Kes 3

3.6K 75 2
                                    

         

KES TIGA

JOHN DOE 13

SUASANA tenang di Tasik Titiwangsa itu tidak mampu memberikan kesan kepada jiwa aku yang kacau.

"...cara pembunuhan yang sama."

Betul tu. Tikaman sebelah kiri yang mengena ginjal mangsa. Bagaimana aku boleh tak terfikirkannya? Kematian Wildad adalah kerana tikaman pada sebelah kiri yang mengenai ginjalnya... sama seperti kematian Sarah Ibrahim!

"Aslan," panggil Kara. "Segera ke mari." Aku berpaling dan menghampirinya. 

Mangsa adalah seorang lelaki dengan baju kemeja berwarna putih di dalam dan berkot. Seperti seorang pekerja peribadi.

"Ada apa, Kara?"

"Bagaimana pendapat kamu? Bodyguard?" soalnya.

"Ya, mungkin... kau tengoklah otot badan dia," jawab aku dengan kagum, sebelum Kara tunduk lagi untuk memeriksa mangsa, dan dia menaikkan sesuatu.

"Tengoklah ni," ujar Kara sambil dia mengangkat tangan mangsa dengan bersarung tangan. "Dia dah hilangkan jejak untuk kita mengenali mangsa," ujar Kara lagi sebelum dia meletakkan kembali tangan yang putus dari pergelangan tangan itu. Aku mengeluh dan kembali memandang ke arah tasik.

"Bagus! Tiada tangan, tiada jari... tak ada cap jari. Tiada pengenalan dalam sistem," ujar aku dengan kecewa. "Seorang lagi mangsa tanpa pengenalan." Memang bagus.

Kara hanya menjungkitkan keningnya sebelum dia bangun selepas dia mengutip sesuatu. Aku lihat wajahnya yang sedang kebingungan itu.

"Sekarang periksa benda ini pula," ujarnya, memaksa aku menjatuhkan pandangan daripada matanya.

"Apa bendanya tu?" Aku memandang hairan pada plastik berwarna merah dan ada bulatan timbul padanya itu. "Adakah ini adalah serpihan Lego?" soal aku. Kara memeriksa kembali bahan bukti di dalam beg plastik itu.

"Ya. Mungkin... dan tengok warnanya, Aslan. Ia bukan warna merah," ujar Kara sebelum dia menyerahkan beg plastik itu kepadaku dan berlalu ke kereta. Aku bingung. Bagaimana...

"Lihat belakangnya," sambung dia lagi membuatkan aku memusingkan beg plastik yang menyimpan bahan bukti itu. Ahh... ada kesan berwarna putih padanya. Atau, apakah itu adalah warna asalnya? Aku segera mendapatkan Kara.

"Jadi warna merah ini..."

Kara memberikan isyarat kepada unit forensik itu untuk mengambil-alih tugas mereka pula. "Ianya hanyalah cecair pekat yang menyelaputi benda itu, Aslan," sambung Kara sambil dia berlalu ke kereta polis.

"Darah?" tanya aku, turut menuju ke kereta polis dan memasukinya.

Kara tersenyum sambil menghidupkan enjin. "Kalau ya, agaknya darah siapa?" tanya dia serius.

Aku segera menjungkitkan keningku dan kemudian meletakkan bahan bukti itu ke sisi. "Siapa tahu?"

"DARAH itu bukan milik sesiapa daripada mangsa kamu, Aslan," ujar Adam Sandler, ahli kimia dan biologi yang berasal daripada Scotland itu. Aku dan Kara berpaling memandang wajah masing-masing dengan tanda tanya. "Tapi DNA-nya sesuai dengan darah yang kamu temui semalam," sambung Adam lagi.

Aku segera mendekatinya. "Apa maksud kamu?"

"Sampel darah yang kamu temui pada bantal milik Aziz semalam? Nampaknya kamu dah berjaya kumpul dua mangsa dengan seorang pembunuh. Ini pasti adalah darah orang yang dah bunuh Aziz dan John Doe itu. Bagaimanapun, saya masih sedang memeriksa penyesuaiannya dengan rekod simpanan DNA kita," ujar Adam. Sedang aku hanya diam, dan pandang wajah Kara.

GINJAL - sebuah novel Bali BaimWhere stories live. Discover now