Tajuk :- aBang Super
Penulis :- Tae Kim, Min Park, Jeon JK.
Idea asal :- Ngigauan Namjoon.
Pengenalan :-
Tersebutlah kisah pada suatu ketika dahulu dimana ada sebuah keluarga yang hidup aman serta bahagia. Mereka dikenali sebagai aBang Super.
Sepasang suami isteri dikurniakan 4 orang cahaya mata dan mereka tinggal bersama ayah Si Suami.
Sepasang suami isteri itu dikenal sebagai Kim Namjoon dan Kim SeokJin.
Kim Namjoon amat dikenali dengan kepakarannya dalam menebang hutan-hutan tebal dengan kekuasaan yang dia ada. Apa-apa benda yang disentuh olehnya pasti akan hancur dan rosak.
[ Peringatan : Kuasa Namjoon tidak berfungsi atas manusia. ]
Kim SeokJin amat dikenali dengan Ratu Pink dikawasan kampung mereka. Malahan dia amat pakar dalam bidang masakan. Nak masak apa? Kari ayam? Rendang kambing? Sup lembu? Petik sahaja jari, SeokJin boleh lakukan dengan profesional.
Amaran keras! Masakan daging kuda dan arnab amat dilarang dan diharamkan dalam keluarga tersebut. Ini kerana mereka menganggap itu sebagai penghinaan yang nyata!
Ayah kepada Kim Namjoon iaitu Min Yoongi amat popular dengan sifatnya yang begitu swag. Min Yoongi mengamalkan sikap pergi-mampus pada semua penduduk kampung. Tetapi dia seorang yang mengambil berat dan suka membuat lawak beku.
Apa itu Lawak Beku?
Lawak beku ialah lawak yang dimana tiada unsur lawak.
Min Yoongi juga boleh dikaitkan dengan peribahasa kita iaitu kecil-kecil cili padi, kena maki deep nak mati.
Seperti yang kita tahu, pasangan suami isteri itu dikurniakan 4 orang cahaya mata lelaki. Seorang anak sulung, sepasang kembar, dan seorang anak bongsu.
Anak sulung mereka bernama Jung Hoseok. Bunyian yang pertama yang keluar dari mulut Hoseok ialah bunyi kuda.
Kerana bunyian tersebutlah pasangan suami isteri itu hampir bercerai. Kim Namjoon mengesyaki bahawa Kim SeokJin mempunyai hubungan sulit bersama seekor kuda. Namun tuduhan itu ditolak keras oleh Min Yoongi kerana kandungan pertama Kim SeokJin hanya terkenan pada seekor kuda Pak Cik Senan sebelah rumah yang memekak setiap malam sepanjang 9 bulan itu.
Dan pada hari kelahiran Hoseok, kuda Pak Cik Senan itu mati di maki Yoongi.
Jung Hoseok amat cintakan haiwan terutama sekali kuda. Oleh sebab itu, Hoseok amat gerun dan takut jika dia ternampak potongan kuda dimana-mana. Dia juga amat takut dan benci pada kacang kuda kerana beranggapan kacang kuda itu diperbuat daripada otak kuda.
Oh lupa untuk diberitahu. Jung Hoseok mempunyai kuasa jeritan yang nyaring yang boleh membuatkan orang mendengarnya pekak atau mati.
Mari kita pergi pada pasangan kembar yang bernama Park Jimin dan Kim Taehyung. Park Jimin seorang lelaki bertubuh kecil dan mempunyai perbezaan 1cm ketinggian dengan datuknya, Min Yoongi.
Park Jimin mempunyai kuasa dimana jika dia membuka bajunya, semua yang melihatnya akan cair.
Bagaimana caranya untuk membekukan orang yang melihat Jimin?
Mereka dikehendaki melihat Min Yoongi.
Park Jimin dikenali dengan sifat pemujuk dan penenang. Jika anda marah, sedih, kecewa, berjumpalah dengan Park Jimin.
