“Dah siap?” Hannah pandang aku yang tengah hirup suapan terakhir mee celup kesukaan aku.
“Dah.” Aku angguk.
Aku dengan Hannah sama-sama bangun. Lepas ni ada kelas Prof. Rashid lagi. Tak boleh nak lambat pergi kelas dia, nanti kita orang kena duduk depan. Bukan apa, aku tak faham betul kenapa semua pakat nak duduk belakang time kelas dia. Nak kata dia mengajar tak best, aku rasa dialah pensyarah paling terbaik yang pernah aku jumpa. Sporting gila lagi tu. Dahlah baik hati sangat. Ni kalau Prof tahu aku puji dia melambung ni, haruslah dia bagi markah lebih kat aku. Huhuhu...
Tapikan, budak-budak kelas aku ada bagi nick dekat dia. Budak-budak ni cakap dia tu macam jelmaan Dr. Viru Sahastrabuddhe. Alaaa, pensyarah Aamir Khan dalam cerita 3 Idiots tu. Semua menepati ciri-ciri, pergi mengajar pun naik basikal. Nasib baik dia tak bonceng burung sekali dengan sarang burung aje datang kelas. Paling tak menahannya, Hannah lah manusia paling sengal, gelak tak ingat dunia bila bebudak kelas cakap dia macam Dr.Viru masa mula-mula kelas dengan Prof. Rashid dulu. Sekarang dah mohon ampun sikitlah gelak dia tu bila dia pandang muka Prof. Derhaka betul dapat student macam ni.
Hannah petik-petik jari depan aku. Aku pandang dia.
“Kenapa?”
Dia geleng kepala.
“Berangan.”
Dia gelak.
“Ingat dekat abang Izham ke?” Sempat lagi tu minah ni duk perli-perli aku.
Aku mencebik.
“Jangan nak beat around the bush sangat boleh tak? Suka hati kau aje. Banyaklah kau aku ni nak ingat dekat si Izham tu. Tak ada maknanya aku nak ingat dia. Bukan penting sangat pun. Aku tengah teringat dekat Prof. Rashid ni.” Memang betul aku tengah teringatkan Prof. Rashid pun.
Hannah menari-narikan kening dia. Nak kenakan akulah tu.
“Kenapa? Nak kahwin dengan dia ke? For sure ibu kau pengsan Nad sebab dia dapat menantu yang sama umur dengan ayah kau. Hahaha...” Tak ada insurans betul mulut minah ni.
Aku jeling Hannah tapi tak lama lepas tu aku senyum-senyum pandang dia. Dia tengok aku pelik.
“Ni kenapa pula ni? Sakit jiwa betul aku dengan kau ni.” Aku geleng-geleng kepala lepas tu sambung senyum lagi.
“Siapa lambat duduk depan!” Aku terus lari nak masuk ke dalam kelas.
Terkocoh-kocoh Hannah kejar aku.“Hei, mana aci. Main tipu.” Dan Hannah jugalah manusia yang paling bengang kalau kena duduk depan dalam mana-mana kelas. Apa nak jadilah dia ni. Bila nak insaf pun entahlah, aku pun tak tahu.
Semua bebudak kelas pandang aku dengan Hannah yang lari masuk kelas macam baru lepas kena kejar dengan orang gila aje. Lepas tu dia orang sambung buat hal masing-masing. Semua dah ‘masak’ sangat dengan perangai aku dengan Hannah. Budak-budak kelas aku ramai panggil aku dengan Hannah ni Ranchodas Shamaldas Chanchad and the gang. Rancho tu akulah walaupun aku ni tak lah sebijak dia, ahaks. Raju Rastogi si Hannah yang sandang. Farhan Qureshi tu masih lagi menjadi tanda tanya, siapakah bakal penyandang gelaran itu. Semua ni sebab aku dengan Hannah lah manusia paling luar alam dan paling masuk air dalam kelas ni. Ni kita orang kena cari sekali macam Chatur the Silencer. Bolehlah bahan dia selalu. Hahaha...
Hampir sepuluh minit jugalah kita orang sekelas tunggu Prof. Rashid masuk mengajar, tapi usahkan batang hidung dia yang mancung tu, bau minyak wangi dia pun kami tak terhidu. Tengah syok-syok aku berbual dengan Iylia, tiba-tiba aje aku rasa macam bahu aku kena cuit. Aku pandang Hannah yang macam orang kena pukau aje pandang luar kelas.
YOU ARE READING
K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
RomanceDua kali pertemuan dengan gadis yang sama tapi pertemuan pertama langsung tak diingati oleh si gadis. Hanya si jejaka yang menyimpan erat setiap pertemuan. Setiap pertemuan dimulai dengan kejadian yang tak berapa nak 'sedap telinga mendengar' orang...