Bab 14 [ Sakit Hati ]

483 13 5
                                    

Hari demi hari berlalu dengan pantas sekali. Sejak kepulangan papa dan mama tempoh hari, aku semakin banyak membisu dan kurang bercakap dengan mereka. Ini semua kerana Amir Izzwan! Setelah tuduhan yang dilemparkan pada aku hari itu telah memberi kesan cukup ketara.

Mama juga menyoal aku kerana perubahan mendadak yang terjadi pada diri aku. Aku hanya akan menggeleng jika ditanya.

Tok..tok..tok..

Aku bingkas bangun dari katil dan membuka pintu. Terpacul wajah yang selalu menemani aku ketika dalam kesusahan. Dia juga selalu membuat aku merasa bahagia.

"Lia, jom breakfast "

Aku mengangguk dan tersenyum pada dia. Hati aku selalu berdebar jika bersamanya bagaikan ada renjatan elektrik yang berlaku pada diriku.

Kelihatan semua orang telah berkumpul di meja makan kecuali aku. Rasa malu lah pulak. Semua memandang aku dengan senyuman setelah melihat kehadiran aku kecuali beruk tu! Siapa lagi kalau bukan Amir. Menyampah aku tengok dia.

Aku mengambil tempat di sebelah mama di meja makan dan dihadapan aku pulak Ad.

Sedang enak kami menjamu selera. Aku merasa seperti ditenung namun cepat-cepat aku tepis perasaan itu. Aku menunduk dan meneruskan pemakanan aku.

'Asal dia tak pandang aku? Tak kan marah lagi kot? '

Amir hanya merenung wajah julia yang sedang menunduk di sisi mamanya.

Kalau ikutkan hati, nak saja dia minta maaf pada julia namun ego melarangnya melakukan perkara itu.

"Haishh" Amir melepaskan keluhan.

"Hah Izz, kamu dah kenapa mengeluh depan rezeki ni? " Dato Azhar menyoal anaknya

Bukan dia tidak perasan anaknya itu asyik merenung julia. Melihat wajah gusar Amir membuat dia tertanya-tanya akan keadaan mereka berdua.

'Mesti ada yang tak kena ni.'

Desis Dato Azhar dalam hati.

"Takde pape lah pa.. Izz cuma stress sikit dengan kerja kat pejabat."

"Please Izz, jangan bawa isu pejabat kalau kita sedang menjamu selera. Mama tak suka." Tegas Datin Fidah.

'Padan muka kau beruk,hahahaha.' Kata-kata ini hanya mampu diucap julia dalam hati.

"Lia, cepatlah makan. Ad nak bawa lia jalan-jalan." Ujar Ad pada julia. Automatik kepala diangkat dan memandang Ad penuh teruja.

"Betul ke ni? Kalau macam tu kita jalan sekarang lah. " makanan yang tinggal sedikit tidak diendahkan lagi. Datin Fidah menggeleng-geleng kepala dan berkata...

"Kalau ye pun teruja nak jalan, habis kan lah dulu makanan tu. Penat mama masak tau. "

Julia termalu sendiri. Merah terus pipinya apabila ditegur seperti itu.

"Sorry ma..tak sengaja." julia tersengih sambil tangan buat peace dekat Datin Fidah.

'Comel.' Hanya itu yang dapat di ungkapkan di dalam hati Ad. Makin bertambah rasa sayangnya pada julia setelah melihat sisi diri julia yang manja dan penyayang.

Amir yang melihat drama tak berbayar mereka mula rasa meluat. Rasa macam nak je dia hempuk kepala Ad dekat meja makan tu.

'Kenapa aku rasa sakit hati bila tengok julia mesra dengan Ad? '

'Kenapa dengan aku dia tak pernah nak mesra macam tu?'

'Kenapa aku rasa lain bila tengok dia happy? Senyuman dia. Ketawa dia. Aku bahagia bila tengok dia macam tu.'

Aku sukakan dia ke?

Jangan merepek lah. Tak mungkin minah kampung macam tu boleh curi hati aku.







▨▨▨▨▨▨▨▨😱▨▨▨▨▨▨▨▨

Enjoy guys. Sorry late . Sis busy lah .

Vote kalau nak diupdate cepat.



♚ Nrftyhxh_meow. ♥



■■■■■■■■■■■■■■■■

Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now