BAB 3 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

9.1K 217 2
                                    

Aku rasa seram gila nak pandang muka manusia depan aku sekarang ni. Tapi sepatutnya aku yang marahkan dia, ni dah kenapa terbalik pula.

"Pergi mana tadi?" Suara dia memetir. Aku diam menikus. Takut. Tikus pun tak senyap macam aku sekarang ni aku rasa.

'Speak good or remain silent.' – Prophet Muhammad s.a.w

Dan aku pilih untuk diam buat masa ni sehingga sampai waktu aku patut buka mulut. Aku takut nanti akan keluar perkataan dan ayat yang tidak patut. Biasalah, syaitan menguasai diri ketika manusia masih dalam keadaan marah. Aku sendiri pun kalau ikut baran aku, memang Faiz yang mengecil sekarang ni. Tapi aku tahan aje diri dari buat perangai. Mahunya hilang keayuan aku selama ini kalau aku pula yang gertak-gertak, tengking-tengkin dia nanti.

Lepas tu dia hentak tangan kat meja kafe. Aku rasa semua orang tengah pandang kita orang. Nak menangis sekarang ni boleh tak? Sabar Una sabar. Sabar tu separuh daripada iman. Walaupun iman aku masih lagi senipis kulit bawang, tapi aku tetap kena sabar. Do not try to calm the fire by adding another charcoal onto it. Be a water and rinse the fire. That's the way. Aku pujuk diri sendiri.

Aku angkat kepala perlahan-lahan. Aku pandang dia. Dia tersentak tengok aku.

"Saya tanya, Nad pergi mana tadi?" Barulah dia lembutkan sedikit suara dia. Perasan kut yang mata aku dah berair nak menangis. Dahlah tengking-tengking aku. Ibu dengan ayah tak pernah pun tengking-tengking aku tau. Sedih gila sekarang ni.

Cakap macam orang tak ada otak, lepas tu kalau aku tegur dia nanti, dia buat bodoh aje. Nasib baik ramai orang dekat kafe sekarang ni. Kalau tak ada orang ni, rela aku kutip cili dekat pokok tepi kafe tu. Cilikan mulut dia ni. Rosakkan mood aje dia ni.

"Popular." Sepatah aku jawab. Serius aku tak ada mood gila nak bercakap dengan dia sekarang ni. Tengah tahan 'empangan' aku dari pecah aje ni.

Dia senyap.

"Sorry." Dia cakap kat aku.

Aku pandang dia.

"No, it's okay. Dah biasa kena kan?" Memang aku sengaja nak perli dia pun masa aku cakap macam tu.

"Keluar dengan siapa?" Tajam mata dia pandang aku.

"Sorang." Gila kau nak cakap keluar dengan Izham. Mahunya ada yang koma kena 'tembak' nanti.

"Soranglah sangatkan?" Sangat sinis suara dia sekarang ni.

Aku angkat kepala pandang dia. Sedikit pelik dengan ayat dia tu.

"Betullah orang keluar sorang." Cover Una jangan tak cover.

Faiz terus belek-belek telefon dia lepas tu halakan dekat aku.

"Ni apa?" Dia pandang aku tak puas hati.

Ini yang rasa nak jatuh rahang bawah aku sekarang ni. Aku terus ambil telefon Faiz dari tangan dia lepas tu aku belek satu persatu gambar-gambar aku dengan Izham dari dalam Popular sampailah kami pergi makan tadi.

Faiz terus rampas balik telefon dia dekat tangan aku. Kasar.

"Still nak tegakkan benang yang basah?"

Eh, macam mana dia boleh ada gambar-gambar aku keluar dengan Izham tu. Dia ni ikut aku apa?

"Awak ikut saya eh?" Bengang betul aku kalau orang tak reti nak hormat privasi aku ni.

"Terserempak dengan awak. Tak ada masanya saya nak ikut awak. Ingat saya ni tak ada kerja lain selain nak ikut awak aje memanjang?" Selamba dia cakap.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now