okayyyyyyy, sbb rasa mcm sunyi jaa, so iolls nk hapdet next teaser utk KAI..last teaser maybe? 😉
😵😵😵😵😵😵😵😵😵😵😵
"kenapa yang bising sangat dekat atas tu? Izham tengah buat apa sampai menjerit macam orang histeria dah tu?" Risau nada mama bertanya kepada aku.
Aku hanya senyum lepas tu angkat bahu aje. Rasakan. Lain kali kacaulah aku lagikan. Aku ni kalau dah tahu kelemahan dia, memang aku manfaatkan sebaik mungkin.
"Mama nak pergi tengok apa dah jadi dengan budak tu seorang. Teruk benar menjerit memekik dia tu."
Aku terus tahan mama yang dah bergerak nak keluar dari ruang dapur.
"Tak payahlah mama. Tadi abang cakap dia sakit tekak, itu dia nak test suaralah tu keluar ke tak." Hentam aje lah Una , janji mama percaya dan jangan kantoi kau kenakan anak teruna kesayangan mama tu sudah.
Mama pandang aku dengan muka tak percaya.
"Apa ke gila sangat budak tu nak test suara macam tu. Dah tahu sakit tekak tu bawaklah turun makan ubat. Kalau dah memekik macam tu memang bisu terus rasanya."
Aku dah bahan gelak buat kali kedua dengar ayat mama tu.
"Kalau tak pelik tu memang bukan dia lah mama."
Mama kembali duduk di depan aku sambil memotong ubi kentang untuk digoreng sarapan pagi esok.
"Umur dah 33 tahun, dah tua bangka dah tapi perangai macam budak umur 4 tahun. Tak matang langsung." Mama dah geleng-geleng kepala.
Aku senyum aje lah dengar bebelan mama tu dekat si Izham.
"Senyap dah tu. Dah bisu ke budak tu?" Mama pandang aku.
"Pengsan kut mama."
Kali ini giliran mama pula yang gelak.
😵😵😵😵😵😵
*Jangan lupa dapatkan KAI utk tahu kisah selanjutnya Samar Izham dan Nadiah Husna 😉
*Boleh follow Nia di wattpad @NiaAdahays95 dan facebook Nia Adahays Handbook#KERANAAKUISTERIMUbyNIAADAHAYS
#IDEAKREATIFPUBLICATION
#DIPASARAN
#KAI
YOU ARE READING
K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
RomanceDua kali pertemuan dengan gadis yang sama tapi pertemuan pertama langsung tak diingati oleh si gadis. Hanya si jejaka yang menyimpan erat setiap pertemuan. Setiap pertemuan dimulai dengan kejadian yang tak berapa nak 'sedap telinga mendengar' orang...