Bab 3 [ Razif Iqbal ]

514 10 0
                                    

Petang itu, pihak hospital menghantar makanan pada pesakit. Julia apa lagi. Bersyukur tak terkira. 'Bagus juga aku kena langgar, dapat juga aku makan. Dahlah perut ni asyik menyanyi lagu rock je dari tadi. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mendengar doa hamba mu ini.' Kata julia dalam hati.

Julia membaca doa makan lalu memakan makanan yang disediakan oleh pihak hospital iaitu nasi putih, sup ayam dan sayur kubis. Tak lupa juga buah betik untuk pencuci mulut.

Dato Azhar memasuki wad yang menempatkan julia. Dia membawa buah tangan untuk julia.

"Assalamualaikum, kamu dah sihat? " kata Dato Azhar.

'Aik, siapa pulak pakcik ni? Ni mesti kes salah masuk bilik ni.hahahaha' desis julia dalam hati.

"Waalaikumsalam, Alhamdulillah dah sihat sikit tapi pakcik ni siapa ye? Saya rasa pakcik salah masuk bilik ni." Ujar julia dengan senyuman manis.

"Sebenarnya, pakcik datang ni nak minta maaf pada adik sebab kemalangan pagi tadi tu. Pemandu pakcik tak nampak kamu melintas jalan, tu yang sampai terlanggar tu. " kata Dato Azhar.

"Takpelah pakcik dah memang takdir saya. Lagipun, bukannya pakcik sengaja. Saya maafkan. " balas julia dengan lembut.

'Cantik budak ni, sesuai sangat untuk Izz.' Kata Dato Azhar dalam hati. Dia tersenyum melihat wajah manis gadis muda itu.

"Adik ni tinggal kat mana? Duduk dengan siapa kat sini? Pakcik tengok kamu macam bukan orang sini. " soal Dato Azhar. Yelah, takkan budak bandar pakai baju kurung macam budak kampung.

"Saya bukan asal sini pakcik. Saya tinggal di kampung dekat Perak dan saya baru je sampai sini pagi tadi. " jawap julia.

Mereka pun berbual-bual sehingga masa melawat habis. Dato Azhar pulang ke rumah setelah habis melawat julia.

************

Amir merasa begitu tertekan pada malam itu. Dia mengambil telefonnya lalu menghubungi rakan baiknya Razif Iqbal.

"Hello bro, kau kat mana sekarang? Free tak malam ni? "Tanya Amir.

"Waalaikumsalam,aku kat rumah. Free je."sindir razif dalam talian.

Amir tersengih kerang busuk dengan sindiran razif lalu memberi salam.

"Assalamualaikum,sorry ahh lupa. Hehe"

"Hurm yelah, ada apa kau call aku ni? "

"Keluar jom, aku bosan lah duk rumah."

"Aku on je, tempat biasa kan?"

"Ye lah pakcik oii, okay lah. Pape roger je aku nak siap dulu"

Dia mematikan talian lalu menukar pakaian untuk keluar. Dia mengambil kunci kereta dan dompet lalu keluar dari bilik untuk menuruni tangga.

"Kamu nak kemana ni Izz? " tanya mama ketika melihat Amir sedang menuruni anak tangga.

"Nak keluar kejap jumpa razif ma, ada hal nak bincang sikit."

"Hurm,yelah. Jangan balik lewat sangat. Nanti papa marah pulak tau kamu balik lewat." Pesan Datin Fidah pada anak bujangnya itu.

"Yelah ma." Amir berkata lalu menyalami mamanya dan berlalu pergi.

*********

Amir berjalan di sekitar cafe untuk mencari kelibat razif. Razif duduk berseorangan di meja hujung mengadap tingkap.Amir tersenyum lalu pergi ke arah razif.

"Wei bro, asal termenung ni? " tegur Amir membuatkan razif terkejut.

'Mamat ni tak leh lah nak tengok aku senang. Ada je cara nak buat aku mati cepat.' desis razif dalam hati.

"Kau ni kan, memang nak aku mati cepat eh? Kot-kot aku heart attack tadi macam mana?! Lain kali bagi salam bukan terjah macam tu je." Kata razif sambil memandang muka Amir tajam.

Amir hanya menayang muka selamba sahaja. 'Aku tengah marah boleh pulak dia buat muka taik macam tu! Memang nak kena dia ni.'

Razif berlalu ke kaunter untuk membuat pesanan. Amir hanya memerhati perlakuan razif yang sedang berbual dengan perempuan yang menjaga kaunter tersebut.

Sesekali gadis itu melihat ke arah Amir lalu tersengih-sengih macam ulat bulu. Gedik betul minah ni. Ish tak nak aku.

Setelah itu razif kembali ke tempat duduknya dan membawa pesanannya.

"Aik, tak kan order untuk diri kau je. Habis tu aku ni? " soal amir kebingungan.

"Kau nak ke? Alaa, pergi lah order sendiri." Kata razif sambil menyedup minumannya iaitu mocha.

Amir berdiri lalu pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.

"Bagi saya hot chocolate wif cream satu." Kata amir. Penjaga kaunter tu apa lagi. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Namun amir hanya mempamerkan wajah serius.

Penjaga kaunter itu memberi minuman yang dipesan dan seraya itu berkata

"Betul ke awak minat saya? Kawan awak kata awak selalu stalk saya,betul ke? " kata gadis penjaga kaunter itu.

Membulat mata Amir mendengar kenyataan gadis itu.
Kurang ajar kau razif, kau sengaja nak kenakan aku ehh.. kau tunggu nasib kau.

"Eh tak lah, saya dah kahwin. Dia yang minat awak tapi takut nak mengaku tu pasal dia jual nama saya kat awak. Maaflah kawan saya tu memang pemalu sikit." Balas Amir sambil mengerling ke arah razif yang sibuk bermain telefon.Dah kahwin konon padahal girlfriend pun takde ni kan lagi bini .

Terus berubah wajah gadis itu setelah amir berkata begitu. Kan dah kena. Siap kau razif. Aku sekeh-sekeh jugak kang kepala dia ni.

"Razif Iqbal!!!" Laung amir . Razif ketawa lalu melarikan diri sebelum dimakan harimau Amir Izzwan.

Amir dengan perasaan bengang keluar dari cafe lalu memandu keretanya untuk pulang.

"Kurang ajar punya kawan. Kalau aku dapat kau, siap kau aku kerjakan!! " marah Amir.

Razif ketawa berdekah-dekah mengingat muka marah Amir tadi. Dia juga pulang ke rumahnya.






Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now