" Hyung! Hyung! Aku dah dapat! "
Jimin berlari tergedek-gedek masuk ke dalam bilik store di rumah mereka. Dia segera duduk dihadapan Hoseok dan menutup rapat pintu bilik store tersebut.
Hoseok menepuk tangan teruja. " Woahhh. Ada sesiapa nampak tak? " soal Hoseok ingin kepastian. Takut juga kalau ada orang nampak.
Jimin menggeleng laju. " Tak ada! Aku dah cover line baik punya! " bangga sungguh Jimin selepas dapat menyeludup sesuatu keluar dari peti ais.
" Bagus! Kau dapat apa ambil apa? " Hoseok menelan air liur yang sudah bertakung. Jimin mengeluarkan makanan yang disorok didalam bajunya.
Biskut oreo, kimchi di dalam botol, dua tin air Milo, muruku ikan serta coklat. Woahhhhh boleh lah ni untuk alas perut sementara tunggu waktu berbuka puasa nanti.
Jimin membuka tin air Milo dan meneguk dengan penuh nafsu. " Ya ampun, sedapnya air ni hyung. " meleleh air mata kesyukuran Jimin.
Hoseok mengangguk setuju. Dia menggapai botol Kimchi dan mula membukanya. Sesuap demi sesuap kimchi masuk ke dalam mulutnya.
" WOWZERS!! PEDAS MENYENGAT TAPI SEDAP!! "
Ibu jari tangan kirinya diangkat setinggi yang boleh. Peha Hoseok dipukul oleh Jimin.
" Hyung ni diam-diam lah sikit. Nanti orang dengan pulak. " marah Jimin sambil menjilat jarinya. Nikmat betul makan sorok-sorok ni. Gumam Jimin.
Hoseok tersengih.
Waktu sekarang ni, makan apa-apa pun kau akan rasa sedap. Yelah, pada bulan puasa ni, nafsu yang mengawal diri bukan syaitan. Jadi bila kau turuti segala yang nafsu inginkan, dah tentu kau akan rasa puas.
Kesimpulannya, jangan biarkan nafsu mengawal diri, ya adik-adik? :')
KLIK!
Pintu bilik stor itu dibuka. Jimin dan Hoseok memandang antara satu sama lain. Mereka menelan air liur yang terasa kelat. Habis lah.
Pintu bilik itu dibuka dengan perlahan-lahan.
" WOI! KORANG BUAT APA NI HAH?! "
∞∞∞∞∞
" Yoongi hyung, kau nampak tak Jimin kat mana? Tadi dia janji dengan aku nak main video game. "
Yoongi menggelengkan kepalanya. Taehyung mengeluh. Puas dia mencari sahabat baiknya itu, tapi langsung tak jumpa.
Dia melabuhkan punggungnya di atas perut Yoongi yang sedang leka bermain laptop.
" Hyung, jom teman aku main game. Kookie takda. Dia pergi teman Namjoon hyung beli barang dapur yang Jin hyung suruh. " pinta Taehyung sambil memandang Yoongi dengan muka comelnya.
Yoongi menjeling Taehyung lantas dia menutup laptopnya. " Dah. Bangun dari perut aku cepat kalau nak aku teman kau main game. " ucap Yoongi.
Taehyung ternganga tidak percaya. Like seriously?! Susah wei nak ajak Yoongi main sama dengan kau!
Tangan Yoongi pantas diraih. " Jom hyung jom! " ajak Taehyung dengan perasaan teruja yang membuak-buak.
" Sabar lah. " baru sahaja Yoongi hendak bangun, tiba-tiba Jimin, Hoseok dan Jin datang ke ruang tamu.
" Ah. Tu Jimin dah ada. Main dengan Jimin je. " tangannya yang Taehyung pegang tadi ditarik semula. Yoongi kembali berbaring diatas sofa.
" Alohh. "
" Taetae, jom kita main game!! " ucap Jimin dengan penuh tenaga.
Taehyung mendekati Jimin dengan riak wajah yang teruja tetapi langkahnya terhenti. Dia terbau sesuatu dari mulut Jimin.
" Jimin-ah. Cuba kau cakap sekali lagi. " permintaan Taehyung membuatkan Jimin cuak.
Jimin menoleh ke arah Jin dan Hoseok. Kemudian dia kembali memandang Taehyung. " C-cakap apa? " soal Jimin teragak-agak.
Bau ni! Gumam Taehyung. Dia menjeling Jimin dengan tajam. Daripada hujung rambut, hingga ke hujung kaki Jimin diperhatikan. Hoseok dan Jin pula yang berasa cemas.
" KAU MAKAN EA?!!! " jerit Taehyung membuatkan Jimin jatuh terduduk. Seram betul muka Taeleh ni bila marah.
Yoongi terus terduduk dari baringnya. Diorang makan? Bisik hati Yoongi.
" M-mana ada aku makan!! Jangan fitnah lah!! " balas Jimin menidakkan kebenaran.
Taehyung mendekati Jimin. " Nak menipu pun agak-agak lah!! Ni apa?! Kimchi melekat dekat baju kau!! " marah Taehyung. Sungguh dia kesal dengan perangai kawan-kawannya.
" A-aku...... a-aku bukannya tak nak puasa!! T-tapi aku..... aku period!!! Jin hyung dengan Hoseok hyung pun sama!! " kata Jimin. Dasar Jamless tak pandai menipu.
" Jin hyung dengan Hoseok hyung pun sama?! " terjegil keluar mata Taehyung memandang mereka bertiga.
Jin yang biasanya tidak takut akan maknae line pun kecut perut tengok muka Taehyung.
" B-betul! A-aku period!! Haaa!! Baru je tadi kena!!! " tipu Jin.
Taehyung mengeluh lantas dia menundukkan wajahnya. Dia kecewa.
" Maaf kalau Taetae buat korang terpaksa puasa. Maaf juga sebab buat korang rasa puasa ni sebagai bebanan. Taetae tak patut ajak korang puasa. Tapi jangan lah makan sorok-sorok. Beritahu je lah Taetae yang korang tak nak puasa. Taetae tak kisah pun. " ucap Taehyung dengan nada kecewa.
Dia terus menuju kebiliknya tanpa meminta izin terlebih dahulu.
Yoongi menggelengkan kepalanya. " See? Aishh korang ni. " omel Yoongi lantas dia mengekori Taehyung dari belakang.
Hoseok, Jin dan Jimin terdiam seribu bahasa. " Apa yang kita dah buat ni? " mereka semua mengeluh kesal.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Maaf lah sebab chapter kali ini pendek 😅💞
Trimas pada Sai untuk idea yang kau bagi ni xD
Maaf sebab hambar 💔
Enjoy!!! 💞💞💞
YOU ARE READING
[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]
Fanfiction" Sebagai anak yang soleh, kita mestilah berpuasa dibulan ramadhan. " " Kesabaran juga perlu ditingkatkan!! " ____________________________________ Started :- June 6, 2016 End :- July 16, 2016 Yang ingin mencuba, Popo a.k.a si HakakGojes ❤