Kes 4

2.7K 67 1
                                    

         

KES EMPAT

DIVA DEALER

"KU mengatur langkahku. Jalan tanpa bayang-bayangmu. Langit dan bumi setia menemaniku. Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku. Ku kepanasan tanpa perlindunganmu."

Suara Hasniza menyanyikan lagu asal oleh Azfan itu menarik minat aku menyertai isteriku menonton rancangan hiburan itu.

"Sedap suara dia, kan bang?" tanya Mina, sambil aku mencapai Afwan yang berada di pelukannya. Afwan nampak masih lagi segar di hadapan kaca televisyen. Biasanya apabila aku balik, dia dah di biliknya. 

"Ya, tengoklah kehidupan dia sekarang. Dia dapat hidup dalam rumah yang sangat besar. Dah macam seorang pekerja korporat, padahal dia popular baru berapa lama? Enam bulan? Setahun? Ada yang tak kena dengan dia," ujar aku, membuatkan Mina mula mencebik.

"Abang ni banyak sangat terlibat dengan bidang jenayah. Sampai fikiran abang pun asyik menjurus kepada kejahatan sahaja selalu," tempelak Mina pula. Aku hanya tersenyum.

"Yalah... mungkin abang yang tersilap. Tapi bersyukurlah kerana Mina sanggup hidup susah dengan abang," ujar aku.

"Eh, abang ni, ke situ pula... dahlah, abang. Marilah kita tidur. Dah lewat ni," ajak Mina sambil mendukung Afwan masuk ke bilik. Telefon aku berbunyi tiba-tiba.

"Assalamualaikum, Kara," ujar aku yang sedang diperhatikan oleh Mina.

"Apa? Tak mungkin..." ujar aku.

"Baiklah." Telefon segera aku letak dan jaket di atas kerusi aku sambar.

"Kenapa, abang?" tanya Mina.

Televisyen aku buka kembali.

Berita kematian Hasniza yang telah dibunuh ketika sedang menyalin pakaian di bilik tukar pakaian itu membuatkan aku mengetapkan bibir sahaja di situ.

"Bagaimanalah orangnya yang boleh membunuh orang yang sedang membuat pertunjukan secara langsung begini?" soal Mina.

Aku segera melangkah ke pintu utama.

"Abang nak pergi menyiasat tentang kematian Hasniza?" tanya Mina lagi. Aku hanya mengangguk.

"Hati-hati, abang," ujar Mina lagi.

"KARA..." panggil aku. Kara segera berpaling ke arah aku.

"Hasniza ditemui bersama sepaket dadah di dalam begnya. Padanlah dia begitu kaya sehingga boleh pula membuat album hasil usaha sendiri dalam usia muda," ujar Kara.

"Rezeki dadah," tambah aku.

"Mungkin hanya sebagai sumber awal sebelum dia meneruskan karier nyanyian dia?" telaah Kara lagi.

"Sekali dalam industri dadah, kau akan selamanya di dalamnya, Kara. Tengoklah dia," ujar aku menunjukkan kepada Hasniza. Kara terdiam.

"Betul, Aslan. Dan sekarang ni kita kenalah pula mencari pemilik sebenar pengedaran dadah ini," ujar Kara membuatkan aku hairan.

"Bukankah itu tugas unit siasatan narkotik?" soal aku sambil Kara aku lihat mula menghampiri mangsa itu kembali.

"Ya, memang betul. Tapi tengoklah pula siapa yang terlibat."

Kara segera menerbalikkan mayat Hasniza yang bertiarap dalam gaun putihnya yang turut dia pakai sewaktu pementasannya tadi.

Aku terkejut melihat kesan tikaman pada tubuh itu.

GINJAL - sebuah novel Bali BaimWhere stories live. Discover now