Hampir dua minggu aku terfikirkan benda yang sama. Selama dua minggu itu jugalah Izham tak ada hubungi aku langsung. Dia dah letih kut nak tunggu jawapan dari aku. Diri aku pula, aku tak tahu sama ada aku patut terima lamaran dia ataupun tak. Nak kata aku tak suka dia, aku suka. Nak kata aku suka dia, tak adalah sampai aku suka tahap cinta bagai. Suka sekadar suka ajelah. Sebagai kawan dan tak lebih dari itu.
Aku mengeluh kecil. Fikirkan benda ni dah macam fikirkan masalah negara aje.
"Hoi, awak dah kenapa?!" Tiba-tiba aje ada orang sergah aku dari belakang. Dah tu siap tepuk belakang aku lagi tu.
Aku pun apa lagi, melompat la hah. Nasib baik tak melatah aje. Kalau aku melatah, ada juga mak mertua yang reject aku mentah-mentah nak buat jadi menantu.
"Ibu!" Aku menjerit geram bila terpandangkan ibu dekat belakang. Mulut dah muncung sedepa dah. Sampai hati ibu.
Ibu sakan gila gelakkan aku sampai tekan-tekan perut bagai. Mana ibu tak gelak bila aku bukan melompat aje, siap pakej dengan peluk tiang bagai lagi. Nasib baik aku tak cium aje tiang ni, kalau tak memang dah jadi 'oh God, my first kiss has already been stolen.'
Aku terus duduk di tepi ibu. Muka ibu aku pandang lama.
"Sampai hati ibu kan? Nasib baik Nad tak terjun beranda tadi. Kalau Nad terjun beranda tadi, ada juga yang meraung sebab kehilangan anak dara dia yang cantik, meletup, kebabom ni."
Ibu mencebik bibir lepas tu buat-buat nak muntah.
"Cantik ke?" Ibu pandang aku lepas tu senyum.
Mulut aku muncung lagi dua depa. Ini yang rasa nak double triple merajuk ni.
"Kenapa? Tak betul ke apa yang Nad cakap?" Sengaja nak uji ibu.
Ibu senyum lepas tu tarik aku dan peluk bahu aku.
"Anak ibu memang cantik dan sentiasa cantik. Anugerah Allah s.w.t tak pernah ada cacat celanya. Ibu dan ayah sayangkan Nad lebih dari segalanya tak melebihi cinta dan sayang kami kepada Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w." Lepas tu ibu terus cium rambut aku.
Sebak betul aku dengar ayat ibu. Terharu tu memang tak payah cakaplah. Memang terharu sangat. Aku balas pelukan ibu ketat-ketat.
"Nad pun sayang ibu dan ayah sangat-sangat."
"Ayah ni siapa yang nak peluk?"
Kami berdua pandang ayah yang baru keluar dari pintu rumah. Ayah siap buat muka macam aku merajuk tadi lagi.
"Alolo, like father like daughter betul. Kalau merajuk mulalah muncung bibir tu." Ibu dah senyum.
Aku terus tarik ibu untuk pergi dekat ayah lepas tu kami berdua sama-sama peluk ayah.
"Ayah tu, biar kami berdua yang peluk." Aku cakap dekat ayah sambil kemaskan pelukan.
"Sayang ayah rapat-rapat." Aku sambung lagi. Bahagia betul bila dapat berada dalam pelukan kedua ibu bapa saat aku memerlukan mereka sangat-sangat macam sekarang ni.
"Ayah pun sayang Nad juga." Ayah buat perkara yang sama macam ibu buat dekat aku tadi. Dia cium rambut aku.
Dia pandang ibu.
"Sayang awak juga." Kali ni dia cium rambut ibu pula.
"I'm happy to have both of you. It's a big gift for me. I love you both." Fullamak, ayah ni buat ayat sebak pula. Dahlah tadi aku dah sebak dengar ayat ibu dah.
Ayah tiba-tiba tepuk dahi dia. Kami berdua memandang pelik dekat ayah.
"Ya Allah, ayah lupa. Ayah kena pergi KTC (Kelantan Trade Center) sebenarnya ni. Nak jumpa klien." Ayah sengih sambil buat jari simbol 'peace' dekat kami.
YOU ARE READING
K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
RomanceDua kali pertemuan dengan gadis yang sama tapi pertemuan pertama langsung tak diingati oleh si gadis. Hanya si jejaka yang menyimpan erat setiap pertemuan. Setiap pertemuan dimulai dengan kejadian yang tak berapa nak 'sedap telinga mendengar' orang...