Bab 5 [ Setuju ]

362 11 0
                                    

Pada pagi itu, Julia menunggu surat dari doktor untuk dibenarkan keluar. Julia jugak telah menerima permintaan Dato Azhar setelah di desak beberapa kali.

Flashback

"Julia, kamu dah fikirkan ke tentang permintaan uncle tempoh hari. Uncle harap julia tak kecewakan kami. Kami berharap sangat julia." Kata Dato Azhar dengan penuh pengharapan.

Julia berasa serba salah untuk menolak tetapi dalam masa yang sama dia tidak ingin melukai orang yang telah membantunya.

"Saya..sebenarnya.." belum sempat julia menyambung Dato Azhar telah memotong.

"Uncle harap julia tak kecewakan uncle." Ujar Dato Azhar dengan nada sayu.

"Tapi saya tak nak menyusahkan uncle untuk jaga saya. Saya dah banyak menyusahkan uncle. Saya tak suka susahkan orang. Lagipun uncle dah banyak tolong saya." Kata julia.

"Menyusahkan apa yang kamu merepek ni julia? Uncle tak pernah rasa julia menyusahkan uncle.Lagipun uncle dah anggap julia macam anak sendiri dah." Kata Dato Azhar sambil ketawa kecil.

"Tapi uncle.." julia masih ragu-ragu untuk menerima tawaran Dato Azhar.

"Uncle tak paksa kamu, tapi uncle harap kamu setuju. Lagipun isteri uncle nak sangat jumpa kamu." Jelas Dato dengan nada sedikit sayu.

"Baiklah uncle." Putus julia setelah yakin dengan keputusan yang dibuatnya. Dia bersetuju kerana ingin membalas jasa baik Dato Azhar yang telah menolongnya.

"Mulai sekarang, jangan lah panggil uncle lagi. Panggil uncle papa okay?" Pinta Dato Azhar.

"Baiklah papa, terima kasih sebab sudi ambil julia sebagai anak." Kata julia sambil memberi senyuman yang paling manis. Siapa aje yang tak suka bila dapat keluarga baru. Lagi-lagi anak yatim macam julia yang kekurangan kasih sayang dari ibu bapanya dari zaman remaja lagi.

Endflashback

Tiba-tiba satu susuk tubuh masuk ke dalam wadnya. Dari penampilan kelihatan seperti doktor.

'Mungkin nak check aku kot sebelum discharged.' Desis julia dalam hati.

Kemudian doktor itu datang menghampiri katilnya. Dia memakai topeng muka menghalang julia untuk melihat wajah doktor tersebut.

"So,feel better now? " soal doktor.

"Yes , doktor bila saya boleh keluar?" Julia bertanya.

"Hari ni dah boleh discharge." Doktor berkata lalu menulis sesuatu pada pada fail pesakit julia.

"Nice to see you again julia." Sambung doktor lalu membuka topeng mukanya.

"Eh, awak ni hafez kan? Awak doktor ke?."

Hafez melempar senyuman yang paling manis pada julia lalu mengangguk .

Habis berguguran iman julia melihat senyuman yang dilemparkan hafez. 'Adui, kuatkan lah iman kau julia. Takkan senyum sikit pun kau nak cair.' Julia memberi amaran pada dirinya sendiri.

"So, you balik naik apa? Kalau takde, saya boleh hantarkan."hafez mempelawa julia.

Julia menggeleng.

"Takpe, sekejap lagi papa saya ambil saya. " Kata julia.

Hafez mengangguk lalu pamit keluar untuk memeriksa pesakit lain.




**********


Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now