RANDOM TEASER OF K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU] #PART 3

6.1K 115 3
                                    

Salam Alaik, hello hello haiiiii #randomteaserofKAI

👔 Samar Izham
👜 Nadiah Husna

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

Sabar aje aku tunggu talian bersambung. Nak hubungi orang dekat luar negara selalu susah memang macam ni eh?

Sekali. Dua kali. Tiga kali. Tak berangkat.

Aku cuba lagi sekali. Ni kali terakhir. Kalau tak berangkat jugak, esok malam ajelah aku call balik. Mungkin Izham tengah sibuk.

Talian bersambung.

"Assalamualaikum, hello abang." Suara aku naik satu oktaf, gila tak happy. Orang yang ditunggu dah angkat panggilan.

Senyap.

"Abang?"

Senyap lagi.

"Una letak ni kalau abang tak nak bercakap." Kan dah keluar nada merajuk aku.

Aku dengar suara orang berdeham. Perempuan. Ni siapa pulak yang berani-berani pegang henfon laki aku ni?

"Sorry, Izham's not here. Dia tengah mandi." Selamba aje perempuan tu cakap.

Sekarang ni aku rasa macam kena hempap dengan tangga dah.

"Siapa ni." Suara aku sekarang ni memang aku dah sehabis kawal dah. Sabar Una, jangan cepat melatah.

"Oops, sorry. Lupa nak bagitahu. I ni, Farah." Dengan nada gedik nak matinya dia cakap.

Aku genggam telefon sekuat hati. Sampai hati abang.

🎉🎉🎉🎉

*ohho, siapa pula Farah? Apa Izham dah buat dekat Una? 😱😱😱

p/s: boleh req group "Nia Adahays Handbook" untuk apa-apa update terbaru dari saya 😉
dan wattpad saya @NiaAdahays95

#KERANAAKUISTERIMUbyNIAADAHAYS
#IDEAKREATIFPUBLICATION

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now