" Eeeeeeee seronoknya. " Jungkook tersenyum malu saat dia melihat satu video di Youtube.
Matanya tidak lepas dari melihat setiap adegan yang berlaku didalam video itu. Dari awal sampai lah saat yang terakhir. Hampir 10 kali dia mengulangi video tersebut. Dia yakin yang dia boleh lakukan yang terbaik jika dia dalam situasi tersebut.
Yoongi duduk disebelah Jungkook. Dia tersenyum kecil. Dah pandai dah budak ni. Bisik hati Yoongi.
" Kau tengok apa tu? " soal Yoongi berpura-pura yang dia tidak tahu. Jungkook menekan butang pause.
" Popcorn. " jawab Jungkook sambil tersenyum bangga.
" Puas? " pertanyaan Yoongi dibalas dengan anggukan oleh Jungkook.
" Kan aku dah cakap. Tapi tu lah, semua tak nak percaya. " kata Yoongi dengan nada datarnya.
" Hyung pernah buat benda ni? " soal Jungkook. Yoongi menggeleng. " Tak ada peluang. " balas Yoongi.
" Emm. Kalau aku nak ajak Jin hyung buat benda ni boleh tak? Dia mesti dah arif bab-bab macam ni. Lagi pun dia lagi tua dari aku, mesti dia lagi hebat. Kan? " kata Jungkook dengan bersemangat.
Yoongi tertawa kecil. " Mestilah boleh. " jawapan Yoongi membuatkan Jungkook lebih teruja.
Ya. Dia mesti lakukan! Dia ingin rasakan kepuasan itu dengan sendiri!
" Tapi sebelum tu, kau kenalah beli co-- "
" --Aku dah beli semalam lah hyung! Jangan risau! " Jungkook memotong kata-kata Yoongi.
❤❤❤
" Selamat aidil fitri~ Kepada saudara serta saudari~ Setahun, hanya sekali~ Merayakan hari yang mulia ini! Teng teng teng teng! " nyanyi Jimin dengan girang sambil tangannya sibuk memasang cangkuk pada langsir baharu.
" Dimasa bulan ramadhan~ Kita berpuasa hingga sebulan~ Pabila, syawal menjelma~ Hari raya sambut dengan gembira! " sambung Taehyung.
" One two three! Cikidot man! " jerit Hoseok.
Namjoon menarik nafas sedalam yang mungkin. " Miskin kaya memakai baju baru warna warni yoww!! Mengunjungi sanak saudara serta kaum famili bruh! Sungguh indah pemandangan di hari raya ini! Tua muda wajah berseri-seri dush!! " Namjoon meng-rap-kan lagu hari raya itu.
Jin tersenyum gembira melihat telatah adik-adiknya. Teruja sangat nak sambut hari raya yang bakal mendatang.
" Hyung! Bila kita nak beli baju raya? " soal Taehyung dengan senyuman petaknya.
" Hari Jumaat ni lah. Korang nak pakai baju warna apa? " Namjoon membalas dengan nada teruja.
" Nak war-- "
" Kita pakai sedondon nak tak? " Jin memotong kata-kata Jimin.
" Tak nak!! Nanti hyung nak pakai warna pink! Aku nak warna hijau! " Hoseok memprotes cadangan Jin habis-habisan.
Jin mencebik. " Tapi warna pink cant-- "
" Warna hijau lagi cantik!! "
YOU ARE READING
[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]
Fanfiction" Sebagai anak yang soleh, kita mestilah berpuasa dibulan ramadhan. " " Kesabaran juga perlu ditingkatkan!! " ____________________________________ Started :- June 6, 2016 End :- July 16, 2016 Yang ingin mencuba, Popo a.k.a si HakakGojes ❤