Petang itu Amir telah memaksa Julia untuk membersihkan kereta Honda City yang terletak di dalam garaj mereka. Katanya dia mahu menggunakan kereta itu besok pagi.
Julia yang pada mulanya enggan akhirnya terpaksa akur dengan permintaan Amir setelah perang mulut yang berlaku selama 30 minit lalu.
"Nama je orang kaya. Nak hantar pergi car wash pun kedekut! Apa dia ingat bayar untuk cuci kereta ni boleh buat dia bankrup ke apa?! Kalau kau depan mata aku, confirm aku siat-siat kulit kau bagi buaya makan." Rungut julia sambil tangan sibuk mencuci kereta dengan air sabun.
Dalam tidak sedar seseorang sedang memerhatikan tindak tanduk julia itu. Dia mengukir senyuman sinis.
"Kau tunggu je lah nasib kau.!" Ujarnya dalam nada sinis.
Flashback
"Dah letak kan? Blah lah! "Setelah kelibat julia tidak kelihatan. Amir mencapai mug yang di atas meja.
Dia mahu meminum air yang telah dibuat oleh julia tadi. Niat untuk meminum air dibatalkan setelah berfikir sejenak.
'Kalau betul dia letak racun dalam ni mesti senang hati dia nanti sebab aku mati . Senang dia nak bolot semua harta keluarga aku!.'
Dia bingkas bangun dan menuju ke dapur. Amir mengambil mangkuk kecil dan menuangkan air itu ke dalam mangkuk tersebut.
"Putih.. meow tsk tsk tsk..putih.." panggilnya. Putih adalah kucing peliharaan milik pembantu rumah mereka iaitu kak nab.
Datang seekor kucing kampung berwarna putih menghampiri Amir sambil mengaung meow pada dirinya.
Amir tersenyum lalu memberi mangkuk itu pada kucing tersebut. Hanya dengan sekali sedut oleh kucing itu terus ianya berjalan meninggalkan mangkuk itu.
Confirm minah tu letak benda tak baik dalam ni. Kau ingat aku bodoh ke tak tahu muslihat kau.
'Siap lah kau lepas ni. Habis aku kerja kan! '
Endflashback
********************Julia yang sedang bercangkung di hadapan tayar itu menyental tayar dengan kasar bagi melepaskan geramnya.
Kalau kereta ni bernyawa, mesti dah lama si julia ni kena henyak dengan tayar tu. Dah lah berkasar. Nampak sangat tak ikhlas nya.
Setelah habis menggosok kereta itu menggunakan air sabun. Dia mencari hos paip untuk membersihkan bekas sabun itu. Sedang leka dia mencari, satu kelibat yang sedang berdiri sambil tersenyum sinis ke arahnya.
'Dah kenapa pulak mamat ni?! Senyum macam tu? Seram doh. Ni mesti dia nak kena kan aku ni.'detiknya dalam hati.
Senyuman sinis itu bertukar menjadi pandangan tajam yang dipenuhi dengan kebencian.
Amir menghala kan hos paip itu ke arah julia dan memulas paip yang berada di tepinya.
Habis basah kuyup julia oleh Amir yang tak henti henti menyemburkan air pada dirinya.Julia melarikan diri sambil menjerit-jerit macam kena kejar hantu.
"Arrgghhh." Julia mengangkat tangannya bagi melindungi mukanya dari terkena air. Pakaian yang di pakainya terasa melekat pada badannya yang slim lagi cun tu.
Amir berhenti seketika dan ketawa berdekah-dekah melihat julia yang dari tadi asyik berlari sana sini untuk mengelak disembur. Tercuit hatinya melihat kelakuan julia tadi .
Baginya kelakuan julia tadi Comel .'Comel? Kau dah gila ke Amir. Dulu bukan main lagi kau kata benci dia. Sekarang kata comel memang tak lah! Dia bukan taste kau. Wake up lah. Jangan jadi bodoh sebab minah tak betul ni.'Amir mengingatkan dirinya.
"Apa korang buat ni? "
Amir dan julia menoleh serentak ke arah suara itu. Suara yang menyoal mereka.
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨
Enjoy ! Hope korang suka dengan cerita yang merapu ni.Vote ✔
#Tykah_meow.♥
..
YOU ARE READING
Dia Aku Punya!
RomancePertemuan dan pertengkaran diantara mereka tanpa disedari menimbulkan satu rasa aneh yang tidak pernah dirasai dalam hidup mereka. Adakah cinta berputik antara mereka? Takdir atau kebetulan? Cinta hadir tanpa diundang. "Eh minah kampung,kau tak la...