"Setuju, tak setuju. Setuju, tak setuju. Setuju, tak se...."
"Dah-dahlah duk petik daun bunga tu, habis botaklah pokok bunga ibu kalau macam ini gayanya kamu nak buat keputusan." Ibu datang duduk di tepi aku di pondok kecil bawah pokok rambutan ni.
Aku pandang ibu. Pandangan minta pendapat sebetulnya. Dan ibu faham pandangan aku itu. Kan dah cakap chemistry aku dengan ibu ni memang kuat. Kalau main game telepati ni sah-sah dah kami akan menang.
"Ibu dengan ayah tak kisah. Lagi pun kami memang dah sukakan budak Izham tu." Ibu menghela nafas panjang.
"Kalau ikutkan cerita dia pasal Faiz tu, ibu tak ada halangan sebab dia memang sayangkan Nad dan nak lindungi Nad dari terus diganggu Faiz kan?"
Aku mengangguk.
"Kalau Nad rasa Nad mampu dan sanggup untuk pikul dua tanggungjawab dalam satu masa, go on then. You have our support." Ibu tepuk-tepuk bahu aku.
"Dua tanggungjawab?" Tanggungjawab apa?
"As a student and as a wife." Ibu mengulum senyum.
Aku mengangguk faham.
"Oh."
"Ibu dulu pun kahwin dengan ayah masa kami sama-sama belajar. Alhamdulillah kami mampu jalankan tanggungjawab kami sebaiknya. Untuk Nad dengan Izham, ibu tak nampak ada apa-apa halangan sebab dia dah kerja dan Nad seorang aje yang masih belajar. Ibu dengan ayah pun yakin yang dia mampu jaga Nad sebaik kami jaga Nad."
"Tapi Nad tak cintakan dia. Nad sayangkan dia, tapi sayang yang tak lebih daripada seorang kawan." Itu masalah terbesar aku sebenarnya. Mampu ke aku nak hidup sebumbung, tidur sekatil seumur hidup aku dengan orang yang langsung aku tak ada apa-apa perasaan. Aku mengaku aku suka tengok dia tambah-tambah lagi pandang mata dia yang lawa gila mengalahkan mata aku yang perempuan ni dan aku kind of excited juga setiap kali nampak dia. Tapi tahap teruja aku tu bukan sampai berbunga-bunga, hanya tahap anak bunga baru nak menguntum aje. Nampak tak betapa aku tak ada apa-apa perasaan istimewa dekat dia?
"Perasaan sayang dan cinta boleh dipupuk. Bercinta bertahun-tahun pun tak ada gunanya juga kalau dah Allah s.w.t tetapkan jodoh kita dengan orang lain, bukannya dengan orang yang bertahun kita mencipta kasih." Ambil kau, deep sampai ke tulang rusuk betul ayat ibu ni.
"Bercinta selepas kahwinkan lebih indah daripada bercinta sebelum kahwin. Bercinta sebelum kahwin banyak yang berlandaskan nafsu semata dan hubungan kita dengan pasangan terbatas sebab Islam melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram kita. Bila dah kahwin, lainlah cerita sebab hubungan kita dengan pasangan kita dah halal. Nak buat apa pun dah boleh, tambahan lagi dapat pahala tahu tak." Ibu mencuit hidung aku sambil tersenyum penuh makna. Panjang lebar ceramah ibu kat aku.
"Ibu yakin yang dia mampu jaga Nad?"
Ibu mengangguk.
"Ibu yakin yang dia sayangkan Nad?"
Sekali lagi ibu mengangguk.
"Ibu yakin yang Nad mampu sayangkan dia?"
Angguk.
"Macam mana kalau dia buat perkara yang tak elok dekat Nad? Nad taku Nad buat kesilapan yang sama." Sungguh aku takut, takut kalau Izham buat perkara yang sama macam yang Faiz buat dekat aku.
Kali ni ibu menggeleng. Senyum.
"There are no mistakes in life sayang, just lessons." Redup mata ibu menentang mata aku. Memberi kekuatan kepada aku.
"Ibu tahu Izham lelaki yang baik. Mata orang tua selalunya betul dalam menilai orang Nad tahu tak. Dari pandangan dia dekat anak ibu tadi, ibu tahu yang dia sangat-sangat sayangkan Nad. Hanya Nad aje yang perlu buka pintu hati Nad untuk dia. belajar terima dia dan lupakan apa yang pernah jadi antara Nad dengan Faiz. Izham bukan Faiz dan ibu tahu dia tak akan persiakan Nad." Tangan aku ibu genggam erat.
"Doa sayang. Doa. Minta pada Allah agar diberikan petunjuk. Jangan fikir dan cakap yang bukan-bukan. Kata-kata itu doa. Selalu cakap benda yang baik-baik agar apa yang jadi pun adalah benda yang baik-baik juga." Penuh berhemah ibu menuturkan.
"Betul ni ibu dengan ayah tak kisah Nad berkahwin masa masih lagi bergelar pelajar?"
Ibu mengangguk.
"Ibu dengan ayah tak kisah sebab ibu tahu yang anak ibu mampu dan pandai bahagikan masa sebaiknya, kan?"
"Nad harap keputusan Nad ni yang terbaik. Ibu dan ayah doakan Nad ye."
Ibu mengangguk buat kesekian kalinya. Kesian ibu, kerja mengangguk dekat soalan aku aje hari ni.
"Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk anak kami. Betulkan juga niat tu. Jangan nak terima Izham berlandaskan alasan nak lari dari Faiz aje, tak elok juga macam tu. Nad kena ikhlas untuk terima dia sebagai suami Nad. Dan ingat, whatever you decide to do, make sure it makes you happy."
"In shaa Allah ibu."
Semoga ini adalah keputusan yang terbaik. Bagi aku dan bagi dia. Ameen.
YOU ARE READING
K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
RomanceDua kali pertemuan dengan gadis yang sama tapi pertemuan pertama langsung tak diingati oleh si gadis. Hanya si jejaka yang menyimpan erat setiap pertemuan. Setiap pertemuan dimulai dengan kejadian yang tak berapa nak 'sedap telinga mendengar' orang...