"Awak!" Jerit julia sambil tangan menolak jauh tubuh pemuda di hadapannya ini.
Adrian tersengih macam kerang busuk. Dia menilik wajah julia. 'Cantik' hanya perkataan itu sahaja yang dapat diungkapnya di dalam hati setelah melihat wajah julia.
Hidung mancung. Bibir yang merah bak delima. Kulit yang putih bersih tanpa sebarang cacat celah dan yang paling menarik perhatian Ad ialah mata julia yang bulat itu.
Pipi julia membahang tiba-tiba apabila dia terasa seperti di renung sebegitu oleh Ad.
Malu.
Itu yang dirasainya. Ad pula seakan terpukau dengan kecantikan yang dimiliki julia. Jujur jantungnya berdetak laju apabila melihat keindahan yang dimiliki julia.
"Kenapa awak renung saya macam tu? Ada apa-apa ke kat muka saya? " tanyanya.
Ad tersedar dan menggeleng kepala lalu memberikan senyuman yang manis untuk julia. Hatinya bagai terpaut pada julia sejak kali pertama dia memandang julia.
"Betul-betul lah? Awak tipu en? Cakap lah cepat. " renggek julia manja.
Entah mengapa dia tiba-tiba selesa dengan Ad walhal mereka baru sahaja bertemu tidak sampai 24 jam.Layanan Ad yang baik dan mesra membuatkan dia selesa untuk bergaul dengannya.
Iman Ad bagaikan gugur melihat rengekkan manja yang dibuat julia tadi.'Parah ni, tak pasal-pasal terterkam anak dara orang ni kang.' Desis Ad dalam hati.
"Takde pape lah awak, asal manja sangat ni? Nak kena cubit jugak dia ni." Ad mencubit manja kedua belah pipi julia sampai berbekas pipi julia akibat cubitan Ad.
Julia mencebik. Dia pantas menyambung kerjanya untuk menyediakan makan malam. Acah-acah merajuk lah tu kena cubit dengan Ad. Kalau sis, confirm gugur iman tengok Ad macam tu. Sweet sangat.
Ad menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Alamak, dia merajuk lah pulak.'
"Awak, Ad minta maaf. Ad tak sengaja. Awak comel sangat tu yang Ad geram tengok muka comel awak."
Julia yang mendengar geli hati dengan rayuan Ad itu. Bagi julia Ad seorang yang sweet dan pandai jaga perasaan orang. OMG jangan buat aku cair Adrian.
Dalam keadaan mereka begitu, ada mata lain yang memerhatikan geligat mereka dengan perasaan marah dan benci.
*****************
Amir dan Adrian menonton movie sambil berborak kosong sesama sendiri. Kedengaran tawa mereka hingga ke tingkat atas.
Julia yang sedang membelek-belek majalah terhenti apabila mendengar tawa mereka berdua. Dia turun ke bawah untuk meminum air di dapur kerana tekaknya terasa kering.
Dia ke dapur dan membuka peti ais. Susu HL dikeluarkan dan dituang di dalam gelas. Sudah menjadi rutin pada julia meminum susu sebelum tidur.
Dia berura-ura untuk naik ke biliknya setelah meminum susu.
Semasa hendak menaiki tangga, dia di sapa oleh Ad yang sedang duduk bersama Amir di ruang tamu."Julia." Panggil Ad. Julia menoleh dan memandang Ad.
"Ye." Julia mengerling ke arah Amir yang memandangnya tajam. Selepas itu berpaling ke arah Ad.
"Awak tak nak join kitorang ke? Jom lah tengok movie ni sama-sama baru best."
"Eh,takpe lah. Korang je lah tengok movie tu."
"Meh lah, kita tengok sama-sama. Baru best sikit tengok ramai-ramai." Ad bangun dari duduknya dan melangkah ke arah julia.
Ad menarik tangan julia ke sofa dan menyuruh julia duduk untuk menonton bersama-sama movie itu.
Amir berasa tidak senang duduk apabila melihat kemesraan mereka. Tiba-tiba rasa marah dan sakit hati pada Ad.
'Tak cukup mak bapak aku, sepupu aku pun kau nak rampas!'
Amir kemudian bangun dari duduknya. Dia memberikan jelingan tajam pada julia kemudian berlalu ke biliknya. Ad mengerut kening , dia pelik dengan perangai Amir yang asyik bermasam muka sahaja apabila julia ada.
Akhirnya tinggal lah julia dan Ad yang melayan movie itu sehingga pukul 2 pagi.
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨😊▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨
YOU ARE READING
Dia Aku Punya!
RomancePertemuan dan pertengkaran diantara mereka tanpa disedari menimbulkan satu rasa aneh yang tidak pernah dirasai dalam hidup mereka. Adakah cinta berputik antara mereka? Takdir atau kebetulan? Cinta hadir tanpa diundang. "Eh minah kampung,kau tak la...