"Tak naklah. Tak larat." Aku betul-betul tak larat ni. Tangan aku pun masih sakit lagi sekarang ni. Semuanya sebab Faiz. Kuat betul dia cengkam tangan aku sampai lebam pergelangan tangan aku dibuatnya.
"Sure?" Hannah menyoal untuk kepastian.
"Yeah." Aku membalas malas.
"Okay then, kalau kau nak apa-apa just call me okay. Abang Izham pun tak jadi ikut ni."
"Kenapa pula dia tak jadi ikut?" Aku menyoal pelik Hannah di sebelah sana.
Hannah gelak.
"Sebab kau tak ikutlah, sebab apa lagi. Lagi pun dia risaukan kau duk kat bilik tu sorang-sorang. Dia temankan kau."
"Kau gila? Nak temankan aku? Dalam bilik ni?" Memang Hannah ni buat kerja gila.
"Kau gila?" Kali ni Hannah pula yang cakap macam tu dekat aku.
"Bilik dia kan sebelah bilik kau aje. Dia duduk dalam bilik dia, kau dalam bilik kau. So, kalau kau nak apa-apa, kau jerit aje. Sepantas kilat abang Izham pergi dekat kau nanti." Dan aku dengar suara manusia-manusia gelak dekat sebelah sana.
"Tak guna betul kau ni Hannah."
"Well, sekarang ni memanglah aku tak guna sebab abang Izham lagi berguna untuk kau kan." Dan sekali lagi juga aku dengar dia orang gelak.
Argh, damn! Damn! Damn it!
"Suka hati kau lah." Aku terus matikan talian.
Dia ni memanglah, kalau dapat kenakan aku memang 'you made my day' lah gayanya. Ni yang aku rasa nak ganyang-ganyang aje kawan baik kesayangan aku ni.
Baru aje aku nak baring, loceng bilik berbunyi.
"Siapa?" Kacau betullah. Tudung Syria aku terus sauk. Nasib baik kau tak lupa nak bawa tudung ni. Memang berguna betul masa-masa macam ni.
"Saya." Malas orang di luar menjawab.
Suara Izham, aku kenal suara tu. Pintu bilik aku kuak.
"Nak apa?" Dengan malas aku menyoal dia.
"Tadaa...." Dia angkat bungkusan makanan depan aku.
"Wah...." Aku buat-buat muka teruja sambil goyang-goyangkan kedua belah tangan aku buat gaya teruja 'sangat' lepas tu aku buat muka malas aku balik. Dia boleh gelak tengok aku buat macam tu?
"Dah makan?" Dia soal aku penuh prihatin.
"Belum. Tak lapar lagi." Memang aku tak rasa lapar lagi pun. Rasa mengantuk adalah sekarang ni.
"Makanlah dulu, baru tidur." Dia cuba untuk pujuk aku.
"Nantilah saya makan. Lagi pun tak elok lepas makan, tidur. Nanti gemuk saya tahu tak."
"Gemuk pun tak apa, saya tetap sayang."
Hah? Dia cakap apa?
"Hah?" Aku betul-betul tak dengar apa yang dia cakapkan sebab dia macam menggumam sendiri.
"Tak ada apa." Dia senyum.
Aku sambut huluran makanan di tangan dia.
"Nanti makan ye?" Penuh mengharap dia berkata.
Aku mengangguk dan agak terkejut bila dia tiba-tiba pegang pergelangan tangan aku.
"What the hell is wrong with you hand?" Kuat dia menyoal.
YOU ARE READING
K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
RomanceDua kali pertemuan dengan gadis yang sama tapi pertemuan pertama langsung tak diingati oleh si gadis. Hanya si jejaka yang menyimpan erat setiap pertemuan. Setiap pertemuan dimulai dengan kejadian yang tak berapa nak 'sedap telinga mendengar' orang...