Bab 11 [ Marah ]

435 12 1
                                    

"Apa korang buat ni? "

Satu suara garau menyapa mereka. Mereka kemudian menoleh serentak melihat gerangan empunya suara itu.

Julia mengerut kening manakala Amir seperti terkejut dengan kehadiran pemuda itu.

Pemuda itu kemudian menghampiri mereka yang sedang kaku dengan situasi yang berlaku.

"Long time no see bro." Pemuda itu terus memeluk Amir yang berada di hadapannya.

"Bila kau balik weh? Asal tak inform aku? Boleh je aku ambil kau. Kau balik sini ni lama ke? Parents kau mana? Aku rindu kau doh. " Amir kelihatan teruja.

"Kau ni pun,kalau ye pun rindu tanya lah satu-satu. Kau ingat mulut aku ni sepuluh nak jawab semua serentak."

"Hmmp yelah, bila kau sampai?"

"Baru je tadi, aku malas nak inform kau nanti tak suprise lah. Aku balik sorang je. Parents aku still kat L.A. "

Julia yang berada di situ ibarat tunggul. 'Diaorang ni tak sedar ke yang aku ni duk terpacak macam tugu negara kat tepi ni? Aku sekeh jugak kepala mamat ni kang'

Julia berdehem kecil bagi menyedarkan kewujudannya pada dua ekor monyet yang sedang leka berborak di  hadapannya tanpa menghiraukan dirinya yang bagaikan tunggul.

Amir menjeling sekilas ke arah julia namun tidak ada tanda-tanda Amir hendak memperkenalkan dirinya pada pemuda di hadapannya ini.

Pemuda itu perasan akan perubahan riak wajah julia lantas memperkenalkan dirinya pada julia.

"Hai, saya Adrian. Sepupu Izz dan awak? " Ad menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Saya juliana panggil julia je." Ujar julia lembut dan menyambut huluran tangan Ad.

Angin yang meniup pada ketika itu memberikan kedinginan pada tubuh julia yang basah kerana di sembur beruk yang terlepas dari zoo tadi. Amir lah beruk tu.

Dia bersin beberapa kali sebelum masuk ke dalam rumah untuk membersihkan dirinya. 'Aku belum selesai lagi dengan kau Amir! Kau tunggu lah nanti! '

******************

"Izz, julia tu cun jugak eh. Tapi apa dia buat kat rumah ni? Tak kan orang gaji baru kot." Soal Ad sambil mengambil tempat duduk di sebelah Amir yang sedang khusyuk dengan laptopnya.

"Dia anak angkat papa dengan mama aku. " ringkas saja jawapan Amir.

"Bagus sangat lah tu. Boleh aku usya dia hari-hari. Senang lah aku nak masuk jarum. " balas Ad sambil tertawa kecil.

Amir rasa terganggu dengan ayat yang dituturkan Ad tadi. Serta merta moodnya hendak menyiapkan kerja hilang.

Ayat terakhir Ad terngiang-ngiang di kotak fikirannya.

Senang lah aku nak masuk jarum.

'Arghh, lantak dia lah nak masuk jarum sekali pun. Bukan hal aku! Takda masa aku nak fikir pasal dia.Buat semak otak aku je.'

Dia bangun dari duduknya dan melangkah naik ke tangga untuk ke biliknya. Otaknya serabut. Moodnya bertukar marah tiba-tiba.

Julia yang kebetulan baru keluar dari bilik terkejut dengan Amir yang menghempas pintu biliknya kuat.

'Dah kenapa pulak beruk ni? Asal tak pecahkan je pintu tu terus. Nak main hempas-hempas ingat kuat lah tu, perasan je lebih.'

Julia menapak ke dapur untuk menyediakan makan malam bagi mereka berdua ops bertiga. Walaupun telah ditegah oleh kak nab , julia tetap berdegil jugak untuk menyediakan makan malam. Dia tidak ingin menyusahkan orang lain selagi dia mampu buat.

Dia sedar dia menumpang, jadi sebagai balasan dia patut membuat kerja rumah bagi membalas jasa mama dan papanya yang telah sudi menerimanya. Dia tidak ingin dicop sebagai pengikis harta orang kerana itu bukan sifat dirinya.

Sedang dia menyiapkan hidangan makan malam. Terasa dirinya diperhatikan namun cepat-cepat di tepis dari fikiran kerana takut benda yang bukan-bukan jadi.

Tiba-tiba bahu dicuit dari belakang namun tidak diendahkan. Dia menoleh ke belakang dan

Chup

Dia tercium dada sasa yang berlapik baju itu. Pemilik tubuh itu berdiri tepat di hadapannya dan hanya beberapa inci saja ruang di antara mereka.

Dia mendongak untuk melihat pemuda yang berada dihadapannya ini. Maklum lah tinggi, terpaksalah dongak kalau nak tengok muka.

"Awak! " jerit julia.



▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨

Author hairan lah. View banyak tapi vote nye. Alolo ciput je. Bagilah author semangat nak tulis cerita ni. Vote lah cerita sampai patah jari. Hehehe. Gurau je. Jangan lah sampai patah jari. Oklah.

Enjoy readers.

Vote jika nak diupdate cepat. ✔

#tykah_meow ♥


▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨😱▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨

Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now