+ 5 ; Bazaar

6.7K 850 518
                                    

" Wahhhhh!! Banyaknya makanan!!! " Yoongi terkinja-kinja teruja. Terus hilang personaliti swag dia.

Pertama kali mereka berempat datang ke bazaar Ramadhan sudah tentulah mereka akan teruja. Dengan ayam golek, sate daging, otak-otak, nasi dagang, murtabak, roti john, laksa johor, laksa penang OMG SEDAPNYA!!!

" AKU NAK BELI SEMUAAAAA!!! "

Pakk!!

Pipi Yoongi ditampar Taehyung. Yoongi mencebik sambil menghentak-hentakkan kakinya diatas jalan tar. " Kalau ya pun nak beli, jaga lah sikit perangai tu! Orang tengok kita lah! " bebel Taehyung seperti seorang ayah memarahi seorang anak.

Yoongi berpaling kearah lain sambil berpeluk tubuh. " Nanak kawan! " gediknya ya ampun Min Yoongi ni.

Namjoon menggulingkan matanya. Nak termuntah dia tengok sahabat baiknya yang dulunya swag sekarang ni macam sotong. Memang betul orang kata, perangai orang boleh berubah-ubah bila lapar. Namjoon menggelengkan kepalanya.

❤❤❤

" Murtabak daging! Murtabak ayam! Murah-murah!! Mari beli!! " Kenjumma menggunakan kemahiran suaranya yang lantang.

Bersemangat betul mereka berenam menjual Murtabak Error! Walaupun murtabaknya memang berwajah error dan tiada rupa seperti murtabak, jualannya amatlah laku!

" Murtabak Daging Error dua! " pinta seorang remaja perempuan bersama kawan perempuannya.

" Siap! " Wonshik mula menebar roti murtabak dengan hebat sekali. Tidak lupa juga pada Hyuk yang sibuk mengurut bahu Wonshik dari belakang.

" Kyaaaaa bergayanya Wonshik oppa!! "

" Omo omo! Lirikan mata Taekwoon oppa menggoda betul!! "

" Omaigosh comelnya Hackyeon oppa!! "

" Hyuk dan Ken oppa!! Omonaaaaaa! Comelnya kyaaaaa!!! "

Mereka berenam tersenyum bangga. Murtabak mereka popular kerana muka mereka yang kacak dan bukannya murtabak mereka sedap. Sadis bukan?

Tetapi murtabak mereka hanyalah terkenal pada remaja perempuan dan dibenci oleh orang-orang tua.

Suasana yang riuh dihadapan gerai murtabak itu menggamit perhatian Jungkook. Jin hyung kata, kalau nak beli makanan, beli dekat tempat yang ramai orang sebab biasanya tempat tu laku dengan makanan yang sedap! Aku mesti cuba ni! Gumam hati Jungkook.

" Hyung! Jom kita beli makanan yang kat gerai tu! " Jungkook menarik-narik lengan Namjoon.

Namjoon mengerutkan dahinya memandang kearah gerai yang riuh umpama ada idol disitu. " Tak payah lah. Gerai tu nampak macam sesak je. " kata Namjoon.

Taehyung dan Yoongi menoleh kearah gerai yang dimaksudkan Namjoon. Jungkook mencebik. " Aloh hyung ni. Tak pelah, kita boleh tunggu! " pujuk Jungkook pada Namjoon.

" Aku dengar orang kata Murtabak dekat situ unik. Jom lah kita cuba, hyung. " ajak Taehyung. Namjoon terpaksa akur.

Mereka berempat pergi kearah gerai Murtabak Error yang sesak itu. " Eh! Tu bukan ke Kenjumma? " soal Yoongi.

Namjoon, Taehyung dan Jungkook terus mencari-cari seseorang yang Yoongi sebutkan. " Ha'ah lah! Kenjumma! " ucap mereka serentak.

Ken yang mendengar namanya yang limited edition itu disebut terus menjinjitkan kakinya mencari siapa yang menyebutnya. Bibirnya mengukirkan senyuman.

" Taekwoon hyung! " Ken memberi bahasa isyarat pada Taekwoon yang hanya duduk dengan muka poker.

Taekwoon mengeluh sebelum dia berdiri. " Korang, siapa nak bergambar dengan aku? Jom kita pergi belah sana. " maka menjerit terlolong lah anak-anak gadis itu apabila mendengar suara Taekwoon yang halus lagikan sweet. Omg!

Mereka semua terus mengikut Taekwoon.

Jungkook, Yoongi, Taehyung dan Namjoon dengan senangnya dapat masuk ke gerai Murtabak Error. Tinggi betul pengaruh abang-abang kacak dihadapan mereka ini.

" Hey Bangtan! Lama tak nampak korang! SeokJin mana? Budak tiada Jam dengan Kuda mana? " soal Ken sambil bersalaman dengan Bangtan.

Taehyung mengukirkan senyuman hambar. " Diorang bertiga tak ikut. Orang tak puasa mana boleh ikut. " Hackyeon tertawa kecil mendengar omelan Taehyung.

" Ayo maknae! " tegur Hyuk pada Jungkook. " Ayo Sanghyuk hyung!! " gembira betul mereka dapat berjumpa.

" Korang tak nak beli ke murtabak kitorang? " soal Wonshik.

Yoongi mengangguk. " Bagi kitorang 3 murtabak daging! " Yoongi tersenyum. Wonshik membalas senyuman Yoongi dan mula menebar roti.

" Tak apa ke biarkan Taekwoon hyung kat situ dengan fans? " soal Namjoon ingin kepastian.

Walaupun wajah Taekwoon umpama tiada perasaan, tapi Namjoon yakin yang Taekwoon sedang sengsara disitu.

" Biarlah dia. Dia kat sini pun bukannya buat kerja. " balas Hackyeon.

Mereka semua mengangguk faham dan mula berbual perkara yang sepatutnya.

Hongbin menjeling author. " MANA WATAK AKU WOII!! AKU KAU LUKAAAAA!!! TANPA KAU SEDAR!!!! " Hongbin menampar pipi author yang gebu lagikan peloles ini :'))

" Maafkan aku..... Aku tertinggal nama kau.... "

" SAMPAI HATI KAU KAN!! MAKAN KACANG MERAH NI MAKAN!! " Hongbin menyumbang kacang merah didalam mulut author dengan rakusnya.

Akhirnya author kena sawan kacang merah :'))

❤❤❤

Jungkook membantu abang-abangnya menyediakan makanan diruang makan. Jin, Jimin dan Hoseok hanya mampu menelan air melihat makanan-makanan yang terhidang dihadapan mereka.

Yoongi berdiri dihadapan HopeJinJi sambil mencekak pinggang. " Orang tak puasa tak boleh makan dengan orang puasa! Dan pergi jauh sikit dari sini. " suara Yoongi yang sinis itu membuatkan HopeJinJi terasa terhina.

Jin mengetapkan giginya. Kau tunggu lah! Aku kerjakan kau sampai kau sawan esok! Aku tak peduli! Sungguh dalam bisikan Jin didalam hati.

Mereka bertiga mula mengesot kebelakang menjauhi makanan tersebut. Menjijis airliur kelaparan.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Hi 😊

Guys, aku minta maaf pada sesiapa yang tak selesa dengan chapter 3 ; Keinsafan sementara.

Haihh. Ini cerita fiction dan cerita fiction tu semuanya hanyalah rekaan semata-mata.

Aku rasa macam nak delete ff ni pun ada bila ramai sangat nak kecam aku bila aku buat doa berbuka kat chapter tu.

Okay bye.

Enjoy 💞

[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]Where stories live. Discover now