"What!!!" Jerit aku apabila mendengar kata-kata papa tadi.
'Adik angkat!Hell NO and never!! Aku tak akan terima perempuan ni. Mesti ada agenda lain ni. Semua perempuan sama aje. Dasar kaki kikis!! Aku BENCI kau Julia.' Aku memandangnya dengan pandangan yang penuh dengan kebencian .
Perempuan itu menunduk untuk mengelak pandangan tajam aku. Mati selera aku selepas menerima berita ini. Dasar perampas!! Aku akan buat hidup kau macam neraka lepas ni!!
Aku bangun dan beredar untuk naik ke bilik. Kedengaran papa memanggil aku ketika aku sedang menaiki tangga. Lantaklah apa nak jadi. Hati tengah bengang sekarang ni. Aku mengendahkan sahaja panggilan itu.
Bukk.
Aku berbaring dan meraup kasar wajah aku beberapa kali. Kepala aku kusut dengan semua masalah sekarang ini.
'Apa tujuan dia? Kenapa mama dan papa senang-senang je ambil dia jadi anak angkat?' Soal aku sendiri sambil berfikir.
"Arrgghhh serabut lah!! " jerit Amir.
Biasalah kan tertekan. Mesti rasa macam nak terjun bangunan je kan. Hehe. Takdelah gurau je. Paling teruk pun kerah tangan guna pisau ..perrrgghh..
Hambar.
***********
Julia termenung di hadapan kolam ikan koi milik Datin Fidah.
"Ikan, kenapa dia macam benci je kat aku? Aku ada buat salah ke dengan dia? " soal julia pada ikan.
Sah! Confirm gila cakap dengan ikan. Someone please call hospital sakit jiwa. Julia tekanan jiwa ni. Mental dia dah tak betul.
"Gila ke apa cakap dengan ikan!!"
Kata Amir dingin. Muka serius macam harimau PMS. Dahsyat hidup mamat ni.Julia menoleh ke belakang untuk melihat gerangan manusia yang terlebih SOPAN itu. Hanya jelingan maut dilemparkan ke arah Amir.
"Apa jeling-jeling!! Juling kang baru tau!! " tempelaknya lagi.
'Sabar julia. Sabar okay. Ni baru hari pertama kau dengan dia.' Julia menenangkan dirinya sendiri daripada menghentam abang KESAYANGANNYA itu.
Julia melemparkan senyuman pada Amir. Senyuman terpaksa okay bukan ikhlas pun nak senyum dengan harimau tu.
Amir semakin geram apabila melihat senyuman yang dilemparkan julia. Dia mendengus dan beredar dari situ.
Benci dia melihat senyuman hipokrit perempuan itu. Dia begitu membenci perempuan kecuali mamanya. Yang lain semua dia tak suka faham.
************
Amir dan julia duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dari tadi asyik ditukar-tukar sahaja channel tv itu oleh Amir membuatkan julia naik geram.
"Awak ni kenapa?! Kan tadi best je cerita tu! Yang awak tukar kenapa? " marah julia."Suka hati aku lah! Rumah aku! Kau tu yang patut sedar diri sikit. Dah lah menumpang rumah orang, tak reti nak hormat tuan rumah! Kau ingat ehh, aku tak akan anggap kau adik aku faham!!!" Pedas kata-kata yang dilontarkan Amir membuatkan julia terkedu.
Julia bangun dan berlalu ke biliknya. Dia melepaskan tangisnya di bilik. Sungguh dia terasa dengan kata-kata amir tadi.Amir tersenyum apabila berjaya membuat julia terdiam. 'Sentap lah tu. Hahahahaha.' Amir ketawa jahat dalam hati.
***********
Dato Azhar dan Datin Fidah risau akan sikap dingin Amir pada julia. Memang mamanya tau bahawa anaknya itu begitu membenci perempuan akibat masa lalu nya."Abang, saya risau lah dengan Izz tu. Dia layan julia pun acuh tak acuh je. Kesian saya tengok julia bang." Kata Datin Fidah pada suaminya yang sedang membaca buku.
"Lama lama nanti okay lah tu. Tak yah risau sangat. Izz bukannya kejam sangat pun. Takde nya dia nak pukul julia.Awak tu jangan lah fikir yang bukan bukan. " Dato Azhar berkata sambil matanya ralit membaca buku di tangannya.
Vote jika nak diupdate dengan cepat. -,-
Bagilah sis semangat sikit nak tulis cerita ni. Okay lah bubye.
▨▨▨♥▨▨▨
YOU ARE READING
Dia Aku Punya!
RomancePertemuan dan pertengkaran diantara mereka tanpa disedari menimbulkan satu rasa aneh yang tidak pernah dirasai dalam hidup mereka. Adakah cinta berputik antara mereka? Takdir atau kebetulan? Cinta hadir tanpa diundang. "Eh minah kampung,kau tak la...