjat pokok aje. Bukan jatuh pokok pun." Risau tak tentu pasal aje dia ni.

"Nak sangat jatuh pokok kan?"

"Tak nak." Macam budak-budak jawab soalan guru besar aje aku sekarang ni.

"Kalau nak sangat makan buat tu, kait ajelah. Galah kan ada. Kenapa sampai nak kena panjat pokok bagai?" Lembut dia tanya aku.

Aku pandang tanah. Tak sanggup nak pandang muka dia dan mata dia tu, aku boleh tewas kalau lama-lama pandang bahagian mata tu.

"Galah lambat dapat buah. Boleh hilang sabar. Kalau panjatkan senang, terus dapat." Jujur aku jawab. Memang betul apa. Boleh lenguh tengkuk aku nak pandang atas. Kalau dapat buat tu berbaloilah, tapi kalau tak dapat?

"Kalau Una jatuh pokok nanti macam mana?" Dia angkat dagu aku agar pandang dia.

"Boleh sakit jantung abang tadi tau nampak Una panjat pokok tadi."

Aku pandang muka dia.

"Una ni juara tau abang kalau panjat-panjat pokok ni." Dengan bangganya aku cakap dekat dia. Mohon pinjam sikit perangai terlebih yakin awak tu Encik Samar Izham.

Dia gelak.

"Juara tak juara. Kalau ditakdirkan Una jatuh juga?"

Aku diam. Tak tahu nak balas apa dah. Ya lah, betul apa yang Izham cakap tu, kuasa Allah. Juara tahap mana pun, kalau ditakdirkan aku jatuh tadi, memang cium tanahlah aku jawabnya, dahlah tinggi juga aku panjat tadi.

"Dah, pergi ambil galah dekat tepi tangga sana tu." Dia cakap dekat aku sambil muncung mulut tunjuk kearah tangga rumah nenek.

"Nak buat apa?" Sakit jiwa betul soalan aku ni.

"Nak main galah panjang." Dia jeling aku sambil senyum-senyum.

Aku jeling dia. Menyakitkan hati betul jawapan dia tu. Tapi memang patut pun kan? Siapa suruh tanya soalan tak ada akal macam tu?

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now