Bab 15 [ Rindu ]

521 18 0
                                    

Bosan!

Hanya itu yang mampu menggambarkan keadaan Amir yang sedang duduk di balkoni biliknya.

Sejak kejadian julia marah tempoh hari telah membuat dirinya merasa gundah dan tidak senang hati.

Tatkala bertembung julia , tiada lagi senyum atau sapaan dari gadis itu. Aku rindukan dia.

Dia bangun dan mengambil nafas beberapa kali. Dia menutup mata bagi menenangkan dirinya .

Aku rindu nak buat dia marah.

Aku rindu nak buli dia.

Kenapa dia tak boleh nak lupakan je perkara tu.

Aku tak maksudkan pun kata-kata aku.

'Wahai hati, kenapa kau pelik sangat ni? Asal kau ingat minah kampung tu? Patutnya aku suka sebab dah berjaya buat dia sakit hati. Ye! aku kena buat dia keluar dari keluarga ni! '

Ego! Amir selalu menangkan egonya sahaja. Siapa tak kenal Amir yang egonya tinggi ke langit ketujuh.

**************

Ting.

Bunyi menandakan mesej masuk dalam telefon milik julia.

From: Adrian
Awak, jom kita keluar nak tak?

To: Adrian
Waalaikumsalam. Boleh je.

From: Adrian
Sorry2. Assalamualaikum . Hehe ni yang buat tambah sayang kat awak ni.

Berkerut kening julia selepas membaca text itu. 'Sayang? ' desis julia dalam hati.

Terasa berbunga hatinya apabila disayangi. Sudah lama dia mengingin kasih sayang dan perhatian dari orang yang menyayangi dirinya.

Dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke almari pakaian. Dia mengambil sehelai blous biru langit dan skirt labuh. Rambutnya ditocang kemas ,dah mcm ekor kuda .

Baru sahaja tangannya mahu memulas tombol pintu namun pintu tersebut dibuka oleh seseorang dari luar.

Julia terkejut. Kelu lidahnya untuk bersuara. Nafas seakan tersekat di kerongkong.

Amir juga begitu. Dia diam tidak berkutik sambil melihat julia .

Dia berdehem bagi menghilangkan rasa kekoknya. Tangannya menggosok belakang leher sambil muka menunduk dan memandang lantai.

Julia memberanikan diri untuk bersuara.

"Kau nak apa masuk bilik aku?! " soal julia kasar tanpa memandang Amir yang terpacak dihadapannya.

"Aku..ak..aku.. " gagap pulak dah. Amir Amir. (Author geleng kepala)

"Kau apa?!" Bentak julia.

"Aku..aku nak..nak.." belum sempat Amir menghabiskan ayatnya telah dipotong julia.

"Gagap. Blah lah kau, aku nak keluar.". Kata julia sambil menolak keluar Amir dari biliknya.

Julia mengunci pintu dari luar dan menuruni tangga meninggalkan Amir yang terpinga-pinga di hadapan pintu biliknya.


Okey, sis update sikit je dari bab ni. But don't worry . Ade lg sambungan nyee. Just wait.

Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now