Hari ini dah masuk dua hari aku kena tahan kat wad. Bosan gila takde benda nak dibuat. Pakcik Azhar selalu jugak datang jenguk aku mungkin rasa bersalah lagi kot.
Tiba-tiba dia teringat kembali permintaan Dato Azhar yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat , katanya mereka hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Amir Izzwan. Dato Azhar berharap agar julia mahu menjadi anak angkatnya kerana mereka tidak mempunyai anak perempuan.
Setelah mendengar kisah hidup julia. Dato Azhar merasa simpati pada nasib gadis muda ini. Dia mengambil keputusan untuk menjadikan julia sebagai anak angkatnya memandangkan mereka tidak pernah merasai mempunyai anak perempuan.
Dato Azhar telah berbincang bersama isterinya iaitu Datin Fidah mengenai perkara ini dan dia menyetujuinya setelah menyelidik asal usul gadis tersebut.
'Apa yang patut aku buat sekarang ini? Patut ke aku terima je? Lagipun aku tak tau nak pergi mana lepas ni.' Julia mengeluh perlahan sambil berjalan-jalan di sekitar taman hospital.
Sedang dia berjalan di taman itu, dia tidak sengaja terlanggar seseorang di hadapannya kerana mengelamun.
Bukk.
Kepalanya terhantuk di belakang badan orang itu. Julia mendongak untuk melihat gerangan yang dilanggarnya itu.
Orang yang dilanggar itu berpaling ke belakang bagi melihat gerangan yang melanggarnya.
'Ya allah, hensem nye. Manusia ke malaikat ni? ' desis hati julia sambil matanya tepat memandang wajah pemuda di hadapannya.
"Cik? Cik? Cik okey ke?" Kata pemuda itu sambil melambai-lambai tangan di hadapan muka julia.
Julia yang tersedar dengan perbuatannya yang memalukan itu terus menundukkan wajah kerana malu. Muka dah merah macam tomato dah. Tulah , tenung anak teruna orang sampai tak ingat dunia. Eh? Teruna ke, tak pun dah siap jadi laki orang dah pun. Kan dah jatuh saham.
"Maaf, sa..saya tak..tak sengaja langgar awak. Saya minta maaf " ujar julia yang masih lagi menunduk memandang lantai sambil kaki tak henti-henti kuis lantai tu. Entah sejak bila pulak si julia ni gagap. Ngada-ngada betul.
Lelaki memandang perbuatan julia lalu tersenyum manis menampakkan gigi taringnya. 'comel aje kau ni, rasa macam nak cubit-cubit je muka kau ni.' Kata lelaki itu dalam hati.
"Ouh,takpe . Saya tak marah pun lah. Btw saya Hafez mikail, awak? " hafez menghulurkan tangan untuk bersalam.
Julia mendongak untuk melihat hafez lalu berkata "Saya Juliana panggil julia je."dan menyambut huluran salam hafez dan tersenyum manis.
"Awak ni patient kat sini ke?" Soal hafez.
"Ha'ah, dah dua hari saya kena tahan kat sini . Bosan sangat kat wad tu yang saya jalan-jalan kat taman tadi." Ujar julia.
"Oh I see, we will meet again. I got to go now. Bye julia." Kata hafez lalu beredar dari situ. Julia hanya mengangguk dan memberikan senyuman pada hafez.
'Wahai hati, jangan lah kau cepat sangat cair. Aku tau lah gigi taring dia tu comel tak yah lah asyik nak tunjuk je. Kang aku terjatuh hati kan susah.' Bebel julia dalam hati dan balik ke wadnya.
Sorry sebab pendek. Tu je idea yang muncul sekarang. Hoho. Jangan lupa vote.
#Tykah_meow
.
YOU ARE READING
Dia Aku Punya!
RomancePertemuan dan pertengkaran diantara mereka tanpa disedari menimbulkan satu rasa aneh yang tidak pernah dirasai dalam hidup mereka. Adakah cinta berputik antara mereka? Takdir atau kebetulan? Cinta hadir tanpa diundang. "Eh minah kampung,kau tak la...