Kes 5

2.3K 62 0
                                    

         

KES LIMA

DUNIA AHLI SIHIR

"ABANG, percaya cakap Mina. Buat apa pula Mina nak menipu? Mina tak pernah ada hubungan dengan lelaki itulah. Itu hanya Azli, teman sekerja Mina. Dia bukan sesiapa. Kawan kita, kan? Mina ada benda yang perlu dibeli untuk acara akhir tahun sekolah. Jadi Mina mintalah dia temankan," ujar Mina dengan wajah bersalah.

Walaupun hakikatnya aku sudah pun mula menerima yang dia tidak bersalah, aku hanyalah mahu mendengar pengakuannya. Lalu aku segera memeluk tubuhnya.

"Ya, abang percaya Mina. Abang cuma tanya saja," ujar aku. Namun Mina segera menepis pelukan aku.

"Tanya saja? Gaya macam nak makan orang itu... abang katakan tanya saja?" soal Mina sambil mencebik.

"Yalah, abang tak mahu kalau Mina sampai sangka yang abang ini tidak bersungguh dalam mendapatkan cinta Mina," ujar aku, mengakui kekasaran aku bila bertanya tadi. Mina kelihatan naik-turun nafasnya.

"Kenapa? Kalau abang dapati Mina curang, apa yang abang nak buat?" tanya Mina lagi. Lalu aku dekati dia.

"Abang akan bunuh lelaki itu dan hantar Mina ke penjara kerana berlaku sumbang," jawab aku sambil tersenyum. Mina aku lihat sudah pun pucat lesi wajahnya. Sebentar kemudian aku ketawa.

"Abang bergurau sahaja, sayang," ujar aku sebelum berlalu ke bilik. Mina pula ketawa dalam pahit.

"HEY, kau okey, Aslan? Kau nampak tegang," ujar Kara saat aku duduk di kerusi aku. Aku segera senyum kepada dia.

"Permainan bola yang teruk semalam," jawab aku. Dia mengangguk-angguk. "Lelaki sentiasa dalam angin yang kurang baik dua-tiga hari ini disebabkan oleh bola, kan?" tanya dia, membuatkan aku tersenyum makin lebar.

"Nampaknya kau sedang berbaik semula dengan bekas suami kau." Kara terkejut. Namun aku terus sahaja ke pantri untuk membuatkan Nescafe.

"Kamu mahu kopi?" tanya aku kepada Kara sebaik aku melangkah ke pantri.

"Biar aku temankan kau buat Nescafe," jawab dia.

"Macamana masih belum ada berita lagi tentang Pembunuh Malam itu?" tanya aku sebelum duduk dengan kepala yang menggeleng.

"Tak mudah nak mengharapkan orang cam wajah seseorang itu hanya berdasarkan lukisan semata-mata, Aslan. Dan jika pun ada orang yang betul-betul terserempak dengan Pembunuh Malam tu, tak semua orang sudi nak melaporkan kepada pihak polis," ujar Kara.

"Ya, tapi nyawa orang tak bersalah berada dalam keadaan bahaya hari demi hari, Kara. Kita tak mampu nak berdiam diri begini sahaja sedangkan pembunuh bersiri itu masih berleluasa di luar sana," ujar aku kembali.

"Kita tak berdiam diri, Aslan. Kita cuma... kebuntuan jalan, bukan?" tanya Kara dan aku hanya menjungkitkan kening aku. Kemudian aku kembali ke meja aku. Melihat pada laporan kes pembunuhan yang dilakukan oleh Pembunuh Malam itu.

Jadi pembunuhan ini hanyalah sekadar mengikut arahan daripada Margas, bukan? Apakah lebih penting untuk aku menangkap Pembunuh Malam itu daripada Margas sendiri?

Aku buka fail pembunuhan itu. Pembunuhan yang telah dilakukan oleh Pembunuh Malam aku perhatikan sekilas. Pembunuhannya cepat, dan kejam. Adakah orang yang sekejam itu? Seakannya dia menikmati keseronokkannya dalam membunuh satu nyawa. Menikam tubuh seseorang dan melihat ke dalam mata mangsa saat pisau itu ditusuk masuk ke dalam perut. Mendengar rengekan mangsa, yang mungkin sedang ditutup mulutnya. Merasa cengkaman daripada tangan mangsa jika mangsa ada bergelut. Apakah pembunuh ini memang tiada belas?

GINJAL - sebuah novel Bali BaimWhere stories live. Discover now