Bab 6 [ Pernafasan ]

369 11 0
                                    

Aku melangkah masuk dengan perasaan bercampur baur. Takut. Gemuruh. Happy. Bahagia .Semua lah!

"Assalamualaikum." Julia memberi salam .

"Waalaikumsalam, cik cari siapa ye? " soal wanita 40-an macam tu.

"Saya..ermm saya..sebenarnya.." kata julia.

"Kak nab, takpe biarkan dia masuk. " jawap seseorang dari dalam.

Julia memberanikan diri untuk masuk setelah diarahkan.

'Mak ai, cantik gila rumah ni. Agak-agak semua barang dalam mesti mahal kan? ' julia berjalan perlahan menghampiri Dato Azhar yang kelihatan sedang duduk di kerusi jati yang terletak di ruang tamu.

"Assalamualaikum Uncle " tegur julia sopan. Tak kan lah nak terus terjah je kan. Nanti tak pasal - pasal kena label kurang ajar pulak.

"Waalaikumsalam julia, maaf lah papa tak dapat nak ikut sekali ambil kamu kat hospital tadi. Papa sibuk sikit, tu yang papa suruh pak abu je yang ambil." Jelas Dato Azhar.

Tidak lama kemudian muncul seorang wanita lingkungan 40-an namun penampilan sungguh kemas dan cantik orangnya.

Wanita itu berjalan menghampiri Dato Azhar sebelum berdiri di sebelah Dato Azhar.

Wanita itu melemparkan senyuman pada julia lalu berkata..

"Anak ni juliana ke? " tanya wanita itu.

"Ye auntie, saya juliana. Panggil julia je." Balas julia sambil melemparkan senyuman pada mereka berdua.

"Tak payah lah panggil auntie, panggil mama je. Julia kan dah jadi anak perempuan mama."

"Baiklah mama." Kata julia lalu mengangkat tangan seperti tentera yang memberi tabik.

Serta merta pecah ketawa pasangan itu melihat kerenah julia yang mencuit hati. Mereka kemudian membawa julia ke bilik yang bakal menjadi biliknya.

"Buat macam rumah sendiri ye sayang, kalau julia nak apa-apa cari je mama kat bilik. Bilik mama kat tingkat dua. "Ujar Datin Fidah.

Julia membaringkan dirinya di katil king size itu.'Ya Allah, terima kasih atas pemberian-Mu.' Julia tidak lupa untuk mengucap syukur atas kenikmatan yang dinikmatinya sekarang. Tidak lama kemudian matanya memberat dan akhirnya dia terlelap.

***********

"Assalamualaikum, ma..pa..Izz dah balik." Laung Amir di hadapan pintu sambil membuka kasut kulitnya.

Namun tiada sahutan akan laungannya tadi. 'Aik, takkan keluar kot? '

Amir terus menapak ke biliknya bagi membersihkan diri. Setelah penat seharian bekerja memang lah badan pun melekit.

Setelah selesai membersihkan diri. Dia menuju ke dapur untuk mencari mama dan papanya. Manalah tau diorang tengah makan kan.

Sesampai sahaja di meja makan, kelibat mama dan papanya masih jugak tidak kelihatan.

'Mana mama ni? Takkan keluar kot.' Soal Amir dalam hati.

Amir pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Semasa hendak ke ruang tamu. Dia ternampak seorang gadis sedang merendam kaki di kolam renang yang terletak di tepi taman mini kepunyaan mamanya.

'Ada orang gaji baru ke?' Berkerut-kerut kening Amir melihat gadis itu.

Amir membatalkan niatnya untuk menonton televisyen dan pergi ke arah gadis itu.

"Hoi, kau sape hah?! " terjah Amir membuatkan gadis itu terkejut lalu terjatuh ke dalam kolam.

"Tolong..to..long..saya" jerit gadis itu sambil tangannya terkapai-kapai meminta bantuan. Timbul tenggelam gadis itu membuatkan Amir panik.

Amir terjun ke dalam kolam lalu memaut lengan gadis itu. Dia berenang ke tepi dan meletakkan tubuh gadis itu di tepi kolam.

Wajah gadis itu kelihatan pucat.Dia menampar-nampar lembut pipi gadis itu bagi menyedarkan gadis tersebut.

Namun tiada respons akan tindakan itu. Amir menekan dada gadis itu beberapa kali tetapi hasilnya tetap sama.

Amir tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan bantuan CPR pada gadis itu.

Dia membuka mulut gadis itu dan membenamkan mulutnya lalu meniup beberapa kali. Setelah beberapa kali memberikan bantuan pernafasan akhirnya gadis itu sedar dan memuntahkan air yang telah masuk ke dalam badannya.

Tubuh gadis itu lemah dan tidak bermaya. Amir mencempung tubuh itu dan membawanya ke dalam bilik tetamu. Dia menelefon doktor peribadi keluarganya untuk merawat gadis itu.

"Buat masa ni dia dah okay tapi keadaan tubuhnya masih lemah jadi beri dia rehat yang secukupnya." Pesan Doktor Kamal pada Amir setelah selesai merawat gadis itu.

------------

Thanks because read my story. I appreciate it. Vote please. ✔

#tykah_meow.

Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now