TANGANku mula meraba-raba didahiku. Aduh! Berdenyut-denyut pula. Aku cuba membuka mataku. Walaupun berat, aku gagahkan juga.
"Lailaa.. Laila dah sedar?"
Suara itu seakan selalu aku dengar. Aku cuba memusingkan kepalaku ke arah suara tersebut. Kelihatan bibirnya memalit senyuman manis. Dia seakan berasa lega dengan kesedaran aku.
"Ni Mak Ngah.. Syukur Alhamdulillah kamu dah sedar nak."
Sedar? Aku kat mana ni? Aku cuba mengingati apa yang telah berlaku sebenarnya. Aku pejamkan mata.
"Laila.. kamu kat hospital sekarang. Kamu dah jadi mangsa dalam kebakaran dirumah kamu dua hari yang lepas. Kamu dah sedut banyak asap dan mengakibatkan jantung kamu berdegup amat perlahan."kata Mak Ngah dengan perlahan.
Oo.. ya tak ya jugak! Tapi.. Momo? Macam mana dengan Momo? Momo yang dianggap kawan karibnya, pendengar setianya, segala suka dan duka dia bersama dengan Momo. Walaupun Momo itu sekadar seekor kucing jantan yang bertompok kelabu.
"Mak Ngah.. Momo? Momo mana Mak Ngah?"
Soalan itu membuatkan dia mengukir senyuman apabila anak buahnya bertanyakan tentang kucing kesayangan.
"Kamu jangan risau... Momo selamat. Dia sempat keluar dari rumah tu. Lagipon mujurlah bahagian dapur kita sahaja yang hangus. Nasib baik bomba cepat sampai."
Lega yang teramat bila aku dengar bahawa Momo selamat. Tapi siapa yang selamatkan aku? Aku perlu berjumpa dengan orang itu. Aku nak ucapkan terima kasih kepadanya.
"Mak Ngah...siapa yang selamatkan saya?"
"Bombalah yang selamatkan kamu. Mak Ngah tengok bersusah payah dia mengangkat kamu keluar dari rumah tu. Lupa pulak, kelmarin dia ada datang melawat kamu. Dalam keadaan yang kamu tak sedar lagi, dia terus pulang."
"Laa.. kenapa Mak Ngah tak kejutkan saya, saya nak ucapkan terima kasih kepada dia sebab dah selamatkan Laila."
"Kamu ingat kamu tengah tidur ke? Kamu tak sedarkan diri tau tak.. kalau tak, dah awal Mak Ngah kejutkan" Mak Ngah gelengkan kepala.
"Laila.. Mak Ngah nak ke tandas sekejap." Wanita yang dalam likungan 50an mula melangkah keluar.
Aku mengangguk. Arghh, bila dapat keluar ni. Dah bosan lah. Aku melihat keadaan sekeliling. Para Nurse sibuk melayan pesakit. Melihat sebelah kiri, ada pesakit yang seakan baru sahaja terbabit dalam kemalangan. Beralih pula kekanan. Terdapat seorang dalam berusia 20an berbalut kaki dan tangannya. Apa yang terjadi tak tahulah. Sempat pula aku buat report ya. Hahaha.
Sedang leka Laila melihat orang sekeliling. Tak sedar pula ada seseorang tengah tercegat di tepi katilnya. Berseluar celoreng dan t-shit bombanya. Ditangannya pula ada baju uniform Bomba.
"Assalamualaikum cik."
Aku berpaling ke arah suara itu. Alamak! Eh bomba la. Dia ke yang melawat aku semalam? Tanya diri aku.
"Waalaikumussalam, ya Tuan"
"Ehh.. tak payah la sampai bertuan. Saya berpangkat kecil sahaja. Panggil saya Encik pun dah cukup. Kalau tak cukup lagi, panggil abang pon boleh. Ehh, saya gurau je"
Tergelak aku dibuatnya. Sempat lagi aku mencuri mata melihat ke arah tangan yang memegang baju uniform itu. Oo.. rupanya nama dia Hairul.
"Alhamdulillah awak dah sedar. Saya ke sini cuma nak tahu awak dah okay ke belum."
"Ow. Saya dah okay sikit. Baguslah Encik Hairul ada kat sini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Encik sebab dah selamatkan saya. Kalau tidak, belum tentu saya ada kat sini atau tak."suara Laila mula kendur.
"Tak baik awak cakap macam tu. Ajal maut ditangan tuhan. Lagipon saya sebagai bomba dan penyelamat hanya menjalankan tanggungjawab saya untuk menyelamatkan mangsa seperti Cik."
Aku hanya mengangguk perlahan.
"Ehh, kejap. Macam mana awak tau nama saya Hairul?"
Membahang muka aku mendengar pertanyaan dari abang Bomba itu. Abang? Emm. Lagipon dia tak kelihatan langsung seperti yang dah berumur. Nampak smart, lagi macho, handsome dan sado. Hehee. Tapi ann, tadi dia panggil aku cik, sekarang... dah awak? haih
"Ermm..mm saya.."
Belum sempat aku mengatur ayat. Encik Hairul terlebih dahulu memotongnya.
"Awak skodeng saya eh?"
"Ehh.. mana ada! Sa..sa.. saya..."
"Saya saya.. okay lah awak. Saya nak kena balik ke balai dulu ni. Nanti kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya. Assalamualaikum"
Bukannya Hairul tak tahu.. si Laila tu curi-curi pandang dekat Nametag dibaju uniformnya tadi.
Cute juga peragai si Laila tu."Waalaikumussalam."
Mata Laila mengekori gerak ahli Bomba itu sampai hilang dari pandangannya.Fuhh.. panas juga pipi aku ni. Malu gila! Aku ni pon, selalu saja kantoi! Haihh..
YOU ARE READING
Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)
Любовные романыPengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya untuk mengahwini dengan seorang Ahli Bomba. "Apa syarat dia?" "Kau kena kahwin dulu"-HAKIM "Apa?? tak nak aku.."HAIRUL RIZQI "Ehh. Tadi na...