KES TIGA BELAS
YANG TERSEMBUNYI
AKU pulang daripada menghantar Kara ke rumahnya, dan mula menjatuhkan tubuh aku ke atas sofa. Itu. Hari itu memang memenatkan sekali. Hairul akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas beberapa kesalahan feloni.
Sewaktu aku meninggalkan Kara di rumahnya itu tadi, dia bagaimanapun tidak kelihatan kecewa, mahu pun berpuas hati. Dia telah bermimpi terlalu tinggi untuk menjaga bayi yang istimewa itu. Namun manusia hanyalah mampu merancang. Apa yang diimpikan tidak semestinya menjadi nyata. Aku dan Kara sendiri haruslah menerimanya.
Ring!!
"Assalamualaikum, Dina. Ya, ada apa?"
"Apa!?"
Aku bangun daripada sofa dan segera memecut ke hospital. Jahanam. Bagaimana Izrael boleh terlepas pergi pula? Sebaik aku parkirkan kereta aku, aku segera berlari keluar ke wad di mana Izrael ditempatkan, dan menemui Dina.
"Bagaimana Izrael boleh terlepas, Dina?" soal aku sudah meninggikan suara. Dina menggeleng.
"Pihak polis bantuan telah mengesahkan yang memang ada seorang anggota polis telah berlaku khianat dan mendakwa bahawa Izrael perlu dipindahkan ke dalam bilik kurungan sementara."
"Apa? Siapakah anggota polis itu?"
"Namanya tiada dalam daftar pasukan polis tempatan. Aku tak tahu bagaimana. Tapi aku rasa semua ini ada kaitannya dengan Margas. Dia bukankah mempunyai banyak kakitangan daripada segenap bidang kerja? Tak mustahil ada di antara mereka yang dah berjaya menapak di jabatan polis, Aslan."
Aku menelan air liur kelat. Kalau ini sememangnya perbuatan Margas, aku percaya apa yang dia rencanakan adalah di luar jangkaan aku. Dan Pembunuh Malam itu mungkin sahaja memang benar-benar terlatih dan mempunyai pengaruhnya juga di jabatan polis.
"Kau dah dapatkan bukti yang ditinggalkan suspek di tempat kejadian?"
"Ya, ada kesan darah yang menunjukkan Izrael ada melawan penculiknya itu, Aslan."
"Darah?"
"Ya."
"Milik penculik itu..?" soal aku penuh pengharapan.
"Tidak pasti. Tapi mungkin juga Izrael. Cuma... jumlahnya agak banyak. Jadi, boleh jadi juga Izrael ada cuba mempertahankan diri, dan sempat mencederakan penculiknya itu, bukan?"
Bunyinya agak meyakinkan. Tapi aku tak mahu membiarkan diri aku terlalu mengharap kepada sesuatu yang tidak pasti lagi. Kalaulah kali ini menemukan kegagalan juga aku bersedia untuk menerimanya. Apa-apa sahaja informasi amat penting untuk membawa Pembunuh Malam ke muka pengadilan. Dan si jahanan itu aku pasti akan jatuh jua tersungkur ke tanah, walaupun masa yang diambil mungkin lebih lama.
Tiada gunanya lagi perjanjian yang telah aku buat bersama Margas itu. Ini juga barangkali ada kaitannya dengan dia. Dia sengaja mempergunakan aku. Dia hanya nak menjatuhkan maruah aku ke peringkat yang paling rendah. Dan aku telah percayakan. Aku memang menghinakan sekali. Butang yang aku jumpai di zoo tempohari, sepatutnya aku serahkan kepada pihak polis sebelum keadaan benar-benar tiada gunanya lagi bagi aku.
"Dina, kau... nak pergi serahkan bahan bukti kejadian ke?" soal aku, serba-salah.
"Kenapa?" Aku terdiam seketika.
"Aku pun ada sesuatu yang nak aku serahkan." Dina mengerutkan dahinya mendengarkan jawapan aku. "Kau ada menyembunyikan sesuatu ke, Aslan?" Aku memandang lantai sebelum aku pandang ke wajah Dina dengan bersalah.
YOU ARE READING
GINJAL - sebuah novel Bali Baim
Mystery / ThrillerPenyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit d...