Kes 10

1.9K 60 1
                                    

         

KES SEPULUH

LELAKI YANG BAIK

"LELAKI jahanam, aku akan pastikan kau terpaksa meringkuk untuk satu jangka masa yang panjang, tak guna!"

"Kau fikir kau mampu? Nak puaskan isteri seorang pun kau tak mampu... kan?" tanya Azli dalam nada yang sinis. Sangat sinis.

"Kurang ajar..!"

Pagar penjara itu aku hentak sekuat hati.

"Encik, encik sarjan. Tolong saya, Det. Aslan cuba nak membunuh saya ni," jerit Azli tiba-tiba dalam muka takut.

Tindakannya tidak mengejutkan aku. Aku tahu yang Azli memang seorang lelaki yang suka bermuka-muka. Lelaki dengan banyak watak dalam topeng. Lelaki yang fikir dia boleh selamanya melayan kehendak seorang wanita dengan masanya yang banyak terluang tanpa kerja, kerana hakikatnya dia telah ditaja hidupnya oleh wanita. Kerja rasminya di sekolah tu adalah guru kaunselor. Namun, kerja malamnya pula...

Aku menghampiri pagar jel itu. "Dengar sini. Kalau undang-undang tak boleh bunuh kau, aku sendiri yang akan."

Azli hanya tersenyum mendengarkannya.

"Kenapa ni?" tanya Sarjan Mahmud sebaik dia menghampiri aku.

"Tak ada apa-apa, sarjan. Saya cuma nak memberi hiburan kepada beruk dalam sangkar ni. Dia nampak bosan di dalamnya."

"Aslan..." panggil Azli.

"Bekas isteri kau sendiri akan bebaskan beruk dari dalam sangkar ini, tahu?" ujar dia dengan senyuman. Lalu aku kembali berpaling kepada dia.

"Ya, aku tahu. Sebab tu aku nak bertemujanji dengan dia malam ni."

"Kurang ajar..!"

"KAU tahu jahanam tu dah cederakan Afwan, kenapa tak hentikan dia? Kenapa tak beritahu aku?"

"Mina minta maaf. Mina tak dapat nak lepaskan diri daripada dia. Kalau Mina buat perkara yang mencurigakan, dia akan... dia akan cederakan Mina lebih teruk." Aku kembali duduk.

"Afwan baru tujuh tahun, Mina. Kau dah beri dia kenangan paling pahit yang pernah dia terima, buat kedua kalinya dalam masa tak sampai setahun."

"Ya, sebab itulah Mina usahakan untuk meninggalkan Afwan dengan abang. Walaupun Azli sebenarnya dah merancang percutian itu untuk kami bertiga," ujar dia sambil memegang pipi yang jelas telah dipukul teruk oleh Azli itu. Aku tertunduk. Sejujurnya aku menyedari yang dia juga menderita selama bersama dengan Azli.

"Sudahlah, Mina. Aku datang bukan nak membangkitkan kembali perkara yang dah jadi. Aku datang ni adalah atas sebab lain."

"TAHNIAH. Azli dah dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun, Aslan," ujar Bakri.

"Tapi tindakan kau bersemuka dengan Mina sebelum perbicaraan dimulakan itu memang satu tindakan merbahaya. Pertuduhan terhadap Azli mungkin sahaja dianggap satu konspirasi oleh para juri," ujar Kara.

"Aku terpaksa sedarkan dia yang Azli itu... dia... ahh, dahlah aku belanja kau makan," ujar aku sebelum berlalu, meninggalkan ayat itu tergantung sahaja begitu. Aku tak boleh beritahu hakikat yang Azli itu sebenarnya adalah seorang gigolo, dan berniat untuk mempergunakan Mina untuk menutup aktiviti malamnya itu sahaja.

Aku ke tandas, membasuh muka. Biasan muka pada cermin aku renung dari dalam cermin itu. Aku telah berusaha dengan sedaya-upaya untuk memenuhi tanggungjawab aku kepada negara, membasmi jenayah dengan sepenuh daya usaha aku. Namun, setiap sel pada tubuh aku adalah yang paling tak berguna bila membiarkan sahaja Mina dengan keperluannya sebagai seorang isteri. Dan hanya mendatang kepadanya pada waktu aku memerlukannya sahaja.

GINJAL - sebuah novel Bali BaimWhere stories live. Discover now