Kes 11

1.7K 58 0
                                    

         

KES SEBELAS

PEPERANGAN DARAH

AKU memandang ke luar tingkap di dalam perjalanan ke balai polis.

"Aku rasa kereta kau ni dah makin mengada-ngada meragamnya. Takkan sampai tiap-tiap minggu dia mesti nak rosak juga?" tanya Kara sambil mengeluh. Dia memang suka membebel dan aku hanya membiarkannya sahaja.

"Jangan risau. Minggu depan aku akan minta Mazlan ambilkan aku kalau kereta aku ada masalah," ujar aku masih memandang ke luar tingkap.

"Kau janganlah nak mengada-ngada macam kereta kau juga. Aku ada. Aku kan... kawan kau," bebel Kara lagi. Aku mengalihkan pandangan daripada luar tingkap itu. Nafas aku tarik dalam-dalam. Kemudian aku raup wajah dan memandang ke hadapan.

"Kau tak apa-apa?" tanya Kara.

"Aku okey," jawab aku ringkas.

"Masalah dengan isteri kau?"

"Dia okey sahaja, Kara. Dia malahan lebih baik daripada aku sangkakan. Dia dah mulakan hidup baru sekarang," jawab aku malas. Aku memang tak mahu menimbulkan mengenai isu Mina sekarang ni. Biarlah dia dengan dunia dia sekarang. Permintaannya untuk berbaik semula dengan aku beberapa hari yang lalu aku biarkan sahaja tergantung.

Aku sejujurnya sudah tawar hati untuk menerimanya kembali. Tapi tak aku utarakan kerana aku tidak mahu perhubungan aku dengan Afwan terganggu dengan pertelingkahan antara aku dan Mina. Itu sahaja.

Lagipun Mina, dia masih lagi cantik. Setakat dua kali kegagalan dalam perkahwinan, tak menjadi permasalahan baginya untuk mencari cinta baru, aku rasa.

Yang aku fikirkan sekarang hanyalah mengenai Afwan, kerjaya aku, dan dia... Pembunuh Malam itu. Aku mahu segera mendapatkan pembunuh Andy itu. Sekarang ini pula, aku sudah pun menemukan caranya untuk mendapatkan dia. Cumalah...

"Dah sampai, Encik Aslan. Kau taknak turun ke?" tanya Kara di luar kereta.

"Terima kasih, Kara," ujar aku sambil berlalu ke arahnya. Dia seperti biasa, hanya tersenyum sahaja. Aku menghela nafas panjang lagi. Beban di dalam dada aku masih lagi tersarang di jiwa. Ada permasalahan yang begitu menyerabutkan. Aku perlu melepaskannya dengan sesuatu.

"Kara, hujung minggu ni..." ujar aku sambil menghadap hadapannya. Kara memandang aku dengan hairan.

"Hujung minggu ni, temankan aku ke Zoo Negara?" soal aku. Kara diam seketika.

"Afwan ada?"

"Ya... dah tentulah." Kara memandang aku untuk beberapa lama sebelum dia memberikan anggukkannya.

"Baiklah kalau begitu."

"Hmm... tapi kekasih kau. Dia... tak marah?" tanya aku, membuatkan Kara berhenti dan memandang aku dengan yakin.

"Tak. Dia bukan sesiapa lagi bagi aku. Aku takkan sewenang-wenangnya membenarkan dia mengatur hidup aku. Aku akan buat apa yang aku suka. Dia, sepastinya dia tidak akan mampu untuk mengongkong aktiviti dan kemahuan aku."

"Dia, bunyinya dia macam tidak penting dalam hidup kau," ujar aku dengan sinis. Kara membuka pintu pejabat sambil memandang wajah aku.

"Hmm, memang tidak penting pun," ujar dia malas. Aku pula hanya tersenyum. Mustahil kekasihnya tidak penting kalau sampai boleh mengganggu moodnya.

Sebaik sampai ke tempat aku, dan berpaling memandang wajah Kara. "Agak seronok ada orang untuk dicinta."

"Kau sepatutnya kembali dengan isteri kau, Aslan."

GINJAL - sebuah novel Bali BaimWhere stories live. Discover now