"Hannah nak dua lah, satu mana cukup!" Aku pandang aje sesi pergaduhan adik beradik depan aku sekarang ni. Berebut bertih jagung aje pun.
Si Hannah ni pula, dengan aku sekali dia seret datang 'siblings day out' dia ni. Padahal aku ni tak tergolong dalam kalangan adik beradik dia pun. Tak pula dia ajak si suami dia tu datang sekali. Bila aku tanya, dia cakap Hafiz sibuk.
"Abang cakap satu aje kan? Hannah tu dahlah suka membazir. Beli lebih nanti abang juga yang kena habiskan." Abang Amar tayang muka bengang. Muka buat-buat bengang sebenarnya. Kalau bengang betul-betul, ada juga yang aku tengok wayang percuma dekat sini tanpa perlu masuk panggung wayang.
"Dahlah Hannah, satu aje lah. Lagi satu kau ambil aku punya ye? Kongsi dengan aku. Aku pun tak habis makan banyak-banyak ni." Aku cuba pujuk dia. Kesian dekat abang Amar yang dari tadi lagi duk pujuk dia tapi tak berkesan pun. Hannah ni pun satu, dah jadi bini orang tapi masih lagi nak merajuk macam budak-budak. Nasib baik dapat abang yang penyabar macam tu. Ni kalau jadi adik aku ni, ada juga yang aku tinggalkan sorang-sorang lepas tu suruh dia masuk dalam panggung wayang sendiri.
Hannah pandang aku akur.
"Okey." Dia terus peluk lengan aku lepas tu lentokkan kepala dia dekat bahu kanan aku dan tarik aku masuk dalam panggung wayang. Cerita dah nak mula dah. Nanti kalau masuk lewat, terlepaslah permulaa cerita. Dahlah aku ni lama dah 'mengidam' nak tengok Sinister yang terbaru ni. Hannah sedia maklum aku ni penggemar cerita seram-seram ni, sebab tu kut dia tak teragak-agak nak heret aku sekali datang sini hari ni.
Aku pusingkan kepala nak pandang belakang sebab abang Amar berjalan belakang sikit dari kami. Abang Amar senyum dan aku sempat tangkap dia cakap 'thank you' dekat aku. Terima kasih sebab aku berjaya pujuk si Hannah ni lah kut. Aku anggukkan kepala.
"Abang Amar beli tiket untuk berapa orang?" Aku tanya abang Amar yang duduk di hujung sana bersebelahan dengan Hannah. Aku pula duduk di sebelah kiri Hannah. Kiranya Hannah ni duduk tengah-tengahlah.
Abang Amar angkat jari buat tanda 'empat' dekat aku sebab mulut dia tengah penuh dengan bertih jagung sekarang ni.
"Siapa seorang lagi?"
Tapi hampeh, abang Amar tak jawab soalan aku langsung, dia senyum aje. Aku pandang Hannah, dia pun asyik duk senyum-senyum juga.
"Kau dah kenapa?" Aku cubit pinggang dia.
Hannah menyeringai.
"Sakitlah mak ketam." Dia buat-buat jeling aku.
"Dah tu duk senyum-senyum. Nak cakap tengah texting dengan Hafiz, tak ada pula kau nak pegang telefon." Aku pandang tangan dia yang tengah kutip bertih jagung yang jatuh atas peha dia.
"Tak ada apalah." Dia pandang aku.
"Cerita nak mula dah tu. Dah-dah, pandang depan." Dia terus alihkan pandangan pandang depan balik.
Aku pandang sebelah kiri aku sebelum aku pun turut pandang depan.
"Tak jadi datang kut orang sebelah ni."
Kami bertiga khusyuk melayan cerita. Si Hannah tu tak payah cakaplah, hantu tak keluar lagi dia dah sibuk-sibuk menjerit. Baru aje keluar tajuk dia dah bising mengalahkan orang kena rasuk. Ni kalau hantu yang keluar, aku rasa mahunya histeria minah ni menjerit.
Setengah jam cerita bermula, setengah jam jugalah aku dengar abang Amar mengaduh sebab Hannah tu duk genggam lengan dia lepas tu duk tampar-tampar bahu dia setiap kali ada scene saspen. Padahal Sinister kali ni bukannya hantu dia selalu keluar sangat pun berbanding Sinister 1.
YOU ARE READING
K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
RomanceDua kali pertemuan dengan gadis yang sama tapi pertemuan pertama langsung tak diingati oleh si gadis. Hanya si jejaka yang menyimpan erat setiap pertemuan. Setiap pertemuan dimulai dengan kejadian yang tak berapa nak 'sedap telinga mendengar' orang...