+ 2 ; Dugaan

9.1K 1K 609
                                    

Kriukkk~~~

Jimin memegang perutnya. Aduh. Baru pukul 10 dah lapar balik ke? Ingat Jimin, ini demi nak dapatkan berat badan ideal kau balik! Gumam Jimin sambil menahan lapar.

Jimin menoleh kearah Jungkook yang sedang elok duduk disebelahnya. Wajah Jungkook diperhatikan dengan perasaan jijik.

" Biskut. " panggil Jimin membuatkan Jungkook menoleh kearahnya.

" Tahi hidung kau berkubang dalam hidung tu. Tak nak bersihkan ke? " soalan Jimin membuatkan wajah Jungkook memerah. Patut lah dia rasa hidung dia berat sebelah.

Jungkook tersengih. " Belah mana yang ada tahi hidung tu? " soal Jungkook sambil mengangkat hidungnya dan mula menyentuh dari luar.

Geli sejuta kali geli, Jimin menelan air liur yang terasa jijik. " K-kanan. " jawab Jimin tergagap-gagap.

" Oh! A'ah lah hyung! Boleh rasa dia terkeluar!! "

Dem u, Jungkook. Jimin menyumpah seranah Jungkook didalam hati.

Tahi hidungnya yang terkeluar itu diusap-usap manja hingga benda menjijikkan itu tergantung.

Dehek Jungkook.

" Cabut je lah, biskut! Serabai nak mampus kau ni!!! " marah Jimin. Dia dah tak sanggup nak tengok adegan menjijikkan tu disebelah dia.

Jungkook tersengih lagi. Dia meletakkan jari jemarinya diatas tahi hidung itu dan bersedia itu dicabut.

Satu

Du--

" JANGAN!!!!! TAK BOLEH KOREK HIDUNG WAKTU PUASA!! " jerit Taehyung lantas dia menepis tangan Jungkook.

Dan pluikkk.

Jimin terkesima. Tahi hidung Jungkook yang sudah mendarat ditangannya dipandang.

" DEHEK JEON JUNGKOOK DEHEK!! DEM U KIM TAEHYUNG!! KAU TAHU TAK BENDA NI MENJIJIKKAN?!! " jerit Jimin lantas dia berlari masuk ke dalam bilik air.

∞∞∞∞∞

" Hah carilah Waktu Maghrib di Seoul. " arah Jin sambil dia duduk disebelah Namjoon.

Namjoon mengambil laptopnya lalu dia menghidupkannya. " Hyung, aku nak tanya sikit boleh? " soal Namjoon dengan penuh sopan.

Jin mengangguk. " Tanya lah. " jawabnya sambil memerhatikan skrin laptop Namjoon.

" Kenapa hyung tak suka dengan kak Jeonghan? " soal Namjoon ingin kepastian. Daripada dulu, bermusuh je mereka berdua tu. Kalau berjumpa, ada sahaja benda yang nak digaduhkan.

Gaduh pasal rambut lah, kulit lah, barang branded lah.

Jin menggulingkan matanya. " Tak ada soalan lain ke kau nak tanya? " balas Jin dengan nada malas. Malas nak fikirkan musuh ketatnya itu.

" Banyak. Tapi aku nak tanya soalan tu. "

Jin mengeluh kecil. " Pernah pada suatu ketika dahu--- "

" ---Oh hyung! Laptop dah on! Kita nak cari apa tadi? " Namjoon memotong kata-kata Jin sebelum sempat dia menghabiskan ayat.

Dia memandang Namjoon dengan pandangan maut. Nasib je kau adik aku. Kalau tak dah lama aku celur kau dalam larva gunung berapi. Bangang. Maki Jin didalam hati.

Tanya orang, lepastu bila orang nak jawab, pergi potong. Tak guna.

" Hyung cepatlah. Kita nak cari apa tadi? " tanya Namjoon lagi sambil tersenyum comel. Jin menggulingkan bebola matanya.

" Waktu Maghrib di Seoul. "

Pantas tangan Namjoon menaip kata kunci tersebut. Selepas itu, dia menekan link yang tertera.

