Kes 12

1.7K 57 0
                                    

         

KES DUA BELAS

TEMPAT ORANG UTAN

SEBAIK memasuki waktu Asar, aku segera mengajak Kara dan Afwan pulang. Tetapi Afwan tiba-tiba teringin untuk melihat angsa putih di tasik itu. Lalu aku dan Kara mengikuti langkah dia yang beriya-iya.

Sewaktu sampai ke tasik itu, Sharul pula tiba-tiba merengek. Aku pandang ke wajah Kara yang kemudiannya mendekati aku dan mula memeriksa lampin Sharul.

"Sharul buang air besar la, Aslan," ujar dia.

Lalu aku bawa Sharul ke sebuah kerusi untuk ditukarkan lampinnya. Kara seakan terkejut melihatkan tindakan aku.

"Kau boleh ke?" tanya dia.

Aku hanya mencebik. Lalu aku ambil beg galasnya, dan meminta dia menjagakan Afwan yang sudah membawa diri ke tasik untuk melihat angsa putih itu.

Sebaik lampin Sharul aku tukar, aku kembali mendekati Kara. Namun wajahnya kelihatan kebimbangan. "Kenapa?" tanya aku sambil mendekati Afwan, dan menyentuh rambutnya.

"Pembunuh Malam itu ada di sini, Aslan," ujar Kara sambil mendukung tubuh Sharul ke pangkuannya.

"Apa maksud kau?"

"Kehilangan Afwan tadi sebenarnya adalah kerana dia... dibawa Pembunuh Malam, Aslan," ujar Kara lagi mengejutkan aku. Lalu aku berpaling kepada Afwan.

"Apa yang dia mahukan daripada kamu, Afwan?"

Afwan capai sesuatu daripada kocek seluarnya.

"Lelaki tu berikan ini kepada Afwan." Keratan kertas itu aku baca.

"Terima kasih."

"Tak guna." Kertas itu aku renyuk dan aku buang ke tepi. Pembunuh tak guna tu dah mempersendakan aku sekali lagi. Dia berterima kasih. Kerana aku dah lepaskan dia untuk membunuh Badrul? Tak guna. Tangisan Pembunuh Malam sewaktu membunuh Andy dahulu terputar di peti ingatan aku.

"Arghh..!"

"Hei, Aslan. Bertenang," ujar Kara di sebelah aku.

"Mana kau tahu lelaki ini adalah Pembunuh Malam?" tanya aku kepada Kara, sedang aku sendiri sudah melutut menghadap Afwan.

"Kata Afwan, lelaki itu adalah lelaki sama yang telah menyelamatkan dia daripada terbunuh sebelum ini." Aku pandang tepat kepada Afwan.

"Afwan dah ingat siapa dia? Kenapa tak beritahu abah?" tanya aku, sedang mencuba dengan sedaya-upaya untuk tetap bersabar.

"Afwan tak ingat..." jawab Afwan sambil menundukkan wajahnya ke bawah.

"Kalau Afwan tak ingat, macamana Afwan boleh tahu yang dia adalah lelaki sama yang dah selamatkan Afwan!?" marah aku lagi. Afwan menepis tangan aku di bahunya.

"Dia... ceritakan mengenai kisah yang sama dia ceritakan kepada Afwan semasa dia balut luka di leher Afwan dahulu," jawab Afwan.

"Kisah apa, Afwan?" tanya Kara. Afwan memandang ke arah tasik dan menghalakan jari telunjuknya kepada salah seekor angsa itu.

"Kisah Angsa Putih," jawab Afwan perlahan.

"Bagaimana rupa dia?" tanya aku.

Afwan menggeleng, membuatkan aku mula mahu meradang. Namun Kara mendekati aku dan menyentuh bahu aku.

"Afwan tak nampak muka dia. Dia berselindung."

"Tak guna!"

SEWAKTU aku dan Kara berjalan keluar dari zoo dengan terburu-buru, kami terserempak dengan Dina dan Bakri yang baru memasuki zoo itu. Mereka juga jelas terkejut melihat aku dan Kara berdua.

GINJAL - sebuah novel Bali BaimWhere stories live. Discover now