Kes 7

2.1K 71 0
                                    

         

KES TUJUH

YANG TIDAK BERDAYA

"KAU daripada mana?" tanya Kara sebaik dia melihat aku sampai agak lewat ke tempat pembunuhan itu. Wajah yang sedang menunduk segera aku dongakkan untuk memandangnya. Kara menggeleng.

"Maaf, Kara," ujar aku sebaik menghampirinya. Namun Kara nampaknya masih tidak berpuas hati hanya dengan ucapan maaf aku.

"30 minit kau lambat, Aslan. Jangan beritahu aku yang kau daripada..." Kara melihat wajah aku dengan lebih tajam. "Kau pergi melawat perkuburan Andy lagi, kan?" soal dia dengan wajah kecewa.

Aku raup rambut aku ke belakang. "Dah hampir lima bulan dia terbunuh. Dan aku masih lagi tak boleh tidur lena mengingatkan kematian tu. Peristiwa malam itu sering jadi igauan aku, Kara," jawab aku.

Kara mengeluh. Aku tahu dia faham dengan situasi aku. Tapi dia mungkin tak boleh terima alasan aku kali ini kerana prestasi aku yang merudum sejak akhir-akhir ini. Soalnya, ada banyak permasalahan dah mula berselirat dalam hidup aku.

Afwan masih tak dapat membantu aku untuk mengheret Pembunuh Malam itu ke muka pengadilan. Igauan malam tentang kematian Andy pula terputar bagai wayang gambar, mengganggu lena aku hampir setiap malam. Dan tentang Mina pula...

"Detektif Aslan, mangsa pembunuhan itu telah diheret ke kawasan ini," ujar seorang anggota polis daripada kawasan sekitar itu.

"Baiklah."

"Jom, Aslan."

"TAPI arwah telah pun pergi, Aslan. Kita cuma mampu doakan keamanannya di sana," ujar Kara sambil menghirup air kopinya.

"Aku masih tak faham kenapa dia dibunuh, Kara."

"Ini kerana kita masih tak tahu apa-apa tentang organisasi yang diketuai oleh lelaki bernama Margas itu," ujar Kara cuba mencari alasan logik.

"Tapi, Andy tu... dia masih lagi seorang budaklah."

"Ya. Betul. Tapi Andy... dia memang sedang menantikan kematiannya, bukan?" soal Kara, membuatkan aku terdiam.

Ya. Andy memang sedang menantikan kematian yang pasti bagi dia. Barah otak itu tidak tahu sejak bila lagi telah dia deritai. Keberadaan dia di hospital itu dahulu juga rupanya bukanlah untuk dia menemani ibunya, tapi adalah sebaliknya.

"Mak dia."

Tiba-tiba aku jadi memikirkannya.

"Mak siapa, Aslan?" tanya Kara yang memandang aku dengan dahi yang berkerut.

"Mak Andy, Kara. Makcik Sofea," ujar aku dengan nafas yang tidak teratur. "Wanita buta. Selepas kematian Andy, aku pernah cuba untuk mencari Makcik Sofea tu di alamat tempat dia tinggal dahulu. Tapi kau tahu? Aku tak jumpa dia."

"Dia tiada masa pengkebumian Andy?" tanya Kara.

Dan aku hanya mampu memandang wajah dia sebelum melepaskan pandangan kembali ke jalan raya. Mak Andy memang tak datang pada hari pengkebumian Andy. Aku juga pelik. Apakah dia tahu yang anaknya itu sudah meninggal dunia?

Kara raupkan rambutnya ke belakang, menampakkan wajah dia yang terlindung. Aku pandang dia dengan pandangan tajam.

"Kau tu..." ujar aku. Kara berpaling bertentang mata dengan aku. "Kau okey?" sambung aku lagi. Kara mengeluh.

"Ya. Aku okey," ujar dia, hanya membuatkan aku makin bimbang, dia tak okey. Dia langsung tak nampak okey. Lalu aku lepaskan cawan Nescafe aku ke tepi. Aku tahu jika pun aku bertanyakan dia permasalahannya, dia pasti takkan beritahu aku. Tapi dia memang ada masalah.

GINJAL - sebuah novel Bali BaimWhere stories live. Discover now