Kringgg
Jam pengera yang di setkan dalam handphone itu berbunyi menandakan hari telah siang. Dengan rasa malas dia menutup jam pengera dalam handphonenya itu.
Sinaran matahari dari celah-celah langsir menyinari kelopak matanya. Dengan mata yang memberat dia gagahkan jua untuk membuka matanya yang seperti dilekat gam gajah.
Dia duduk dan mengeliat kecil sambil menguap. Mengantuk. Itu yang dirasainya sekarang. Kalau boleh dia mahu tidur sepanjang hari tapi memikirkan hari ini merupakan hari yang penting, terpaksa jua digagahkan diri untuk bangun.
Dia mencapai tuala mandi yang bergantung berhampiran dengan meja di sebelah almari bajunya. Dengan langkah malas dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
********************
Amir memanggil nama julia berulang kali namun tiada sahutan atau kelibatnya kelihatan. Adrian juga tidak kelihatan pada pagi itu.
'Hmmp, jangan-jangan dia keluar dengan Ad?. Habis tu tak kan aku sorang je yang nak ambil mama dengan papa kat airport?! Aku cekik jugak minah kampung ni kang. Suka suki dia je nak keluar masuk rumah ni. Dia ingat rumah ni hotel ke apa! Siaplah kau nanti!!.'
Dia menaiki tangga untuk menuju ke bilik julia. Entah apa angin dia nak pergi check jugak julia dalam bilik.
Dia mengetuk pintu julia sebanyak tiga kali namun responnya tetap sama seperti tadi. Tanpa berlengah Amir menguak kasar pintu bilik julia.
Kosong, keadaan bilik yang sedikit berselerak di atas katil namun kelibat julia tiada. Amir yang tidak dapat menahan rasa marah terus menyemburkan marahnya.
"Aku dah agak dah! Mesti dia keluar dengan Ad punya! Dasar perempuan muka plastik, depan mak bapak aku bukan main baik lagi. Belakang kami dok menggatal dengan lelaki kaya. Dasar pisau cukur!!." Amarah Amir tidak dapat dibendung lagi. Dia melepaskan marahnya dalam bilik julia.
Julia yang terkejut mendengar jeritan suara seseorang dari luar terus mengambil tuala bagi membaluti tubuhnya. Dia bergegas keluar dari bilik air untuk melihat keadaan yang berlaku tanpa sedar akan dirinya belum berpakaian dan hanya berkemban.
"Kenapa awak jerit-jerit ni? Ada apa-apa berlaku ke? " tanyanya setelah melihat Amir yang sedang berdiri membelakanginya.
Amir tersentak. 'Tu bukan suara minah kampung tu ke? ' desisnya dalam hati lalu berpaling untuk melihat julia.
Gulp
Amir menelan air liur yang terasa sukar untuk ditelan dengan melihat julia yang berdiri sambil memerhatikannya dalam keadaan begitu.
'Mak aii, apahal dia seksi sangat ni. Kulit dia putih dan gebu tanpa sebarang cacat celah. Apasal aku tak sedar selama ni yang dia ni sebenarnya cantik? '
Amir menggeleng kepala untuk cuba menepis fikirannya akan julia.
'Apa yang kau merepek ni Mir? Dah sah-sah dia tu cuma nak rampas family kau! Sedar lah sikit. Wake up Amir. Kau tak kan mudah terpedaya dengan perempuan macam tu!'
Ego, ya ego yang berjaya menguasai diri Amir. Amir memandang tajam ke arah julia lalu tersenyum sinis.
"Apa yang kau nak buat sekarang? Cuba goda aku dengan keadaan macam ni? Supaya kau dapat bolot semua harta aku macam tu?!! Hei,kau dengar sini baik-baik. Sampai bila-bila pun akan benci pada kau. Kau tak payah nak mimpi lah dapat rasa harta aku.!! Aku jijik lah dengan kau ni.Dasar budak kampung!."
Julia merasa seperti ada batu yang menghempap dirinya sekarang. Sungguh apa yang telah dikatakan Amir itu mengguris hatinya. Air mata mula bergenang ditubir mata hanya tunggu masa untuk pecah.
"Kau ingat aku hadap sangat dengan harta kau! Kalau tak kerana papa yang desak aku untuk jadi anak angkat dia, memang aku tak akan jejak kaki pun kat sini. Apa kau ingat aku ni binatang yang tak ada perasaan bila kau layan aku macam kuli! Selama ni aku sabar dengan kau sebab aku sedar diri aku siapa! Dan kau!"
Julia berhenti seketika mengelap air matanya yang mengalir dan menunding jari pada Amir. Sebelum menyambung semula kata-katanya. Tiada lagi awak-saya dalam bicaranya, hanya Aku-Kau digunakan. Julia begitu membenci Amir. Erti kesabaran sudah cukup untuk Amir.
"Amir Izzwan Bin Dato Azhar! Manusia yang paling kejam yang pernah aku jumpa! Aku benci kau. Walaupun aku budak kampung aku tak pernah hina atau caci orang lain bukan macam kau yang tak tahu erti hormat pada orang lain! Aku BENCI kau sampai bila-bila!"
Dia menolak Amir keluar dari biliknya dan menghempas kuat pintu. Julia bersandar dibelakang pintu dan menghamburkan tangisnya yang tidak dapat di tahan lagi.
Kenapa mesti hidup aku begini? Aku inginkan kebahagiaan bukan derita. Kenapa dunia ini menghukum ku. Apa dosa aku?! Kenapa mesti aku ?!!
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨
So,macam mana? Best tak? Mesti korang benci Amir kan?! Sis pun dah benci kat Amir. Sombong ,bongkak, poyo. Sesedap mulut dia aje nak tuduh² orang kaki kikis. Mentang-mentang lah kaya.
.
Okeylah, Vote lah cerita sis kalau nak diupdate cepat gitu. Haha okay.#Nrftyhxh_meow.♥
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨..
YOU ARE READING
Dia Aku Punya!
RomancePertemuan dan pertengkaran diantara mereka tanpa disedari menimbulkan satu rasa aneh yang tidak pernah dirasai dalam hidup mereka. Adakah cinta berputik antara mereka? Takdir atau kebetulan? Cinta hadir tanpa diundang. "Eh minah kampung,kau tak la...