Bab 7 [ Anak Angkat ]

526 13 0
                                    

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni julia? " soal mama.

"Julia terjatuh masa tengah rendam kaki kat kolam tu. Hehe"

"Lepas ni mama tak kira! Kalau julia nak rendam kaki sekali pun pastikan ada teman. Kalau jadi apa apa pada julia tadi macam mana?! Mama risau tau!. "

"Yup mam, julia janji tak buat lagi dah. "

"Jangan buat lagi tau, julia rehat lah dulu. Mama nak siapkan sarapan dulu."

Mama pun keluar untuk menyediakan sarapan pagi. Julia mendengus geram bila mengingati kejadian semalam.

'Kuang aja punya orang. Sekarang tak pasal pasal aku demam. Dah lah terjah orang tak bagi salam. Memang takde adap langsung.' Bebel julia dalam hati.

************

Amir menuju ke arah papanya yang sedang duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar.

"Morning Pa." Tegur amir.

"Morning. Izz tak kerja ke hari ni? " soal papa. Hairan papanya melihat anaknya tidak memakai pakaian kerja. Santai je anak dia pakai t-shirt pagi-pagi.

"Izz ambil MC hari ni. Tak sedap badan pulak hari ni. "Kata Amir.  Lagipun syarikat tu bapak dia yang punya. Lantak dia lah nak datang ke tidak.

"Yelah, kamu tu bawa bawa lah rehat sikit Izz. Papa tengok kamu ni asyik kerja je. Jangan lah tekankan diri Izz dengan kerja je." Risau Dato Azhar dengan anak terunanya.

"Ye, Izz tahu. Btw pa, who is she? " tanya Amir.

"Hah? Siapa?! " tersentak Dato Azhar dengan pertanyaan anaknya. 'Takkan lah Izz dah tau' ujar Dato Azhar dalam hati.

"Perempuan yang ada kat rumah kita semalam."

Dato Azhar melepaskan nafas lega. Baru sahaja Dato Azhar ingin memberitahu Amir tapi telah dipotong oleh Datin Fidah.

"Udah- udahlah berborak tu bang. Izz mari makan sayang. Mama dah sediakan sarapan tu."

Dato Azhar dan Amir bangun serentak dan menapak ke dapur untuk mengisi perut. Datin Fidah tersenyum melihat gelagat suami dan anaknya. 'Bapa dengan anak sama je.'

"Julia, jom sarapan sayang. Perut kamu tu mesti isi sikit. Kalau tak, macam mana nak dapat tenaga. nak sihat tak?. " Julia lantas mengangguk.

"Dah jom." Mereka pun berlalu ke meja makan .

Sampai sahaja di meja makan. Julia melihat Dato Azhar dan seorang lelaki yang sedang duduk dan merenung ke arahnya.

"Hai semua." Sapa julia mesra.

"Kamu dah sihat ke julia? Kamu okay tak? " soal Dato Azhar.

"Alhamdulillah dah okay sikit. Hehe." Balas julia sambil mengambil tempat duduk di sebelah Datin Fidah.

"Bagus lah, lain kali hati hati ye. " pesan Dato Azhar. Julia hanya mengangguk seperti burung belatuk. Hahahaha. Padan sangat.

"Kau ni siapa hah?!  Tanya lelaki itu dengan nada kasar. Ingatkan bisu rupanya ada suara jugak mamat ni. Dah lah tanya orang macam nak makan orang.

Julia diam tidak berkutik. Kemudian Dato Azhar berdehem sedikit lalu berkata...

"Izz kenalkan ni julia. Anak angkat mama dan papa mulai sekarang. So, papa harap Izz boleh terima dia sebagai adik Izz." Terang Dato Azhar serius.

"Whattt!! " jerit Amir tetiba. Julia pulak tersentak bila Amir  memandangnya dengan pandangan seperti singa kelaparan yang ingin membahamnya sebentar lagi.

Julia menelan air liur dengan pandangan Amir kemudian menunduk. 'Mati lah aku lepas ni!!!' Jerit julia dalam hati.











Jeng jeng jeng. My bestie dah tau jalan cerita ni. Tak best lah kan. So, sis akan ubah semua jalan cerita yang sis dah rancang. Biar dia curious hahahahaha.

Vote jika mahu story ini diupdate dengan cepat. -,-

Tykah_meow.

Dia Aku Punya!Where stories live. Discover now