" Jemputlah duduk. " pelawa Minghao sambil tersenyum manis.
Bangtan membalas senyumannya lantas mengambil tempat duduk yang selesa.
" Kenapa rumah kau nampak sunyi je ni? " soal Taehyung sambil mencari-cari kelibat budak-budak hyperactive.
" Diorang pergi keluar sekejap. Cuma tinggal aku, Jun, Jeonghan, dan Woozi hyung je. " balas Minghao. Bangtan mengangguk faham.
" Ada apa korang datang sini? " sampuk Jeonghan.
" Kitorang nak bersoal jawab dengan abang Minghao. " jawab Jungkook dengan sengihannya.
Jeonghan mengangguk faham sebelum dia bangun dari duduknya. " Korang bersoal jawablah. Aku nak masuk bilik. " kata Jeonghan sebelum dia berlalu pergi.
Jin hanya memandang kelibat Jeonghan sehingga dia menghilang. Rasa serba salahnya menyerang diri. Perlu ke dia akhiri permusuhan dengan Jeonghan hari ini?
" Ha! Korang nak tanya apa? Tanyalah. " kata Minghao dengan semangat waja.
Namjoon mengangkat tangan dengan penuh semangat. " Saya! " dah macam dekat sekolah tadika pun ada.
" Silakan wahai Namjoon hyung. "
" Apa itu Puasa? "
Minghao tersenyum mendengar soalan Namjoon. " Puasa dari segi bahasa bermakna menahan daripada sesuatu. Manakala makna dari segi istilah syara' ialah menahan diri daripada nafsu syahwat dan nafsu perut dan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada fajar iaitu masuk waktu Subuh sehingga terbenam matahari beserta dengan niat untuk berpuasa. " jelas Minghao.
" Er.... Nafsu syahwat tu apa? " soal Hoseok sambil kepalanya digaru.
" Nafsu syahwat ialah nafsu seks iaitu suatu keinginan untuk bersetubuh antara dua orang. " terang Minghao. Bangtan mengangguk-angguk faham.
Jimin menggosok tengkuknya. Ada sesuatu yang dia ingin tanya. " Emm. Puasa ni kan ada syarat-syaratnya. Apa syarat sah puasa? "
" Yas. Bagus soalan tu wahai Encik Jamless. Syarat sah puasa yang pertama ialah, Islam. Orang yang bukan Islam tidak sah puasa. Yang kedua, berakal atau mumayyiz iaitu dapat membezakan yang baik dengan yang tidak baik. Tidak sah puasa bagi orang yang tidak berakal atau gila. Yang ketiga, suci dari haid (darah kotoran) dan nifas (darah setelah melahirkan anak). Orang yang kedatangan haid atau nifas tidak sah berpuasa tetapi keduanya wajib mengganti (membayar) puasa yang tertinggal itu secukupnya. Keempat, dalam waktu yang dibolehkan berpuasa. Kelima, berniat tiap-tiap malam. Kalau tak niat, puasa kita tak sah. Yang keenam, menahan diri dari segala yang membatalkan puasa. Aku rasa itu je lah yang aku tahu. " Minghao tersenyum melihat sunbae-sunbaenya sedang khusyuk mendengar serta menyalin nota.
" Ohhh. Jadi, puasa kitorang ni tak sah lah ya? " soal Taehyung. Minghao mengangguk.
" Terima kasih MingMing bagi jawapan dalam persoalan kami. " kata Taehyung sejurus dia memeluk tubuh Minghao.
" Sama-sama wahai sahabat. "
❤❤❤
Jeonghan duduk dihadapan cermin sambil menyikat rambutnya yang separa tengkuk. Fikirannya melayang.
Dia teringat tentang hubungan persahabatannya bersama Jin suatu ketika dahulu. Sangat dan terlalu baik. Tapi disebabkan satu perkara, mereka bergaduh sampai menjadi musuh.
Tapi bila diingatkan balik, permusuhan mereka bukanlah serius mana. Terkadang bergaduh macam budak-budak juga.
Jeonghan tertawa kecil. Jin hyung-ah, kenapa lah kita pilih jalan untuk bermusuh dulu? Desis hati Jeonghan.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]
Fanfiction" Sebagai anak yang soleh, kita mestilah berpuasa dibulan ramadhan. " " Kesabaran juga perlu ditingkatkan!! " ____________________________________ Started :- June 6, 2016 End :- July 16, 2016 Yang ingin mencuba, Popo a.k.a si HakakGojes ❤