#PART 7

6.5K 53 3
                                    

Assalam, ni bukan #randomteaserofKAI ni kita up balik bab 1 KAI buat yg masih ingat Izham dengan Una 😁😁😁

🗼🗼🗼🗼🗼🗼🗼🗼🗼🗼🗼🗼🗼

Sedar tak sedar, dah tiga tahun berlalu. Aku pun dah nak final exam tapi macam biasa, penyakit 'M' as in penyakit malas aku tu memang paling bermaharajalela waktu-waktu nak peperiksaan akhir macam ni. Bila nak peperiksaan akhir itulah macam-macam benda tiba-tiba muncul. Movie marathonlah, buat itulah, buat inilah. Apa yang aku hairankan, masa-masa sebelum peperiksaan akhir tu, tak ada pula perasaan nak buat movie marathon bagai tu membuak-buat. Ini namanya digging my own grave for final exam.

Lepas habis peperiksaan akhir ni, boleh 'berjoli' balik cuti kat rumah. Tapi tak boleh nak 'beraya' sakanlah sebab aku ada satu semester lagi. Tu semester akhir aku. Lepas habis semester tu barulah boleh 'berehat' panjang. Kalau dah semester sekarang ini pun aku dah merangkak nak habiskan, dah finding motivation to finish the semester, boleh sakit kepala aku nak fikirkan semester depan yang lagi mencabar tu.

Peperiksaan akhir untuk semester ini pun tak mula lagi, dah berangan fikir nak balik rumah dah. Itulah masalah pelajar zaman sekarang ni. Sebetulnya masalah aku, bukan masalah 'pelajar.'

Lelahnya belajar memang tak dapat dinafikan. Kehidupan di universiti tak selalunya indah, cuma banyak indah khabar dari rupa. Mana nak terkejar siapkan assignment lagi, presentation lagi. Walaupun aku dah tahun akhir Degree, penat tu masih sama. Tak pernah berubah. Kadang-kadang tu aku ni selalulah juga ada perasaan like I want to sleep for two years and wake up with a degree, an apartment, and money in the bank. Tapi sedarlah diri, benda tu tak akan terjadi tanpa usaha, doa dan tawakal.

Kata-kata Imam Syafie sangat berguna buat insan pemalas macam aku ni. 'Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, kamu akan rasa peritnya kebodohan.' Jadi, jangan pernah mengeluh dalam mengejar ilmu. Belajarlah juga kerana Allah s.w.t. Semua ilmu itu berguna.

Tapi, kalau aku dah masuk gear rajin tu, boleh hujan, ribut, taufan, digimon, pokemon semua keluar.

'Okay GPA, now let's get in 4.0mation!' Berkobar-kobar pula aku rasa sekarang ni.

Telefon aku berbunyi. Faiz call, aku kenal nada dering tu yang memang aku dah siap-siap set untuk dia sorang.

"Assalamualaikum, hello? Nak apa?" Aku jawab malas.

Otak aku betul-betul penat sekarang ni. Banyak masalah yang aku kena fikir. Rasa berat sangat bahu aku sekarang ni. Macam-macam benda yang jadi sepanjang tiga tahun ni. Apa yang paling ketara adalah hala tuju hubungan aku dengan Faiz. Tiga tahun aku kenal dia dah buat aku cukup muak nak hadap dia. Setiap kali aku minta putus ada aje alasan dia. Dia akan berubahlah, bagi dia peluanglah, dia terlalu saangkan aku lah. Macam-macam alasan dia bagi dekat aku sampai aku pun dah boleh hafal ayat dia itu.

Aku minta putus dengan dia sebab aku dah malas nak berharap. Kalau kami putus pun, andai ada jodoh aku dengan dia, maka berjodohlah. Andai tak ada jodoh kami, aku memang kena terima dengan hati yang terbuka.

Permintaan aku itu bersebab. Dia terlalu bossy dan kasar? Dahlah panas baran, itu yang aku paling pantang sekali tu. Mula-mula kenal tu memang baik tahap Masha Allah enti, pijak semut pun tak mati, koma aje semut tu. Lama-lama kenal, lagi nauzubillah perangai dia. Kadang-kadang dia jadi lelaki paling sweet dan kadang dia boleh berubah angin jadi lelaki paling annoying dalam dunia ni.

Banyak kali juga lah aku menangis sebab dia, Hannah selalu nasihat aku untuk tinggalkan lelaki yang selalu buat perempuan menangis atas sebab yang langsung tak masuk akal. Cari lelaki yang mampu bahagiakan aku, itu yang selalu dia pesan dekat aku lepas dia tahu pasal hubungan aku dengan Faiz ni dah patah seratus seribu sejuta ni. Hannah itu memang. Lepas dia tahu yang aku dengan Faiz, dia hari semakin hari jadi tak berapa nak berkenan dengan Faiz tu. Sebelum aku dengan Faiz, dalam erti kata lainnya semasa kami masih pada tahap kawan, elok aje dia tu layan Faiz. Apa yang dia tak suka sangat dengan Faiz pun aku tak tahulah.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now