Kim Taehyung adik kepada Park Jimin dan Jung Hoseok. Sifatnya amat lain daripada yang lain. Taehyung suka bercakap menggunakan bahasa yang tidak pernah wujud dibumi.
Dan disebabkan bahasa Taehyung lah, Namjoon menuduh SeokJin mempunyai hubungan sulit bersama seekor makhluk dari angkasa lepas yang pernah melawat mereka sewaktu SeokJin mengandungkan kembar itu.
Tapi tuduhan itu gugur apabila Yoongi menyatakan bahawa baka daripada Namjoon ialah baka yang pelik.
Taehyung sangat ceria orangnya dan dia suka menceriakan orang lain. Dia dikurniakan senyuman petak yang cantik dan indah. Namun senyuman itu boleh membunuh sekalian makhluk kerana Taehyung mempunyai bau mulut yang amat tidak menyenangkan.
Anak mereka yang terakhir ialah Jeon Jungkook. Seorang anak lelaki yang amat comel seperti seekor arnab.
Dan Ya!! Sangkaan anda benar!! SeokJin dituduh lagi oleh Namjoon yang dia membuat hubungan sulit bersama seekor arnab!
Tetapi berkat Min Yoongi yang bijaksana, tuduhan itu jatuh meleser! Masakan SeokJin boleh membuat hubungan sulit bersama arnab?
[ Amaran : Pemikiran yang dalam tentang kemungkinan SeokJin membuat hubungan sulit bersama arnab tidak diizinkan. ]
Jeon Jungkook mewarisi semua kebolehan yang dikurniakan pada semua ahli keluarganya. Dia dikenali sebagai Golden Maknae.
Tetapi terkadang perangainya amatlah nakal dan lupa diri. Dia terkadang tidak memanggil SeokJin sebagai Omma. Dia kata dia lah yang paling tua dan layak dihormati.
Namun perangai lupa dirinya telah diselamatkan oleh Yoongi. Hanya perlu 'tapak dan pijak'.
Inilah secalit pengenalan daripada kami. Mahu tahu kisah penuhnya? Layari ;
www.kisahdongeng.blogspot/abangsuper
❤❤❤
" Wahhhhhh panjangnya kita tulis! " Jimin tersengih melihat hasil penulisan mereka.
" Tak sia-sia kita ambil idea daripada Namjoon hyung masa dia mengigau, kan? " kata Taehyung sambil bertepuk tangan tanda suka.
" Tapi aku ada berita buruk. "
Jimin dan Taehyung serta merta menoleh kearah Jungkook. " Apa? " soal mereka berdua serentak.
" Sekarang ni baru pukul 3.20 petang. Dan lambat lagi masa untuk berbuka. " Jungkook menyembamkan mukanya pada bantal. Perut yang berkeroncong digosok.
" Apa?! Alahhhhh kenapa lambat sangat nak berbuka?! Tadi kita tulis pukuk 3 kot. " rungut Jimin.
" Sabarlah sikit. "
" Tapi dah lapar sangat! Dah lah Jin hyung masak sikit sahur tadi. "
Ya, mereka menulis hanya sebab untuk menunggu azan Maghrib.
Taehyung mengeluh. Dia bangkit dari duduknya. " Kau nak pergi mana? " soal Jimin.
" Berak. "
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Makin hambar pula aku baca :'))
Dah 14 hari kita berpuasa. 💚
Aku harap korang enjoy baca part ni. ✨💞💞💞
Kalau korang ada idea untuk aku olahkan dalam Bangtan Ramadhan ni, korang boleh lah dm aku tentang idea korang 😊😊😊
Aku akan dedicate kan cerita ni pada korang ^^
Enjoy!!! 🎊🎊🎊🎊🎊✨
YOU ARE READING
[C] Bangtan Ramadhan?! [ MALAY FANFICTION ]
Fanfic" Sebagai anak yang soleh, kita mestilah berpuasa dibulan ramadhan. " " Kesabaran juga perlu ditingkatkan!! " ____________________________________ Started :- June 6, 2016 End :- July 16, 2016 Yang ingin mencuba, Popo a.k.a si HakakGojes ❤