KES ENAM
PERCATURAN HIDUP
"BAGAIMANA dengan keadaan Afwan?" tanya Dina sebaik aku duduk. Aku melepaskan beg aku ke bawah meja.
"Masih macam itulah, Dina. Doktor suruh kami tunggu dahulu untuk beberapa minggu lagi," ujar aku tanpa memandang dia.
"Aku bersimpati, Aslan."
Aku tersenyum memandangnya, dan mengangguk. "Terima kasih, Dina. Tapi janganlah kamu bimbangkan Afwan. Dia adalah budak yang kuat." Dina senyum.
"Ya, aku tahu," ujar dia sebelum dia kembali dengan kerja yang sedang dia lakukan tadi.
Kara yang baru tiba kemudiannya juga memberi senyum kepada aku.
"Hei, Aslan, aku ada buat makan-makan di rumah malam ni. Jemputlah datang, jangan lupa bawa isteri kau sekali. Hmm... tu pun kalau kamu berdua boleh datanglah, ya?" jemput Kara membuatkan aku tersenyum memandangnya.
"Ya? Ada apa? Kau dah bercadang nak kahwin balik ya?" bisik aku. Kara hanya tertawa. Dia memang nampak berseri-seri dua-tiga harini.
"Taklah, Aslan. Hanya buat makan-makan biasa sahaja, bukan untuk menyambut apa-apapun," ujar Kara. Aku hanya mampu mencebik.
Kapten Bashar tiba-tiba keluar daripada biliknya dengan sekeping fail di tangan. "Saya ada mendapat satu kes baru," ujar dia dengan wajah berkerut. Kami segera menghampiri Kapten Bashar untuk mengetahui sebab kepada reaksi wajahnya yang pelik itu.
"Kes apa, kapten?"
Kapten Bashar melabuhkan punggungnya pada meja Bakri.
"Kes kematian seorang pengawal keselamatan," ujar dia.
Okey, pengawal keselamatan. Jadi apa yang pelik? Mengapa mesti berkerut begitu?
"Jadi?" tanya aku.
"Majikan pengawal ini mungkin berada dalam bahaya. Pastikan kamu membuat persiapan untuk melindungi dia."
"Melindungi dia?"
"Ya, menyamarkan diri sebagai seorang model bernama Andy," ujar Kapten Bashar. Aku hanya mencebik. Alah, menyamar sebagai model saja pun. Mazlan boleh kot. Hanya perlu letakkan rambut palsu atas kepala dia dan pakai kacamata hitam, topi. Tak susah. Kapten Bashar tak perlu terlalu gelisah dengan benda remeh macam tu.
"Dina, kamu ada kanta sentuh?" tanya Kapten Bashar.
"Apa? Kanta sentuh? Kami nak kena pakai kanta sentuh ke? Lelaki mana reti nak pakai benda tu, kapten," ujar Mazlan.
Kapten Bashar memandang wajah Mazlan dengan tajam.
"Saya tahu, dan saya tak akan suruh mana-mana lelaki pun untuk pakai benda tu," ujar Kapten Bashar sebelum berpaling kembali kepada Dina.
"Dina, kamu sediakan kanta sentuh yang berwarna hijau. Di sana, akan ada rambut palsu berwarna perang. Jadi sebaik kamu ke sana..."
"ITU dia si Diana Kapas," jerit beberapa wartawan mengejar gadis yang berjalan dengan langkah yang laju itu. Sedang beberapa orang polis, segera membawa pergi seorang budak daripada bangunan sebelah ke tempat pertunjukan fesyen yang baru berakhir dengan tragedi itu.
Diana Kapas itu segera berhenti di satu sudut kaki lima setelah dia merasa pasti yang dia kini berada jauh daripada kawasan pembunuhan.
"Maaf, wartawan, boleh tak kamu pulang dahulu hari ini? Beberapa hari lagi, saya sendiri yang akan membuat persidangan mengenai kes ini," ujar Dina sambil menutup mulutnya.
YOU ARE READING
GINJAL - sebuah novel Bali Baim
Misteri / ThrillerPenyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit d...