" SAHUR WOI SAHUR!! BANGUNLAH!! "
Jin mengetuk-ngetuk periuk menggunakan sudip besi dari bilik ke bilik. Naik menyirap darahnya bila semua buat pekak. Dah lah semalam semua kononnya teruja nak cuba berpuasa.
" WOIIII KORANG NI NAK PUASA KE TAK NAK HA?! KARANG AKU PIJAK SEEKO--- "
" Diam lah Jin Syaitan!! Bulan ramadhan yang mulia lagikan berkat ni pun kau nak memekak ke hah?! " hah kau mulut laser Yoongi mula berbunyi walaupun matanya masih terpejam rapat.
Wajah Jin yang pada mulanya berwarna putih suci kini bertukar menjadi semerah syai-- Sorry. Bertukar menjadi semerah tomato.
KDANGGGGG!!!!
Kepala Yoongi bergetar seperti handphone vibrate. Matanya terus terbuka dan memandang keatas seperti menunggu masa untuk kena sawan. Betapa hebatnya penangan periuk Jin. Berpuaka betul periuk tu. Hmmm.
Ahli Bangtan yang lain tadinya tidur nyenyak terus membuka mata serta merta dan terus berlari kearah bunyi yang mereka dengar.
Terbuntang luas mata mereka melihat Yoongi masih lagi vibrate akibat penangan periuk puaka itu. Si Hoseok dan maknae line yang lain sudah berpelukan ketakutan. Si Namjoon pula turut bergetar akibat melihat Yoongi bergetar.
" SEMUA PERGI GOSOK GIGI SEKARANG!! KITA NAK SAHUR NI!! SIAPA LAMBAT AKU TAMPAR GUNA PERIUK NI!!! "
Berlari lintang pukang adik-adiknya menuju ke bilik air. Yoongi yang masih lagi bergetar serupa orang berpenyakit parkinson turut berlari. Cuba lah kau bayangkan. Sedih betul bila difikirkan.
Jin mengeluh. " Nak kena gertak baru semua nak gerak. Huh! Syabas Jin syabas! " kata Jin sambil mengflipkan rambutnya ala-ala diva. Berpuas hati dengan hasil kerjanya sebentar tadi.
❤❤❤
Mereka bertujuh duduk bersila di atas lantai mengelilingi makanan. Mereka semua masih termenung memikirkan sesuatu. " Hyung, macam mana niat puasa? " soal Jungkook pada Taehyung a.k.a Taeleh.
Mereka berenam serentak memandang Taehyung. Dia menelan airliurnya yang terasa berpasir. Takkan dia nak cakap yang dia tak tahu? Dah lah dia yang ajak mereka semua berpuasa.
Tapi tak baik pula menipu. Tuhan marah. Gumam Taehyung. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. " Taetae tak tahu niatnya macam mana. Yang Taetae tahu, hari ni mula puasa sampai lah sebulan. " Taehyung menundukkan mukanya yang sudah mahu menangis.
" Gwenchana. Kita puasa je. Tak perlu niat. Lagipun ni kan cubaan pertama kita. " pujuk Namjoon sambil menepuk bahu Taehyung. Mereka semua mengangguk faham.
Hoseok daripada tadi asyik menggosok tengkuknya. Banyak perkara yang dia musykil sekarang ni. " Maaf mencelah. "
" Ya? "
" Nak tanya. Kita sahur ni sekali je ke? Lepas tu tak makan sampai sebulan ke? " Hoseok menggigit bibirnya. Hah apa lagi, memang lepas dengar soalan Hoseok, semua pandang Taeleh si anak Soleh tu semula.
Taehyung menggeleng laju. " Kita tak boleh makan daripada terbit fajar sampailah Maghrib. Lepas Magrib kita boleh makan! " terang Taehyung sambil tersengih petak.
" Ooooooooooo~ "
" Maghrib tu apa? " soal Yoongi si mamat bergetah tadi. Eh salah. Bergetar. Maafkan saya.
Sekali lagi Taehyung mati kutu. Duhh lupa pulak nak tanya si Minghao Maghrib tu apa.
" Takpe. Nanti kita tanya kak Jeonghan, okay? Takpun, kita search google je! " pujuk Namjoon sekali lagi. Kesian pula dia tengok Taehyung.
" Search kat google je lah. Cari waktu maghrib Seoul bila. Tak yah tanya si Jeonghan gedik tu. Menyampah aku. " omel Jin tak puas hati.
" Seoul ada waktu Maghrib ke? " soal Jimin ingin kepastian.
Hah sudah bilanya nak makan sahur kalau asyik bertanya je ni.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Hai hai hai 😂💞
Ini adalah cubaan pertama aku buat Ff Bangtan yang panjang secara berkumpulan. 💞
Semoga korang berpuas hati dengar cerita hambar yang cuba untuk ku sampaikan ini :'))
Aku harap aku tak akan delete fanfic ni :'))
Started :- June 6, 2016
End :- July 16, 2016Yang benar,
Popo a.k.a si HakakGojes💞
YOU ARE READING
[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]
Fanfiction" Sebagai anak yang soleh, kita mestilah berpuasa dibulan ramadhan. " " Kesabaran juga perlu ditingkatkan!! " ____________________________________ Started :- June 6, 2016 End :- July 16, 2016 Yang ingin mencuba, Popo a.k.a si HakakGojes ❤