"HAIRUL..esok petang kita keluar jom. Kan kita cuti esok"
"Erm boleh jugak. Lagipon aku tak ada plan lagi ni." Kata seorang ahli bomba kepada ketua mereka."
****
Keesokan harinya...
Alamakk! "bendera merah" la pulak. Tak jadi nampaknya nak puasa ganti hari ni. Haish..
Aku menggeledah almari untuk mencari pad. Haa.. ni pon.
Satu bungkusan biru dipegang. Aku menepuk dahi. Aduhh! Tinggal satu ja? Adumakk aii.Hmm.. terpaksa aku pergi kedai.
"Mak Ngah.. Oo Mak Ngah! Laila nak pergi kedai ni. Mak Ngah nak kirimkan apa-apa tak?" Tanya Laila kepada Mak Ngahnya yang sedang mencuci pinggan.
"Buat masa ni, barang dapur cukup lagi. Mm tak ada kot. Kamu pergi kedai nak beli apa?"
"Oo, Laila nak pergi beli pad. Ingatkan ada lagi tapi rupanya tinggal satu je. Terpaksalah kena pergi kedai 7e tu ha"
Mak Ngah hanya mengangguk. Aku mengaturkan langkah. Kereta Axia biru aku pandu perlahan keluar dari rumah.
****
Di kedai makan, Hairul dan seorang kawan sekerjanya serta 2 orang lagi kawan sekolah lama sedang berborak. Maklumlah dah lama tak jumpa kawan lama katakan. Selesai makan, mereka penuhkan masa dengan berborak sahaja.
"Wei Hairul, dah lama tak jumpa kau. Dah berpangkat aku tengok" kata seorang dari mereka mencelah.
"Engkau pon apa kurangnya Raziq. Dah berkerjaya besar. DOKTOR RAZIQ sekarang ni. Aku ni cuma Bomba sahaja. Gaji pon cukup-cukup makan je"
"Eleyh kau, sembang boleh. Kau nak cakap apa lagi. Gaji kau lagi tinggi la dari aku. Aku ni ahli bomba biasa je. Mana mau, nak kalahkan gaji ketua aku ni Si Hairul tu.
"Aduh korang ni, dah la tu sembang pasal kerja ni. Kita duk sini nak relax kan. So, next topic bro?"
****
Aku mengeluarkan not Rm20 kepada cashier dan mengambil baki selebihnya. Mm terasa nak beli air jus oren lah pulak. Mengidam rasanya, Hahaha. Nasib baik kedai makan sebelah kedai 7e ni je.
Aku menolak pintu lalu keluar dari kedai 7e. Dalam perjalanan aku ke sana. Boleh pulak aku terlanggar satu group mamat ni. Haihh, dah terlanggar satu, bungkusan 'keramat' aku tergolek betul-betul di kaki mamat tu. Bagai nak luruh jantung rasanya. Nak ambik malu, tak ambik lagi la malu.. adumakk aii. Nak buat cam mana ni. Aku hanya tunduk sahaja sambil cuba untuk berdiri. Dupp dupp dupp
"Emm, awak tak apa-apa?" Tanya pemuda itu.
Err.. boleh lagi tanya aku tak apa-apa? Sedangkan dia sendiri yang nampak aku tersadung tadi.. Hishh.
"Sa.. sa.. saya okay. K lah saya nak minta diri dulu" Laila cuba mengundur diri dan terus tinggalkan group mamat tadi.
"Awak!..awak!!" Panggil salah seorang dari group mamat tadi.
Aku cuba memusing ke belakang. Betapa merahnya muka aku time tu, boleh pulak aku lupa! bila aku nampak mamat yang tadi tu pegang bungkusan 'keramat' aku dengan tangan kanannya menghalakan kepada aku. Nak dijadikan cerita, mamat tu baru sahaja aku kenal seminggu yang lepas! Hairul? Gulp. Abang Bomba? Aduhh.. malu.. maluu.. rasa nak menjerit rasanya.
"Awak tertinggal barang ni." Kata Raziq kawan Hairul.
Yang dua orang lagi dari group dorang dah tersengih-sengih dah. Tunggu nak tersembur sahaja ketawa mereka.
Waktu tu, aku betul-betul rasa dipermainkan. Nak marah pon ada, malu pon ada. Haihh.. nak tak nak, aku terpaksa menghampiri mereka sambil buat muka 10sen (muka tak tahu malu).
Aku tak cakap banyak. Aku terus ambil bungkusan keramat itu dan mahu blah dari situ secepat mungkin.
"Terima kasih."
"sama-sama. Lain kali jangan cuai lagi tau. Ehh, jap japp.. saya rasa macam pernah lihat muka awak la..."
"Tapii.. dimana ya. Hahaha" potong salah seorang kawan Raziq.
"Isyh kau ni, aku serius ni.. Oo. Saya tahu dah kat mana saya pernah jumpa awak."
Haihh dia ni, nak main cam mengecam ngan aku pulak.
"Awakkan? Yang mangsa kebakaran minggu lepas n dekat hospital tu jugak kan?"
"Ehh Hairul? Kau kenal pompuan ni?"
"Diam arr kau"
"aku tanya je kan" kata Raziq
Aku hanya mengangguk. Hairul juga turut tersenyum. Ingatkan kami dah tak akan berjumpa dah.. kalau dah jodoh tak kemana.. haha.. amboi aku ni! Tapi, kenapa dalam keadaan aku kena tebalkan muka aku sebab menanggung malu pasal nii.. Haihh Abang Bomba punya pasal lah. Of course lah dia kan my hero. Hehehe
YOU ARE READING
Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)
Любовные романыPengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya untuk mengahwini dengan seorang Ahli Bomba. "Apa syarat dia?" "Kau kena kahwin dulu"-HAKIM "Apa?? tak nak aku.."HAIRUL RIZQI "Ehh. Tadi na...