Bab 1 [ Lari ]

823 11 0
                                    

"Hoi perempuan! Aku suruh kau buat kerja bukan dok mengelamun macam beruk! Kau ni sama je macam mak kau tu! Dasar jalang menyusahkan hidup orang! Kalau tak aku ni yang pelihara kau, takdenya kau hidup lagi kat bumi ni! Menyusahkan hidup aku lagi adalah! "bebel mak ngah pada julia. Kemudian masuk ke dalam rumah.

Hari-hari kena maki hamun macam tu siapa je yang tahan.Julia hanya mampu diam dan bersabar. Kalau tidak kerana dia menumpang dengan mak ngah. Confirm dah kena sembur balik tapi julia sabar.

'Dah lah semua kerja aku yang buat, yang dia tu tau nak membebel je. Menyampah aku! Dah tua tapi tak sedar diri! ' omel julia dalam hati. Kalau ikutkan hati, nak je dia dia tembak pakai pistol. Dah tua tapi tak sayang mulut.

Sedang julia menyapu sampah dihalaman rumah, tiba-tiba ada sebuah kereta BMW warna hitam masuk ke arah rumah mereka.

'Aik, ada orang datang nak meminang aku ke? ' desis hati julia.

Kemudian keluar seorang lelaki lingkungan 40an dari bahagian pemandu. Dah lah cermin semua gelap, apa yang ada dalam tu pun tak tau lah.

"Assalamualaikum, cik ni tuan rumah ni ke? Kata lelaki itu.

"Waalaikumsalam, ha'ah ni rumah mak ngah saya. Kenapa ye? Pakcik nak cari mak ngah ke? " tanya julia.

"Tak, sebenarnya pakcik cuma nak tumpang bilik air. Sebab jauh lagi perjalanan nak balik KL takut tak tahan. " jujur pakcik itu.

"Ouh,boleh. Bilik air ada kat belakang." Kata julia sambil menunjukkan arah bilik air.

Pakcik itu mengangguk dan berlalu ke bilik air yang ditunjukkan.

Julia melihat kereta itu lalu mendekatinya. 'Wow.bestnye jadi orang kaya. Dapat kereta besar cantik pulak tu.' Desis julia dalam hati sambil mengeluh perlahan.

"Bila agaknya aku dapat rasa semua ni. " kata julia sambil menyentuh cermin hitam kereta tersebut. Dia pun berlalu dan menyambung kerja menyapunya yang terhenti tadi.

************

'Apahal pulak minah ni dok pegang-pegang kereta aku ni' bentak Amir Izzwan. Dia hanya memerhatikan sahaja gadis tu dari dalam.

"Bila agaknya aku dapat rasa semua ni " kata gadis itu lalu beredar.

Senyuman sinis terukir dibibir Amir. 'Berangan jelah kau minah. Kau ingat kau mampu ke nak beli kereta ni.' Amir tergelak jahat.

"Semua perempuan sama je. Dasar kaki kikis! Pantang tengok harta orang. Menyampah! Marah Amir sendiri dalam kereta.

Tak lama kemudian Pak Abu masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan. Amir hanya diam dan memejamkan mata. 2 jam kot perjalanan nak balik KL.

***********

Petang itu Pak Hamid datang kerumah mak ngah. Nak berdating lah tu. Kesian Arwah pak ngah. Dulu masa pak ngah masih hidup, mak ngah curang belakang dia tapi aku tak mampu nak buat apa. Tiap kali pak ngah pergi kerja je. Mesti pak hamid datang rumah lepas tu masuk bilik dengan mak ngah. Gedik doh mak ngah masa tu. Naik luruh semua bulu roma aku.

"Julia oh julia. Pergi buatkan air untuk pak hamid kamu tu. " ujar mak ngah lembut. Sumpah nak muntah aku tengok.

"Ye, kejap lagi ju buatkan." Jawap aku lembut walaupun dalam hati rasa macam nak lempang je muka mak ngah ni.

Sampailah ke malam mak ngah dok berdating dengan pak hamid kat rumah ni. Nak je aku bagi ceramah free tapi aku sabar dan tengok je perbuatan diaorang ni.

"Abang, minah keluar sekejap ye. Nak ke kedai sekejap beli barang sikit. Abang tunggu minah ye. Bye " kata mak ngah dengan nada paling lembut sambil sengih-sengih macam kerang busuk. Menyampah aku tengok.

