+ 6 ; Sumpahan Keajaiban

6.3K 856 413
                                    

" Sebab hari tu diorang kata makanan yang Sunbae masak sedap. " kata-kata Jin membuatkan Kyungsoo kembang semangkuk.

" Aku boleh je bagi kau resepinya. Bila kau nak? " soal Kyungsoo pada Jin.

Baekhyun mengendap dari celah pintu. Kyungsoo ni, kalau nak berbual pun ajak lah orang tu masuk rumah, ada ke pula dia berbual dekat pagar. Baekhyun menggelengkan kepalanya.

Walaupun Baekhyun tahu dia patut menegur sikap Kyungsoo, tetapi dia hanya membiarkan sahaja sambil mendengar perbualan Jin dan Kyungsoo.

" Nah. Pastikan kau tumis betul-betul tau. Takut nanti ladanya mentah pula. " terangguk-angguk Jin mendengar arahan Kyungsoo.

" Oh Sunbae! Periuk kau yang kau bagi pinjam haritu memang berbisa betul lah. Bergetar sungguh Yoongi haritu. "

Kyungsoo tersenyum creepy. " Berkesan kan? Tapi.... Jap. Kau kata kau pukul Yoongi?! Wey! Kau tahu tak periuk tu ada sumpahan?! " mata Kyungsoo membesar.

Jin menggelengkan kepalanya. Air liur yang terasa berpasir ditelan kasar. Sumpahan?! Gumam Jin.

" Sumpahan apa Sunbaenim?! "

Baekhyun yang berada dicelah pintu berlari masuk ke rumah. Jantungnya berdegup kencang.

" WEY KORANG!! "

Jerit Baekhyun pada kawan-kawannya yang sedang melepak dihadapan TV.

" Shhhh. Jangan bisinglah Sogogi. Kitorang tengah tengok Al-Kulliyah ni! " marah Xiumin pada Baekhyun.

" Tapi aku ada benda lagi penting nak beritahu ni! "

" Baekhyun, sudah-sudah lah dengan gosip murahan yang kau nak sampaikan tu. Bulan Ramadhan macam ni pun kau nak buat dosa ke? " soal Jongdae sambil tersenyum perli.

Baekhyun mencebik. " Tapi ni bukan gosip sembarangan! Ni pasal Periuk Puaka Moyang Kyungsoo!! " kawan-kawan Baekhyun terus menghadap kearahnya.

" Cer citer cer citer! "

Baekhyun mengambil tempat duduk yang selesa. " Korang perasan tak yang sejak dua menjak ni kita langsung tak nampak periuk tu? " ucapnya dalam nada mendebarkan.

Jongdae, Sehun, Xiumin, Chanyeol dan Kai mengangguk laju. " Perasan perasan perasan! " balas mereka serentak.

" Rupa-rupanya Kyungsoo bagi pinjam dekat Jin! "

" Astaghfirullah Baekhyun hyung! Kau nak menipu pun agak-agaklah! Mana ada Jin bulan puasa ni! " bidas Chanyeol. Merapu betul orang tua ni.

Baekhyun menggulingkan matanya menyampah. " Bukan Jin syaitan lah capang. Ni Jin sebelah rumah kita. Yang haritu kau hantar van dia kat bengkel. " Chanyeol membentukkan mulutnya menjadi huruf O.

" Chanyeol hyung dah tua-tua pun masih lembab. " terkekek-kekek Sehun dan Kai mentertawakan Chanyeol.

" Bukan lembab lah! Cuma keliru! "

" Haishhh. Diam lah. Aku nak dengar cerita Baekhyun ni. " marah Jongdae. Terus hilang feel aura seram.

" Okay balik pada topik asal. Kau nak tahu tak, Jin pukul Yoongi dengan periuk tu!! "

" APA?!!! "

" HABIS LAH NANTI YOONGI HYUNG MEROYAN MACAM CHANYEOL HYUNG HARITU!!! "

" Aku simpati betul dekat dia. Hmm. "

❤❤❤

Yoongi mendekati Taehyung yang sedang meniarap sambil menulis sesuatu didalam diari. " Taehyung-ah. " panggilnya.

[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]Where stories live. Discover now