2 Minggu Kemudian.
Kehidupan julia menjadi lebih menderita apabila ditinggalkan bersama Amir di rumah. Dato Azhar dan Datin Fidah pergi ke London kerana sepupu belah Datin Fidah bersalin serta ingin menjenguk mereka kerana sekian lama tidak berjumpa.
Setiap hari ada sahaja kerja yang disuruh Amir membuat julia tidak tertahan dengan kerja yang bukan bukan.
Patutnya semua kerja itu adalah tugas pembantu rumah namun julia pulak yang terpaksa melaksanakan tugas itu.
'Bagus lah pembantu rumah, makan gaji buta lepas ni. Semua kerja aku yang buat. Menyampah betul! Memang setan lah Izz ni. Ikutkan hati nak je aku tukul kepala dia bagi mati.'marah julia dalam hati.
"Julia oh julia.. juliaaa." Laung Amir dari ruang tamu.
'Apa lagi lah setan ni. Hish, geram betul aku.' Julia mencebik dan pergi ke ruang tamu.
"Apahal?! " soal julia kasar dan tidak memandang Amir. Ada aku kisah?! Lantak lah.
"Eh! Kau ni memang tak reti nak tanya elok-elok ke? "
"Bazir air liur je cakap elok elok dengan beruk. "
"Kau ni memang en! Sedar sikit kau tu menumpang! Kau patut dengar cakap aku bukannya melawan. Dasar budak kampung!" Tengking Amir.
Julia mencebik. Naik muak dah telinga dia hari hari kena hina, caci, maki dan semua lah.
Mula- mula tu memang bernanah jugak telinga si julia hari-hari kena maki. Tapi lama kelamaan, dia sendiri naik muak dengan cacian dan makian Amir. Dia sendiri pun boleh hafal dah ayat yang selalu digunakan Amir.
Ayat dia macam ni.. "Kau tu sedar diri sikit! Kau tu menumpang je kat rumah aku. Aku akan pastikan kau akan kena tendang keluar jugak dari rumah. Kau tunggu je!"
Benci betul aku dengar ayat tu. Macam lah bagus sangat. Mama dengan papa tak akan benarkan benda tu berlaku pun. Entah sampai bila Izz nak benci aku? Kesian aku jadi mangsa kena hina hari-hari. Sad life.
"Hah! Kau mengelamun apa lagi tu?! "Amir memandang tajam ke arah julia.
"Manada, awak nak apa panggil saya?"
"Buatkan aku air, aku haus. Cepat!" Arah Amir.
"Suruh lah kak nab yang buatkan. Saya penat tau tak! Dahlah awak suruh saya cuci semua kereta lepas tu arah-arah saya macam kuli!! " suara julia sudah meninggi sedikit. Dia geram sebenarnya. Geram tau tak!
"Aku nak kau yang buatkan! Kau sama je macam orang gaji dalam rumah ni. Takde bezanya. " katanya selamba.
Mendidih kemarahan julia mendengar ayat yang dituturkan Amir tadi.
'Kalau aku terajang kau ni memang dah arwah jugak kau pagi ni!! Suka hati dia je nak buli aku. Tengok lah nanti bila mama dengan papa dah balik aku report semua benda biar dia kena marah.' Getus julia dalam hati.
Julia menjeling tajam ke arah Amir sebelum berlalu ke dapur untuk membuatkan air yang dipinta Amir.
Julia tersenyum sinis sebelum mengambil mug untuk Amir.
'Siap lah kau! Huahahaha.' Ketawa jahat.
************
"Nah,air awak." Julia meletak air yang dibuatnya di atas meja kecil berhadapan dengan tempat Amir duduk.
"Dah letak kan? Blah lah!" Halaunya kasar.
"Bukan reti nak terima kasih, bagus tak yah buatkan. Biar padan muka. Kalau aku tau baik letak racun je dalam tu. Geram betul lah." bebel julia sambil menghentak kaki dan berlalu dari situ setelah dihalau Amir.
Amir yang mendengar bebelan julia itu menguntum senyuman secara tiba-tiba.
1 saat
2 saat
3 saatAmir tersentak. 'Apahal pulak aku nak senyum bagai ni. Arrggh! Lantak dia lah.'
Sorry lambat update. Thanks kepada readers yang dah vote cerita sis.
▣ Happy Raya Alls. ▣
Keep vote ✔
Tykah_meow ♥
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨
YOU ARE READING
Dia Aku Punya!
RomancePertemuan dan pertengkaran diantara mereka tanpa disedari menimbulkan satu rasa aneh yang tidak pernah dirasai dalam hidup mereka. Adakah cinta berputik antara mereka? Takdir atau kebetulan? Cinta hadir tanpa diundang. "Eh minah kampung,kau tak la...