BAB 2 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

11.2K 246 12
                                    

"Hai!" Aku dengar macam ada orang tegur aku aje. Aku pandang belakang lepas aku kunci kereta nak berjalan masuk Popular.

Aku pandang aje lelaki yang bersandar dekat kereta 'semut' dia tu. Eh, macam kereta tadi. Tapi tak mungkin kut sebab dekat kawasan Kuala Lumpur ni banyak lagi manusia-manusia yang mampu miliki kereta macam tu.

Aku pandang dia. Muka aku memang dah pelik habis dah, berkerut habis dahi aku. Dia tegur aku ke? Kalau tak, buat malu aje aku nak perasan sorang-sorang.

Aku pandang ke kiri, pandang ke kanan, lepas tu pandang ke belakang. Barulah aku pandang dia balik.

"Saya ke?" Aku tunjuk kat diri sendiri. Dia angguk. Lepas tu dia senyum.

Eh? Macam kenal aje. Serius aku macam pernah nampak lelaki ni, nak-nak bila dia senyum macam tu. Tapi siapa eh? Aku tak boleh nak scan sangat muka dia sebab dia pakai sunglasses hitam. Muka pun berjambang nipis sikit. Sampai berkerut-kerut kening aku duk memerah otak nak mengingat balik. Entah ya entah tidak aku ni pernah jumpa dia.

"Sorang aje?" Dia tanya aku lepas aku lama diam. Diam sebab sibuk duk imbas muka dia tu.

"Tak, berdua. Ni kawan halimunan saya. Kenalkan." Aku sengih sambil buat-buat tunjuk kanan, bajet ada oranglah. Konon. Dah nampak aku terpacak kat sini sorang-sorang, lagi mau tanya ka?

Dia senyum sambil geleng kepala.

"Remember me?" Dia tanya aku.

Aku geleng kepala. Tapi, sumpah wei, aku pernah nampak dia ni, tapi tak ingat siapa dan kat mana.

Dia pandang aku, lepas tu dia tanggalkan sunglasses hitam dia.

"Now?" sepatah dia tanya aku.

Aku berjalan ke arah dia. Berdiri depan dia. Aku scan muka dia dari dekat dan mata dia! Ya Allah, lawanya mata awak. Tak berkelip aku pandang mata dia.

Tapikan, mata dia tu serius aku pernah nampak. Tak lama aku pandang mata dia. Sekejap aje sebab lepas tu aku terus ternganga tak ingat dunia.

"Dah ingat?" Dia tanya aku sambil sangkut sunglasses dia kat kolar baju kemeja dia.

Aku angguk. Serius, aku tengah dalam zon terkejut lagi ni. Bila nak lebur entah takat didih terkejut aku ni. Sedar yang aku tengah ternganga lagi sekarang ni, cepat-cepat aku tutup mulut. Dia gelak aje tengok aku kalut macam tu.

"Who am I?" Dia depangkan tangan dia gaya hensem sangat. Ehheh, memang awak hensem pun. Insikiyor (Insecure) sis.

"Samar." Sepatah aku jawab. Serius, dia lain sangat sekarang ni. Tiga tahun lepas, dia kurus sikit dari sekarang. Sekarang ni nampaklah macam macho sikit sebab ada jambang nipis bagai tu dan kalau dulu muka dia licin dari sebarang jambang, tak adanya benda tu bagai dekat muka dia.

"Please, just Izham." Dia pandang aku.

"Samar sounds too girly. To me." Dia sambung lagi sambil buat muka tahan geli.

Memang macam perempuan pun kalau aku panggil dia Samar, yang tu memang aku setuju. Aku nak sebut Izham tadi pun rasa macam tak patut sebab Samar tu nama depan dia. So, lagi proper bagi aku kalau aku sebut nama depan dia. Tapi kalau dah dia nak aku panggil dia Izham aje, why not kan?

Aku anggukkan kepala.

"Okay then, Izham." Aku pandang dia.

Dia angguk-angguk kepala sambil senyum. Dia ni dari dulu lagi aku perasan yang dia ni ada satu perangai. Suka senyum. Ni kalau perempuan tengok ni mesti ramai yang salah faham. Tak payah tunggu perempuan lain yang salah faham, aku sendiri pun boleh salah faham juga rasanya.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now