+ 7 ; Kembalikan Yoongi Kami

6.8K 854 617
                                    

Yoongi mengelap peluh yang menitis didahinya. Dia memandang bangga pada bunga yang baru sahaja dia tanam. Cantik betul bunga raya ni.

Anak pokoknya dia dapat daripada Wonwoo. Tak tahu pula yang Wonwoo ni selain berkebun, dia suka tanam bunga.

Pada bulan ramadhan ni, boleh lah dia menghabiskan masa dalam buat aktiviti berfaedah.

Biasanya orang muslim akan membaca kitab suci mereka bagi mengisi masa dalam bulan ramadhan. Tetapi sayangnya Yoongi tak boleh buat sebegitu kerana perbezaan agamanya.

" Hoi orang sebelah! Tengah buat apa tu?! " suara daripada rumah jirannya kedengaran.

" Saya tengah tanam bunga ni ha, Suho sunbaenim! " Yoongi mengangkat pasu bunganya bagi menunjukkan pada Suho.

" Woahhhh! Cantiknya! " pujian Suho membuatkan senyuman Yoongi melebar.

" Yoongi, aku masuk dalam dulu tau! Nak tengok cerita span kuning! Bye! " Suho melambaikan tangan pada Yoongi lalu berlari masuk kedalam rumah. Aigoo, comelnya ketot ni :')

Yoongi mengangguk lalu dia menempatkan pasu bunga tersebut. Sarung tangan yang dia pakai dicabut.

" HUWAAAAAAA!!!!! JANGAN LAH KACAU MAINAN AKU!!! JIN HYUNG! TENGOK JIMIN DENGAN JUNGKOOK NI!!! YOONGI HYUNG TOLONG AKU!! NAMJOOOOOOOON!!!! "

Bahu Yoongi terhincut sedikit akibat terkejut mendengar jeritan menakutkan itu.

Dia menggelengkan kepalanya. " Apa lah nak jadi dengan Hoseok ni? Haihh. " Yoongi mencuci tangannya.

❤❤❤

Jimin dan Jungkook terkaku melihat Yoongi yang masuk ke dalam rumah dengan muka macam nak pukul orang.

" Y-yoongi hyung, a-ku b-bo-boleh tera-- " ha engkau tergagap-gagap si Jimin Gagah.

" Mana Hoseok? " soal Yoongi dengan nada mendatar.

Jungkook dan Jimin menggeletar. " K-kat dalam b-bilik. " jawab mereka serentak.

Yoongi menggelengkan kepalanya sebelum dia berlalu pergi ke bilik Hoseok. Sempat juga dia memberi jelingan maut pada JiKook.

Pintu bilik Hoseok dikuak. Kelihatan Hoseok sedang mencangkung mengutip mainan yang menjadi koleksinya bertaburan di atas lantai.

" Semua nak dengki dengan aku. Hiks hiks. Semua nak layan aku macam ni. Hiks hiks. " rintih Hoseok. Dia mengelap airmatanya.

" Seokkie-ah. " panggil Yoongi lembut. Hoseok sedikit tersentak sebelum menoleh pada Yoongi.

" Hyung kalau nak ketawakan aku, baik hyung pergi sini. Menci. " Hoseok berpaling dari Yoongi dan menyambung kerjanya.

Yoongi bercangkung disebelah Hoseok. " Aku nak tolong kau kemas lah. " dia mengutip satu persatu koleksi mainan itu dan susun satu persatu.

Hoseok hanya mendiamkan diri dan menyusun dengan berhati-hati. Pilu hati Yoongi melihat Hoseok yang sering dianiaya.

 Pilu hati Yoongi melihat Hoseok yang sering dianiaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]Where stories live. Discover now