BAB 8 K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]

6.3K 177 4
                                    


"Bestnya!" Kami pandang aje Hannah yang dah terlebih excited ni. Macamlah dia tu tak pernah datang sini. Kalau tengokkan keluarga dia tu, dia lebih dari mampu untuk datang sini.

"Seronok?" Izham dekat tepi aku menyoal. Dia pakai cermin mata hitam, jadi aku tak bolehlah nak pandang mata dia yang cantik gila tu.

Kepala aku anggukkan.

"Dah pernah datang sini?"

Sekali lagi aku mengangguk.

"Dengan siapa?" Dah gaya polis pencen dah Izham ni.

"My family."

Kali ni dia pula yang mengangguk sambil cakap 'oh.'

"Pernah datang sini?" Kali ni aku pula yang soal dia.

"Pernah."

"Dengan siapa?" Aku ulang soalan yang sama macam yang dia tanyakan dekat aku tadi.

"Kawan."

"Lelaki ke perempuan?" Gatal mulut betul aku ni pergi tanya soalan macam tu. Ini yang rasa nak terjun bot ni.

Izham gelak tak menjawab.

Aku mencebik pandang dia.

"Gelak, gelak. Perempuanlah tu kalau dah tak nak jawab macam tu. Lelaki memang macam ni kan?" Panas pula hati kita.

"Lelaki." Dia tiba-tiba bersuara lepas hampir sepuluh minit kami diam.

Aku faham apa yang tiba-tiba dia maksudkan dengan 'lelaki' tu. Malunya aku. Dahlah tadi tak pasal-pasal aku tayang muka bengang dekat dia.

Aku buat-buat tak tahu. Malas nak melayan.

"Tu." Izham muncungkan mulut ke arah abang Amar.

"Lelaki yang ikut saya datang sini."

"Ada saya kisah?" Buat-buat tak berminat Una, jangan kantoi sudah.

"Ye lah tu tak kisah." Izham gelak.

Aku pandang dia tak puas hati.

"Betullah."

"Tak betul."

"Betullah."

"Tak betul."

"Bet...." Tak sempat aku nak lawan balik, si Hannah ni dah tampar bahu aku.

"Gaduh, gaduh. Kan aku bagitahu dekat parents kau yang kau nak kahwin dengan abang Izham kan baru kau tahu." Hahaha...ini kurang ajar namanya. Mana boleh main-main ugut aku macam tu.

"Mana ada aku bergaduh dengan dia ni." Tangan aku naik menunjuk dekat Izham di tepi aku.

Hannah mencebik.

"Kau ingat aku dengan dia orang dua orang ni buta dan pekak untuk tak nampak dan tak dengar yang kau orang duk ber'sweet-sweet' dari tadi lagi?" Gedebush, penuh sinis kata-katamu wahai Hannah sayang.

Aku pandang Hafiz dengan abang Amar dekat depan kami. Dia orang sengih aje.

"Kahwin ajelah." Abang Amar yang diam dari tadi bersuara. Buka-buka mulut aje terus kasi ayat peluru berpandu. Bahaya betul abang Amar ni kalau dia dah buka mulut. Baiklah dia tu diam terus daripada berbunyi.

"Soon." Izham menjawab bagi pihak siapa pun aku tak tahu.

Aku pandang dia dengan muka tak percaya.

Dia kenyitkan mata dia dekat aku. Aku terus jeling dia. Jeling versi bengang punya. Bukannya jeling versi 'yek-yek-geli-geli' ye.

"Siapa entah yang nak kahwin dengan dia." Sakit betul hati kita.

Dan keempat-empat manusia dengan aku sekarang ni gelak geli hati dengar ayat aku tadi tu.

Apa lawak sangat ke ayat aku tadi tu? Rasanya aku tak buat lawak pun dalam ayat aku tu.

K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]Where stories live. Discover now