Kes 9

2.1K 69 0
                                    

KES SEMBILAN

BUDAK YANG BAIK

"DAH seminggu Izrael tak balik, tapi aku rasa biarkanlah sahaja dia menenangkan diri untuk dua, tiga hari lagi, Kara."

"Dia ke mana?" tanya Kara sambil dia menandatangani borang cutinya.

"Menginap... di hotel Scent Garden."

"Kau tak bimbang ke dengan keselamatan dia?" Kara memandang aku dengan kerutan antara dua keningnya itu. Aku senyum memandangkannya.

"Aku dah suruh dia segera telefon atau mesej aku kalau jadi apa-apa."

Kara buat muka. Muka yang dia tidak mempercayai tindakan aku akan berkesan. Tapi tak mengapa untuk dia tidak mempercayainya. Aku hanya buat semua ni untuk Izrael.

"Kau sepatutnya tahu rasanya kehilangan orang yang penting, bukan? Lebih-lebih lagi jika waktu tu kau dah pun terbiasa dengan kehadiran dia. Mendengar suaranya setiap hari. Bimbang dan dibimbangi. Kau tahu yang perasaan tu tak mudah padam. Malahan sangat menyeksakan kalau kau masih memaksa diri untuk melupakannya... kan?"

Kara memandang aku dengan wajah terpempan. Selepas itu dia menundukkan sedikit wajah dia. "Ya," jawab dia perlahan.

"Aku tak maksudkan Zamri." Atau Ali, atau Kutan. "Aku maksudkan Yusof."

"Susah nak lepaskan orang yang tersayang pergi." Kara mengangkat wajah dia. "Aku faham keperluan Izrael."

Tit tit!

"Izrael," ujar aku kepada Kara sambil membuka mesej itu.

"Katanya keadaan dia okey saja. Dia baru pesan makanan daripada hotel itu," ujar aku. Kara tersenyum kehairanan mendengarkannya. Aku betul-betul maksudkan apa-apa itu sebagai apa-apa sahaja, dan dia harus melaporkan kepada aku.

"Tapi, daripada mana pula Izrael mendapatkan wang untuk dia menginap di hotel lima bintang tu?"

"Oh... kau tahu yang banyak Dato' yang berminat dengan cerita Izrael yang masih belum dapat mengenalpasti akan identiti dia tu, kan?"

"Ya?"

"Seorang daripada Dato' itulah yang telah menaja penginapan dia di sana sebaik dia mendengar berita kesedihan Izrael menerima kematian Dr. Mia," ujar aku. Kara pula memandang aku pelik.

"Kau kenal siapa Dato' tu?"

"Ya, Dato' Hamid."

"Dato' Hamid?"

Aku mengangguk.

"Ohh."

Aku melepaskan keluhan berat.

"Jadi kamu memang akan ambil cuti lagi?" tanya aku, bukanlah berniat mahu menyibuk. Tapi Kara dah ambil agak banyak cuti. Aku tak mahu dia berdepan masalah pula untuk mengambil cuti di hari-hari penting nanti.

Kara mengangguk. Lalu aku melepaskan dia pulang. Dia kelihatan tertegun kerana aku tidak mempersoalkannya kembali. Kehidupan peribadi dia. Tapi aku rasa dia memang patut dibiarkan sahaja dengan ruangan peribadinya. Dia layak bersosial dengan sesiapa sahaja yang dia mahu, pada bila-bila masa. Aku hanyalah pasangan kerjanya.

"Bye, Aslan."

Aku kembali memandang fail di atas meja aku, fail-fail tentang kehilangan Izrael dahulu. Apakah Margas itu ada kaitannya dengan Izrael? Apakah dia ada kepentingannya terhadap Izrael? Tapi apa?

Aku memandang gambar mayat Nek Ros. Walau macamana pun tak syak lagi Pembunuh Malam itu adalah lelaki yang sama yang telah diupah untuk membunuh Nek Ros. Cara pembunuhan yang sama, menikam mangsa pada bahagian kiri perut sehingga membocorkan ginjalnya.

GINJAL - sebuah novel Bali BaimWhere stories live. Discover now