+ 3 ; Keinsafan sementara

9.4K 961 540
                                    

Jin mengesat airmata sucinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jin mengesat airmata sucinya. Sungguh dia insaf selepas mendengar ceramah Ustaz Taeleh anak didik si Minghao.

Mungkin sudah tiba masanya dia untuk berbaik dengan Yoon Jeonghan.

* flashback *

" Pada bulan ramadhan yang mulia ini, kita haruslah bermaaf-maafan sesama insan kerana bulan ini adalah bulan kemaafan. Pada bulan ini lah kita boleh ketahui jika hati kita ini suci atau tidak kerana tiada syaitan yang menghasut kita. Semua perkara buruk yang kita lakukan pada bulan yang mulia ini adalah berdasarkan nafsu semata-mata.

Dengan itu, kita digalakkan untuk berbuat baik. Pahala kita akan di lipat gandakan. Tak kan kita nak sia-sia kan peluang ini wahai abang-abang ku dan adik ku sekalian? Kejarlah peluang ini! Capailah misi terbaik dalam hidup kita! Kita mampu ubah diri kita!! " ucap Taehyung si anak soleh.

Telefon bimbitnya ditutup. Trimas Minghao atas ceramah yang dikongsikan kepada aku. Gumam hati kecil Taehyung.

Terangguk-angguk kepala mereka berenam mendengar ceramah yang disampaikan oleh Taeleh. Sedikit sebanyak hati mereka tersentuh dengan ceramah tersebut.

Namjoon mengangkat tangan. " Aku nak tanya boleh tak? " soal Namjoon pada Taehyung.

Taehyung mengangguk. " Silakan wahai abangku. " Taehyung tersenyum kerana ada juga orang yang ingin menanyakan soalan.

" Kan kau kata, kalau kita buat baik, pahala kita akan di lipat gandakan. Habis tu kalau kita buat jahat, dosa kita di lipat gandakan juga ke? " soalan cepu emas diajukan pada Taehyung.

Taehyung menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takda pula Minghao beritahu dia pasal tu.

" Taetae tak tahulah Namjoon hyung. Minghao tak beritahu pun. " Taehyung memuncungkan bibirnya.

" Tapi yang Taetae tahu, sebagai manusia yang baik, kita perlu maafkan orang. Tak baik berdendam. " jawab Taehyung.

Jimin menjeling Jungkook yang tersengih-sengih mendengar ceramah tersebut. " Maaf. Tapi aku tak boleh buang dendam aku pada Kookie. Budak tu perlu bertanggungjawab atas tahi hidung yang terbang kat tangan aku tadi. " omel Jimin perlahan.

* end flashback *

" HYUNG!!!!! TAYAR VAN PANCIT!! MACAM MANA KITA NAK PERGI BAZAAR?! AKU LAPAR HYUNG!!! "

Raungan pathetic Hoseok mematikan lamunan Jin. Dia segera berlari keluar untuk melihat Van berwarna merah jambu miliknya.

Mata Jin terbuntang luas apabila dia melihat keempat-empat tayarnya sudah pancit.

" OH MY BABY PINKEU! MACAM MANA KAU BOLEH PANCIT HA SAYANG?! KAU ADA SAKIT DEKAT MANA-MANA TAK SAYANG?! SAYANGGGGGGGGGG AKU KAU LUKAAAA!! TANPA KAU SEDAR!!!! " raung Jin sambil mencium-cium van merah jambu kesayangannya.

[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]Where stories live. Discover now