" [Waktu Solat]
Assalamualaikum w.b.t., seperti yang kita sedia maklum bahawa waktu masuk solat di wilayah Seoul, Korea Selatan semakin tidak menentu.

Jadi disini hendak mengingatkan setiap warga muslim di Korea supaya sentiasa prihatin dengan waktu solat seperti waktu maghrib yang makin lambat dan waktu2 yang lain. Ini disebabkan melihat kepada segelintir daripada kita yang secara tidak sengaja terlepas waktu solat dan ada juga yang solat tetapi belum masuk waktunya lagi.

Subuh 6:14am
Fajar 7:47am
Zohor 12:39pm
Asar 3:12pm
Maghrib 5:31pm
Isyak 6:58pm

Semoga memberi manfaat. "

( Maaf kalau tak betul. Yang ni aku jumpa kat facebook. 2014 punya. )

Namjoon dan Jin mengangguk faham. Mata mereka hanya tertumpu pada perkataan Maghrib.

" Pukul 5 nanti boleh lah kita pergi beli makanan dekat bazaar ramadhan. " ucap Jin sambil tersenyum teruja.

Namjoon mengangguk setuju. Kemudian dia membaca semula artikal tersebut.

" Warga Muslim di Korea. " gumam Namjoon perlahan. " Hyung. Puasa ni untuk orang Muslim je ke? " Jin menoleh kearah Namjoon.

Kepala yang tidak gatal digaru. " Entah. Taetae kata kita boleh cuba. " jawab Jin sambil dia membaca artikal itu berulang-ulang kali.

Namjoon berasa tidak sedap hati. " Tuhan orang Muslim tak marah ke kalau kita cuba puasa? " pertanyaan Namjoon membuatkan Jin buntu.

Jin menggarukan kepalanya. " Hyung pun tak tahu. Nanti kita tanya dekat Taehyung lah. Dia kan dah belajar benda ni dengan Minghao. " kata Jin sambil menggentel dagunya sendiri.

∞∞∞∞∞

" Hobi. Kau lapar tak? " soal Yoongi dalam nada berbisik walaupun hanya mereka berdua sahaja yang berada didalam bilik latihan.

Hoseok memandang Yoongi dengan perasaan curiga. " T-tak. Kenapa kau tanya? " soal Hoseok sambil dia bermain dengan tali kasutnya.

Yoongi mengeluh. Wajah sedih dipaparkan. " Aku tahu semalam aku lah yang paling teruja nak puasa tapi.... " Yoongi memandang Hoseok dengan wajah meminta belas kasihan.

Dimata Hoseok, terpapar wajah kasihan di wajah Yoongi. Matanya dibesarkan dan seolah-olah ada sinaran yang memancar.

" Ahh hyung!! Hentikan!!! " Hoseok menjerit sambil menahan silauan mata Yoongi. Hoseok mengesot kebelakang. Cahaya itu terlalu kuat sinarannya.

" Hyung lapar Seok!!! Hyung lapar!!!!! " raung Yoongi sambil dia mendekati Hoseok yang menjauhinya.

Wajah Hoseok makin membiru. Sumpah dia seram dengan perangai Yoongi. Lebih seram daripada Ju'on.

" HYUNGGGGGGG HENTIKAN!!! "

PAKK!!

Hoseok membuka matanya. Pipi yang terasa perih itu dipegang. Dia memandang sesusuk tubuh yang memandang kearahnya.

" WARGHHHH!!! "

" Kau pahal bodoh?! Tak habis lagi ke mengigau kau tu?! " marah Yoongi dengan nada swag. Wajah Hoseok dijeling tajam. Yoongi bangun dari duduknya.

Tangan kiri Yoongi asyik memegang belakangnya. " Aku ni dah tua. Kau buat pula macam ni. " omel Yoongi perlahan.

Hoseok melepaskan nafas lega. " Nasib baik tu cuma mimpi je. " Hoseok mengurut dadanya perlahan. Rasa macam nak mati je dapat mimpi macam tu.

KRIOKKKKK!

Yoongi dan Hoseok memandang antara satu sama lain.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Baru pukul 9:20 a.m dah berbunyi perut ni emm :')) 😒

[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]Where stories live. Discover now