Aku masuk ke dalam bilik bagi membersihkan diri untuk mendirikan solat maghrib.

Selesai sahaja menunaikan solat maghrib dan isyak. Aku keluar dari bilik untuk masak makan malam.

Ketika aku tengah potong ubi kentang , tiba-tiba ada tangan yang melingkar dipinggang ku. Aku terhinjut kecil akibat terkejut dengan situasi ni.

"Cantik ju malam ni, Ju memang nak goda abang ke? " bisik pak hamid menggoda di telinga aku.

Aku melepaskan tangan pak hamid lalu menampar pipi pak hamid.

"Pakcik jangan nak menggatal eh, pakcik tu dah TUA! Ada hati nak gelar diri abang konon. Ish, geli lah. Pakcik ingat sikit eh. Saya boleh je bagitau mak ngah apa yang pakcik cuba buat kat saya tadi. " tengking aku. Dah lah sesuka hati dia je nak pegang-pegang orang. Jijik aku dengan tangan tua dia tu.

"Kau nak bagitau Minah? Kau bagitau lah kau ingat dia percaya kau ke! Hei perempuan, tak yah lah nak jual mahal sangat. Dah kira bagus aku layan kau cara lembut. Ke kau nak aku rogol kau cara kasar?! Bentak pak hamid.

Aku jadi kecut perut bila dia tetiba tengking aku macam tu. Tanpa berlengah, aku ambil pisau yang aku guna untuk potong ubi tadi lalu ku acuhkan dekat orang tua miang tu.

"Pakcik jangan nak dekat eh! Kalau tak saya tikam pakcik guna pisau ni haa! " kata ku sambil menjerit.

"Hahahahahaha, kau nak tikam aku?! Tikam lah kalau kau berani!".ujar pak hamid sambil merapati aku.

Tanpa berlengah aku terus menolak pak hamid dengan kekuatan yang ada sehingga tersungkur ke lantai.

Aku terus keluar dari rumah tu untuk selamatkan diri aku.Gila ke nak tinggal situ lagi kalau dah hampir kena rogol oleh orang tua miang tu.

Aku kemudian berlari dan lari tanpa hala tuju. Kalau boleh aku nak lari dari semua ni. Aku dah tak nak hidup dalam rumah ibarat neraka tu. Tanpa ku sedar airmata aku mengalir dengan perlahan membasahi pipiku.

********

Jam di dinding menunjukkan jam 2 pagi. Aku mengeliat kecil lalu bangun untuk membasuh muka. Tiba-tiba tekak rasa haus lah pulak. Aku pun pergi ke dapur lalu meminum orange juice yang terdapat dalam peti sejuk.

Sedang aku berjalan melalui bilik parent aku untuk ke bilik aku. Aku terdengar mereka bertengkar tetapi tidak menggunakan tone suara yang kuat. Cukup untuk aku dengar disebalik pintu bilik mereka.

"Papa minta maaf, papa tak sangka semua akan jadi macam ni. Tolonglah percaya papa,ma. " kedengaran suara papa seperti merayu pada mama. Tambah lah aku besarkan telinga untuk mendengar.

"Senang je papa cakap kan! Papa ingat mama ni apa?! Manusia takde perasaan bila suami sendiri senyap-senyap kahwin dengan perempuan lain. Macam tu?! Cukuplah papa. Lepaskan jelah mama. Mama tak sanggup bermadu."jelas mama dengan
sayu.

Betapa hancurnya hati aku bila dapat tau papa kahwin lagi. Dada aku turun naik menahan amarah daripada meletus. 'Aku benci papa! Dasar perempuan gatal. Suka sangat hancurkan rumah tangga orang! Kau tunggu je nasib kau lepas ni!' Bentak aku dalam hati lalu berlalu dari situ. Aku tak sanggup lagi untuk mendengar keluarga aku bakal berpecah belah.

" Ni Amir Izzwan lah. Aku boleh buat apa je aku nak! Kau tunggu je perempuan. Aku akan balas dendam satu hari nanti. Kau tunggu jelah!" Ujar Amir sendiri sambil tersenyum sinis.


























T
O

B
E

C
O
N
T
I
N
U
E

V
O
T
E

O
K
A
Y



Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now