Bab 2 [ Langgar ]

618 8 0
                                    

"Hoi bangun! Suka hati kau je tidor dalam lori aku." Marah lelaki itu.

Aku masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga. Maklumlah mamai lagi masa ni. Baru bangun tidur kot.

"Saya kat mana ni? Macam mana saya boleh ada atas lori? " soal julia.

"Ewah- ewah, kau tanya aku?! Manalah aku tau!! Dah pergi berambus sekarang. " tengking lelaki itu. Takde budi bahasa langsung. Puihh.

Secara automatik kejadian semalam berlegar-legar kembali.
'Ya Allah, aku lari dari rumah sampai ke sini aku pergi. Dahsyat! ' ucap aku dalam hati.

Flashback.

Sedang aku berjalan tanpa hala tuju. Hujan mulai turun membasahi permukaan bumi.

Aku melihat ada sebuah lori berhenti di simpang jalan. Tanpa menunggu lama aku menyelinap secara senyap di belakang lori. Beberapa minit kemudian lori tersebut bergerak menyambung perjalanannya.

Dalam keadaan basah kuyup, tubuh ku bergetar akibat kedinginan yang terasa sehingga ke tulang. Tubuh berasa lemah dan berat. Kemudian kepala aku pening dan akhirnya semuanya gelap.

End flashback.

'Aku kat mana ni?' Desis hati aku sambil melihat sekeliling.

Dalam aku berjalan. Perut aku mula menyanyikan lagu sumbang. Bayangkan dari semalam tak makan nasib tak masuk angin lagi.

Aku melintas jalan untuk ke seberang jalan dan tiba-tiba..

Bukk..

Aku jatuh tergolek akibat dirempuh sebuah kereta. Aku lihat tangan aku berdarah dan aku tak mampu untuk bangun.

Kepala aku pening akibat hentakan pada jalan. Penglihatan aku mulai kabur dan semuanya gelap.

*******

"Abu, tolong hantarkan saya ke haraz holdings sekarang. Saya ada mesyuarat dekat sana." Arah Dato Azhar pada pemandunya.

"Baik Dato." Jawap Pak Abu.

Pak Abu memandu seperti biasa dan tiba-tiba kelibat seorang gadis melintas di jalan. Pak Abu tidak sempat menekan brek dan dia terlanggar gadis itu.

Bukk.

Pak Abu yang panik terus keluar dari perut kereta dan menuju ke arah gadis itu.

Dato Azhar juga keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan gadis itu.

"Dato, saya rasa dia cedera ni sebab kepala dia berdarah." Kata pak abu.

Dato Azhar melihat gadis itu pengsan secara tiba-tiba.

"Ya Allah, dia dah pengsan. Cepat kita bawa dia ke hospital sekarang." Arah Dato Azhar.

*********

Aku cuba untuk membuka mata dengan keadaan tubuh yang lemah. Aku terasa kepala aku sedikit pening.

Aku cuba untuk bangun namun tak terdaya. Aku mengimbas kembali apa yang telah berlaku tadi.

'Aku kat mana ni? Eh, jap! Tadi aku kena langgar kan? Ha'ah lah.kurang ajar punya orang. Tak nampak ke aku melintas tadi!' Marah julia sambil memaki-maki pemandu tadi dalam hati.

Nurse masuk ke dalam wad aku dan memeriksa tekanan darah aku. Aku pelik juga. Dah lah langgar aku tapi tak reti nak minta maaf.

"Nurse, macam mana saya boleh ada kat sini? " soalku.

"Kamu kemalangan tadi, ada orang tak sengaja terlanggar kamu masa melintas. Tu yang diaorang hantar adik kat sini ".kata nurse itu. Aku hanya mengangguk.

"Boleh saya tau, tempat ni kat mana eh?" Tanya ku lagi sambil tersengih.

"Hahaha, lawak lah adik ni. Ni kan hospital." Balas nurse itu dan ketawa kecil.

'Aku tau lah ni hospital . Maksud aku, aku kat mana sekarang ni ! '

"Bukan tu maksud saya, saya nak tau saya kat mana sekarang ni. Sebab sebelum ni saya tinggal kat Perak."kata julia.

"Ouh,sekarang ni kamu kat Kuala Lumpur. Kamu tak ada keluarga ke kat sini? "

"Saya anak yatim kak, ayah saya dah meninggal masa saya berumur 15 tahun. Ibu saya, saya tak tau dia kat mana sekarang ni sebab saya tak pernah jumpa ibu saya dari saya kecil lagi. Saya dah tak ada sesiapa lagi kat dunia ni."kata julia dengan sayu.

"Maaf lah akak tak tau, kamu sabar ye. Mungkin Allah tengah menguji adik. Adik sabar ye bawa mengucap."

"Takpe kak, terima kasih ye kak."

"Kamu berehat lah dulu sebab hentakan pada kepala kamu tu belum sembuh lagi. Bawa berehat banyak-banyak.".

Nurse itu keluar dan aku berbaring dan untuk berehat. Tak sampai seminit aku dah terlelap. Maklumlah tengah sakit ni cepat sangat rasa letih. Bercakap pun letih.

***********

"Macam mana keadaan budak tu Abu? " soal Dato Azhar yang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat.

"Dia dah sedar kata nurse kat hospital tadi. Masa saya datang nak tengok tadi dia tengah tidur , jadi saya tak sampai hati nak kejut dia."kata Pak Abu.

"Takpelah, nanti petang saya pergi tengok budak tu. Tolong hantar saya ke pejabat sekarang." Arah Dato Azhar . Pak Abu hanya mengangguk.














V
O
T
E

Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now